Thursday 3 December 2009

Penyakit Ego




Dulu masa sekolah menengah Cikseri suka menulis. Selalunya yang paling Cikseri suka adalah menulis sajak dan cerpen. Pernah jugalah beberapa karya Cikseri tersiar di akhbar picisan dan merasa jugalah ada duit poket lebih sikit hasil usaha sendiri. Kebanyakan cerita Cikseri masa tu berkisarkan cinta remaja.. biasalahkan..budak muda tengah naik daun.. hahaha... Itu cerita dulu. Kini, setelah 33 tahun Allah berikan peluang menikmati kehidupan di bumiNYA yang maha luas ini, Cikseri berpeluang melihat, merasai, mengalami dan berkongsi berbagai2 ragam kehidupan. Hidup ini memang menarik..menarik sungguh...!! Bila ada kelapangan, ada juga Cikseri tulis sikit2 artikel2 pendek berkaitan pengalaman ini dalam bentuk motivasi ringan. Hari ini Cikseri nak berkongsi akan satu isu yang tidak kurang menariknya. Ego... Manusia dijadikan Allah dengan pelbagai karakter dan salah satunya daripadanya sikap ego inilah. Coretan Cikseri ini hanyalah sekadar pandangan peribadi Cikseri terhadap apa yang Cikseri perhatikan di persekitaran. Barangkali berkaitan juga dengan sikap dan tabii seseorang tetapi janganlah menyangka bahawa Cikseri sedang mengenakan sesiapa.. Tidak sesekali... tidak ada sebesar kuman pun niat ke arah itu.. artikel ini sudah lama terperap dalam laptop Cikseri. Kononnya nak bagi pada sorang kawan Cikseri ni yang bekerja di syarikat penerbitan, tapi macam tak jadilah pulak.. biar Cikseri kongsikan saja di sini. Insyallah, di lain entri Cikseri masukkan artikel2 lain pula.. Mana yang baik, amiklah simpan...yang buruk itu jadikan sempadan..


 Si Ego Yang Terlampau

Anda pernah berhadapan dengan manusia ego? Macam mana rupa dia? Ada tak si ego tu lain 100% daripada kita. Ye lah, kot dia ada tanduk ke, kot ada 3 lubang hidung ke, kot ada rupa ala-ala Gollum dalam Lord Of The Ring tu ke, atau macam mana? Semua tu tak ada kan. Dia pun sama macam kita, ada 2 mata, 2 telinga dan 2 lubang hidung. Ada sepasang tangan dan sepasang kaki, pun sama macam kita. Pendek kata lebih kurang sama lah kiranya. Kalau nak beza pun, barangkali kita lebih handsome atau lebih cantik sikit daripada dia. Amboi, pantang sebut handsome, pantang sebut cantik, senyum meleret sampai telinga awak ye.

Tapi tu lah, secara fizikalnya tidak ada beza antara kita dengan manusia ego ni. Kalau tengok peribadi baru nampak lain. Ada pengalaman buruk berdepan dengan golongan ni? Ada? Hmm.. saya pun ada juga, Susah rupanya nak menangani manusia spesis ni. Setinggi-tinggi langit, tinggi lagi ego dia. Sekeras-keras batu, keras lagi hati dia. Apa kita kata semua salah dan apa yang kita buat semua tak betul. Kira-kiranya dalam banyak-banyak manusia ni, dia sajalah yang betul, yang tak pernah buat salah. Boleh ke macam tu..? Sebagai manusia biasa setiap kita ada kelemahan masing-masing. Semua orang ada egonya yang tersendiri. Bukan maksud saya bila ada ego maka orang itu dianggap lemah. Tidak. Ego kalau diletak di tempat yang betul dan pada situasi yang betul, maka jadi betul lah ia. Ni kita nak cerita pasal ego melampau. Barangkali kita boleh panggil orang macam ni ‘si ego yang terlampau’. Amacam, setuju? Pada saya orang yang begini bermasalah sebenarnya. Dia tengah tak berapa sihat. Dengan lain perkataan ada la skru longgar di mana-mana tu. Maka kita perlu tolong dia.

Dalam hidup ini kita perlu belajar untuk melihat sesuatu bukan dari sudut pandangan diri kita sendiri semata-mata. Jika kita melihat begitu lazimnya kita cenderung untuk melihat diri kita betul. Ini memang biasa. Ibaratnya, kalau masak kari jadi terlebih masin, kita salahkan garam. Bukan salahkan diri sendiri yang sibuk beraksi di dapur mengalahkan artis fofular sampai terletak garam 2-3 kali dalam kari tu. Eh, ada orang terasa ke? Tak, saya bukan mengata anda. Saya mengata diri sendiri. Jangan risau. Soal persepsi ni perlu diperbetulkan. Kadang-kadang, kalau kita cuba membuka mata, membuka hati dan membuka minda, kita akan akui bahawa melihat dari persepsi orang lain itu jauh lebih betul dan lebih baik daripada apa yang kita fikirkan. Masalahnya bagi orang ego ini, dia tak mahu langsung membuka matanya, hatinya dan mindanya. Dia rasa hanya dia yang betul sebetul-betulnya. Tidak ada yang tidak betul melainkan betul-betul belaka. Payahlah macam ni.

Jika anda tergolong dalam group manusia ego ini, cuba renungkan seketika. Bila kita menuding jari kepada orang, hanya satu jari sahaja yang anda tunjuk kepada dia. Yang empat jari lagi tunjuk ke mana? Anda jawablah sendiri. Pilihan sebenarnya di tangan anda. Saya cuma mahu mengajak anda berfikir bahawasanya sikap ini sebenarnya tidak begitu disenangi oleh orang sekeliling. Kami semua lebih suka jika anda lebih terbuka, lebih bertolak ansur, boleh memberi dan menerima. Walau siapapun anda, walau setinggi mana pun jawatan anda tetapi jika aksi ‘si ego yang terlampau’ ini yang anda amalkan, percayalah bahawa jauh di sudut hati kami ini ada rasa tidak senang a.k.a menyampah dengan sikap anda itu. Satu perkara yang anda perlu tahu, pandangan negatif orang terhadap anda bukanlah kesilapan orang itu tetapi sebenarnya kesilapan anda sendiri. Jika sifat-sifat negatif yang anda simpan dan amalkan, maka perkara-perkara negatiflah yang akan anda terima. Kita tak sedar benda ni tetapi pusingan hidup memang macam tu. Pi mai pi mai tang tu, melainkan anda sendiri yang mengubah keadaan.

Membuat perubahan terhadap sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan memang susah. Ibarat orang kampong yang suka makan sambal belacan, bila sekali kena duduk di luar negara dia tetap nak bawa bekal belacan juga. Sebab apa? Sebab susah tekak melayu dia nak berubah kepada menu-menu Mat Saleh. Tetap belacan juga yang menjadi idaman kalbu. Tapi bila bekalan belacan dah habis, terpaksa teruskan juga dengan apa yang ada kan? Siap boleh masak pelbagai resepi baru yang jauh lebih sedap dari sambal belacan. Boleh pun! Inipun saya mengata diri saya lagi bukan mengata orang lain, maka janganlah risau. Apapun, nampak tak apa yang cuba saya sampaikan? Kita boleh berubah dalam pelbagai keadaan. Sama ada kita sendiri mahukan perubahan atau kita terpaksa berubah, segala-galanya atas pilihan kita. Saya ingin mengajak anda untuk membuang rasa ego dan keras hati yang tak akan membawa anda ke mana-mana itu. Gantikan ia dengan sikap keterbukaan, berlapang hati, ikhlas dalam setiap tindakan, menghargai orang lain dan percaya diri kita adalah apa yang kita mahu. Jika kita mahu disenangi, belajarlah untuk menyenangi orang lain. Pucuk pangkalnya hati. Di mana ada kemahuan, di situ akan ada jalan.

2 comments: