Wednesday 2 December 2009

Nurin's own blog


Idea untuk membina sebuah blog untuk Puteri cantik manisku, Nurin Umaira timbul setelah melihat usaha Aziati dan Hizamel membina blog untuk anak-anak mereka, Humaira dan Hasya. Murni sungguh usaha pasangan romantik ini dan memang Cikseri suka dengan apa yang mereka usahakan. Menulis di dalam blog memang boleh menjadi ruang untuk melatih anak2 kita meluahkan pandangan dan pengalaman yang mereka lalui dengan cara dan kata2 mereka sendiri. Apatah lagi setiap entry ditulis dalam Bahasa Inggeris, sekurang2nya menjadi latihan untuk mereka menajamkan penguasaan bahasa antarabangsa ini. Almaklumlah..anak2 di UK ini lebih bijak berbahasa Inggeris daripada bahasa ibunda sendiri.
Nurin telah ditunjukkan oleh Humaira akan blognya yang cantik itu.. Pandai sungguh Humaira bercerita di dalam blognya. Nurin pun teringin ada blog sendiri. Maka, ibu pun buatkanlah dia satu laman blog untuk dia berkreasi. Seronok melihat dia suka dengan aktiviti baru ini. Ceritanya pun boleh tahan menarik dan alhamdulillah, pandai dia menyusun kata2..
Those who interested to have a look at her blog, bolehlah meninjau2 di nurinfahizal.blogspot.com.

To Nurin Umaira puteri cantik manis ibu, welcome to the world of blogging. I am really proud of you. Having a chance to explore the technology at your age, is just an awesome opportunity u know. When i was your age, there are no computer. i just playing around with my friends and reading books. Enjoy your new world..tapi ingat, jangan leka sangat...homework mesti siap..exercises kena buat..everything still the same ok..

1 comment: