Friday 11 December 2009

Hati ibu menangis....




Salam kasih buat anak2 yang ibu sayang sepenuh hati..


Di saat entri ini ditulis, kalian semua sudah terpaku diam tak berkutik di katil. Masih takut barangkali atau mungkin juga tgh menahan sedih sebab ibu marah tadi yer...?? Maafkan ibu sebab gagal melawan rasa geram dan marah atas kenakalan kalian. Duhai anak, ketahui lah..setiap kali kalian ibu marahi, setiap kali itu jugalah hati ibu merintih sedih..menangis penuh kesal. Ibu tidak mahu anak2 ibu menyimpan memori sedih..ibu tidak mahu anak2 ibu satu hari nanti mengenang peristiwa ini sebagai sesuatu yang melukakan hati... ibu juga tak mahu anak2 ibu menganggap ibu sebagai ibu yang garang... tak mahu sangat... Tapi apalah daya.. ibu sekadar seorang hamba Allah yang terlalu banyak kelemahan. Ibu letih sayang... terlalu letih sebenarnya. Letih fizikal dan letih mental juga...  Setiap hari yang kita lalui di sini, sentiasa ibu mengharapkan dan berdoa agar diberi kekuatan untuk menghadapinya dengan sebaik mungkin. Ibu tahu, kekuatan ibu akan memberi seribu bahagia pada anak2 ibu dan itulah yang ibu lakukan. Kebahagiaan anak2 ibu bererti kebahagiaan ibu juga. Tapi sayang, ada waktunya ibu tewas dengan perasaan sendiri. Ada waktunya ibu rasa seperti tiada daya lagi.. Macam hari ni lah.. seharian ibu mengemas atur rumah dan mengubahsuai perabot di setiap bilik.Bukan senang sayang, berat2 semuanya. Tapi, cantik kan bilik2 kita..?  Harapan ibu satu je.. ibu mengharapkan suasana baru yang cuba ibu cipta ni boleh menyuntik rasa perkongsian antara kalian adik-beradik dan barangkali mampu juga memberi semangat belajar yang lebih tinggi untuk ibu. Ibu kena usaha lebih sayang...dah banyak yang ibu tertinggal berbanding kawan2 lain. Tetapi bila kalian terus-terusan meminta perhatian tanpa sedikit pun memberi ruang kepada ibu untuk sekurang2nya membuka buku barang setengah jam, membuatkan amarah ibu jadi meletus. Maafkan ibu kerana meninggikan suara tadi.. ibu tahu ibu sepatutnya lebih sabar... tapi, tolonglah kasihani ibu wahai anak.. Ibu faham anak2 ibu nak bermanja dengan ibu tetapi masa untuk kita bermain juga ada hadnya sayang... Bukan bermakna kita boleh bermain sahaja sepanjang hari dari waktu balik sekolah hinggalah waktu kalian tidur.  Fahamilah sayang, kita tercampak di bumi asing ini bukan untuk main2 sahaja... tolonglah sayang... ibu mahu kita semua gembira di sini, biar ibu susah sikit tak apa, asalkan kita bahagia. Ibu marah bukan bererti ibu tak suka, tapi ibu mahu anak2 ibu belajar sesuatu. Hormatilah perasaan ibu...hormatilah akan masa yang terlalu terhad yang ibu ada untuk diri sendiri.. Ibu faham anak2 ibu masih kecil, belum faham tentang payahnya hidup dan tak banyak yang kalian boleh tolong, tapi kalau sekurang2 nya anak2 ibu menghormati akan permintaan ibu, itupun sudah cukup bermakna...

Maafkan ibu sayang... ibu hanya mahu mengajar tentang hidup..bukan ibu bertindak atas kepentingan diri.. Ketahuilah sayang, hidup ini terlalu banyak ranjaunya.. dan menjadi seperti kita, lebih besar lagi dugaan dan cabaran yang perlu kita lalui..Membesarlah kamu duhai anakku..Jadilah insan yang mulia hati dan peribadi. Jadilah hamba Allah yang tahu menghargai dan menghormati. Jadilah anak2 yang menyejukkan hati ibu dan ayah... Jadi anak soleh dan solehah duhai Umairaku, Amirulku dan Izhanku....

No comments:

Post a Comment