Tuesday 20 November 2012

Hot hot chicken shit

Salam pagi Selasa...hari ni entah angin apa yg melanda, rasa telebih rajin plak nak menulis... sambil2 tunggu time nak pg kelas ni, meh kita membebel sikit... mak ni bukan apa, 2-3 hari ni bila bukak fb tak habis2 orang dok cakap pasal isu boikot mc d. Kalau satu dua status yg bg komen isu tu kira boleh baca lagi...tapi kalau dah berlambak, pastu dengan komen2 yang macam 'ko ni sebenarnya faham ke tidak isu ni, ke ko sesajer nak nampak up to date sebab semua org tgh kecoh pasal boikot mc d n ko pun nak join sekaki jugak..??' hadoyaii...ni la yang orang tua-tua cakap, sebab mulut badan binasa ni... hehe... well, yes isu palestin ni bukan something yg kita boleh pandang remeh. It is something yang kita perlu ambik berat dan beri sokongan sepenuhnya (sepatutnyalah...). Sebab walau apapun keadaannya isu yang melibatkan agama dan kemanusiaan sejagat apatah lagi melibatkan saudara seagama, maka haruslah kita bertindak sewajarnya. Ibarat cubit paha kanan, paha kiri terasa juga... Akur bahawa setiap individu ada cara tersendiri dalam menyatakan pendirian masing2. Akur juga bahawa hak untuk bertindak itu adalah kepunyaan peribadi...ikut kitalah asalkan tidak melanggar syariat. Demikian juga halnya dengan isu boikot mc donald ni...ada yang sgt beriya-iya sampaikan habis dikutuknya orang2 lain yang pegi beratur amik burger free tu...tak pasal2 dalam pada niat nak menyokong perjuangan saudara2 kita di Palestin sana, yang menjanjkan pahala, dah jadi satu dosa lain plak sebab menempelak orang sesuka hati. And pada yang beratur pi amik burger tu pulak, kita tau ke hati perut dan niat mereka..? Mungkin ada yang beranggapan, 'dah bagi free, aku amik la...rezeki jgn ditolak..' mungkin jugak ada yang fikir 'baik pegi amik jer...dah dia baik hati sgt nak bagi..duit makan aku hari ni boleh aku gi derma kat mana2 pertubuhan yang membantu palestin ' or maybe jugak ada yang fikir 'ada aku kisah orang nak boikot ke apa...yang aku derma secara tetap tiap2 bulan tu pun dah kira bagus..apa nak kecoh2'. See, terlalu banyak interpretasi yang boleh di ambil kira dari satu senario and it is all depends on perceptions.
Pada aku, isu boikot- memboikot ni bukan isu baru. Ianya isu tenggelam timbul. Bila bumi Palestin dihujani bom, bila Yahudi bertndak ganas, masa tu lah semangat berkobar2. Nak boikot Mc D..nak boikot coca-cola and macam2 jenis boikot lagi. Pendek kata mmg pantang la tercuit isu Palestin kira mmg melenting sakanlah kita. Tapi perasan tak, bila Yahudi senyap..bila media senyap, kita pun senyap macamkan kesakitan dan penderitaan umat Islam Palestin tu pun lenyap begitu saja. Padahal semua maklum bahawa penderitaan dan kekejaman yang terpaksa diharungi itu bukan bernoktah begitu saja. Terlalu banyak rentetan kesakitan kesan peperangan sama ada dari segi fizikal, mental mahupun spiritual. Tapi di mana kita di masa-masa isu ini reda. Adakah semangat dan sokongan yang ditunjukkan sama panas bahangnya..?
Perjuangan menentang Yahudi sudah termaktub dalam kitab Allah sejak lama dulu. Sudah dinyatakan perihal kekejaman ini dengan jelasnya. Tinggal lagi sejauh mana kita menyahut seruan untuk sama-sama menyokong dan mendokong perjuangan Islam dan melawan anasir jahat ini. Sokongan, bantuan dan perjuangan biarpun sedikit asalkan istiqamah pasti ada ganjaran dari Allah sama ada diperlihatkan dengan jelas kepada kita atau tetap terus menjadi rahsia yang Khalik untuk DIA menetapkannya. Semudah-mudah berdoa atau semampu-mampu menderma, hulurkan bantuan dengan keikhlasan.Itu paksi keberkatan. Maka tak perlulah mengetuk tong kosong terlalu bising..buat digelak dek orang jer sudahnya. Kerana yang hanya nampak di mata (at least kat mata mak ni ha..) hanyalah semangat ' hot hot chicken shit' adanya.