Monday 19 March 2012

Dia nak datang...!!

Ok, last 2 weeks dpt email dari Ibrahim. Katanya dia n family nak dtg Malaysia lagi. Kali ni diorang akan stay lebih kurang 2 minggu kot sebab dia ada meeting kat IJN and somemore ada wedding ceremony. Ibrahim asking to see me....of course aku akan cuba penuhi pelawaan dia. Must be a lots new updates nak kena catch up.. Btw, Ibrahim adalah kawan Mat saleh yg aku kenal masa duduk UK dulu. Actually aku nyaris dah nak kawin dengan dia. Tapi jodoh tak cukup kuat kott...Agaknya kalau jadi, silap2 aku dah ada 2 anak comey-comey mata biru....hahaha..verangan..!! Apapun, dia sangat baik orangnya. Walaupun antara kami hanya sempat dating few times, and then takde apa-apa, but we remains as a good friend. Ibrahim antara manusia yang percayakan aku sepenuh hati dan dia pernah tolong aku dalam satu masalah yg agak besar juga.. for that, aku bersyukur sgt ada kawan yg macam dia...

Katanya nak jumpa aku ptg ni...tapi takde call apa pun lagi...haiiiihh..entah jadi entahkan tidak ni...

Saturday 17 March 2012

2nd place for Tarian Cina

Well, malam tadi telah berlangsung pertandingan bagi bagi kategori tarian tradisional Cina dan India untuk Festival Seni 2012. KK8 hantar penyertaan untuk kedua-dua kategori ni. And aku pun mengangkut anak-anak pi tgk anak-anak buah bertanding. Memberi sokongan padu kekdahnya kannnn... Overall, happy dengan effort dan komitmen yang ditunjukkan. They were doing it soooo well.. aku tau diorang mmg dah all out malam tadi.

Result time..!! KK8 dalat tempat kedua bagi tarian cina.....happpyyyyyy..!!! frankly, mmg aku menaruh harapan lebih sikit pada group ni. they were very consistent through out the training session and mmg nampak persediaan towards Feseni tu dah dibuat sejak awal lagi. They deserve to win..!! Bagi tarian India, kami tak dpt apa2 tempat... ok, agak sedih di situ tapi its ok..they already do the best... yg penting dapat pengalaman yg sangat berharga. The rest of the result aku tak tau, sebab sebelum pengumuman lagi kami anak-beranak dah kuar dewan. Lapar tahap kebulur kowttt.... maka berderet-deretlah kami pegi menziarahi Mapley SS14. Anak-anak teringin laksa

Friday 16 March 2012

Nikmat sihat



Salam. hari ni baru nak boleh bangun dan rasa bernyawa sikit. Semalam most of the time aku just baring n tido n baring n tido sepanjang hari. Kalau bangun rasa dunia berpusing 360'. Ini kali kedua aku demam dan lemau satu badan dalam tempoh seminggu.Last week dah demam dah tapi dalam 2hari dah ok.
Inilah namanya ujian. Perit rasanya kalau nikmat sihat ditarik balik walaupun sekejap. Bila badan memboikot tuan macam ni baru la nak terfikir, selama ni Allah bagi kesihatan yang baik adakah cukup aku mensyukurinya... Emm.. rasanya adala sikit kot tapi yang lebih banyaknya adalah 'take for granted'... membiarkan hari berlalu tanpa rasa. Bila sakit barulah tersedar bahawa ujian Allah itu datang dalam keadaan yang tidak dijangka. Maka seharusnya sebagai hamba, aku seharusnya sentiasa menyediakan diri dan hati untuk terima apa saja ujian dalam apa jua keadaan dengan penuh redho dan keikhlasan. Bila sakit barulah tahu memikirkan nasib orang lain yang mengidap 1001 jenis penyakit di dunia ni. Aku baru pening lalat bila demam.. macam mana pula org lain yang bergantung hidup pada mesin.....yang bergantung pada ubat-ubatan... yang  bergantung pada entah apa jenis terapy...dan macam-macam lagi....

Sakit yang melibatkan tubuh badan barangkali kesakitan  yang lebih senang ditangani. Makan ubat + rehat secukupnya, insyallah tubuh akan kembali bekerja seperti biasa. Tapi bagaimana pulak nak menangani sakit hati ek.. ? kalau hati di dalam sebu jer dengan kesakitan yang tak tertanggungkan, itu pun dah termasuk kategori nikmat sihat yang ditarik balik kan...? ermm..untuk kesakitan yang sebegini, selalunya memerlukan perhatian rohani. Orang yang selalu sakit hati adalah orang yang tidak ikhlas atau mungkin juga tidak redha dengan apa yang menyebabkan dia sakit tu.. kalau dia terima 'kesakitan' itu sebagai satu cubitan halus untuk mengingatkannya kembali tentang hakikat kehidupan, mesti sakit itu tidaklah terasa sangat. Aku sendiri kalau ada masa-masa yang mula nak terasa sakit yang kategori ni, first thing aku buat ialah tarik nafas panjang2 dan istigfar banyak2. Selalunya berkesan sebab dalam sekejapan entah ke mana menghilangnya rasa sakit hati tu.... Tak rugi untuk selalu memusing keadaan kepada sesuatu yang lebih positif...berfikir yang baik-baik tentang apa saja ujian mendatang dan paling penting ikhlas terima ujian itu....kerana yang akan mendapat nikmat kebaikannya di kemudian hari, bukanlah org lain... tetapi diri sendiri jugak kan..! Cakap memang senang, tapi nak melakukannya bukan mudah... betul tu..! tapi ada juga pepatah yang mengatakan..hendak seribu daya...

apa benda la aku membebel ni... dari cerita demam dah jadi sesi motivasi plak ek... hentam sajalah labuuu....heh..heh..