Friday 28 December 2012

teddy bear masuk sekolah..part 2

28/12/2012 - 7.13 am..

                                           SK Sri Petaling, Petaling Jaya

Salam pagi Jumaat..
ok, semalam izhan dah setel dengan majlis orientasi n ujian diagnosis tah hapa ke namanya tah.. masa cikgu panggil beratur utk gi ke kelas ujian, macam2 la yg si ibu gelabah ni pesan...jgn lupa baca bismillah...baca soalan betul2... jgn tension (padahal mak ko yg stress tahapahapa..)..etc..etc... dalam pada aku sibuk nak bagi pesanan khidmat masyarakat, dia rilek jer kiss ibu dia kiri kanan n blah... ok, anak mak mmg selamba gitu...aku redho...


ibu pun duduk la kat dewan tu dgr cikgu bagi taklimat... yg paling melekat masuk kepala, skrg dah guna sistem baru.. KSSR nama dia... dia ada satu lagi elemen penting iaitu kebolehan menaakul selain drpd 3M macam yg biasa dlm sistem lama KBSR tu...kebolehan menaakul ni dlm erti kata lain nak ajar murid supaya berfikiran kritis...hmmm..bagus la tu..budak2 mmg perlu diberi peluang menyampaikan idea, or any says with their own stand... jgn mengiyakan jer apa yg org cakap... tapi berdasarkan pengalaman dgn 3 budak bertuah ni yg terima pendidikan inggeris, hmmm..ada gak yg kontranya... diorang jadi very the very outspoken n always have something to argue back. Persoalan why tu kira mmg sampai ko letih la nak menjawab..pastu bila aku kata..ishh ibu tak tau la.. kang dia kondem aku.. ' kenapa x tau..bukan ibu kena tau sumer ker..?' ..tau sumer ekkkk...ko hingat mak ko ni kamus berjalan..?? IQ 199.9..?? anak sedara albert einstein..??
ok, kembali pd cerita KSSR..cikgu tu cakap nanti takde dah nak kira gred n peratus exam macam biasa.. sekolah akan guna sistem band 1 hingga band 6 untuk ukur kebolehan dan keupayaan murid dalam satu-satu mata pelajaran..wahhhh..macam kat U plak.. good...good..aku sokong..!! pastu ada lagi pasal LINUS...yg ni aku tak berapa fokus sebab si nazrin sibuk dok hantar kat aku list buku2 n brg2 yang nak kena beli. Sementara En.Daddy offer nak setelkan stationary n buku2 anak, maka mari kita tick banyak2 kat booklist tu..muahahha...
Pastu cikgu cerita pasal PBS plak.. ok, yang ni aku lupa apa makna dia tapi yg aku faham dia suruh parents ni main peranan lebih skit untuk encourage anak2 minat membaca kat rumah. It doesnt mean ko kena paksa anak ko baca buku semata-mata tapi anything yg related dengan pengajaran la.. cam nyanyi sama ker..acting sama ker...or apa-apa je lah... hmm..bab ni aku suka...sebab membaca mmg hobi aku n nurin. Cuma nazrin n izhan jer yg liat skit bab baca2 ni..tapi on the other hand, diorang suka dengar aku bercerita. So, selalunya apa yg aku baca, aku akan ceritakan balik in a simple way n relatekan to their own behaviour ker...tazkirah agama ker.. isu semasa ker... masalah alam sekitar ker.. etc.. Sesi mari bercerita ni selalunya kitorang buat masa bergolek2 atas katil la.. or masa dalam keta.. haa.. time ni mmg kena siap sedia menjawab all the why..why..and why...

So, dalam pada aku tgh syok layan taklimat cikgu tu, Izhan dah dtg balik kat aku.. dah habis dah test dia.. aku baru tanya "ok ker..?" dia jawab dengan muka bongkak giler.. " elehhh..senang kacang jerr." huhh..malas dah aku nak dengar jawapan senang kacang ni... obviously menurun dari perangai abang dia. Tiap kali exam, bila aku tanya mesti jawab senang kacang...senang kacang... tapi ko tunggu bila result kuar, no byk jugak yg ko dapat kan..?? pastu siap sengih2 bangga tu yang aku tak tahan tu...grrr... apa-apa jelah dik..janji dah setel... ok, skrg marilah kita turun ke kedai buku join ayah n kakak beratur untuk beli perkakas sekolah. Owhh..lupa bagitau, hari ni purposely ayah diorang keje half day sebab nak accompany aku uruskan hal budak2 ni. Mmg selalunya pun macam ni..asal ada jer kids occasion, dia mesti ada temankan aku n paling penting to be present for the children's sake. Baikkan encik bekas suami aku n baikkan kitorang boleh jadi kawan baik demi anak2... hahaha... *angkat bakul jap*.. Lama giler beratur, last2 dekat pukul 1 baru dapat beli semua keperluan diorang. tu pun seluar panjang dgn tie x dapat beli lagi... tggu sekolah bukak nanti la pulak. Beratus-ratus jugak duit en. daddy terbang hari ni. Mujur ada 3 anak jer... cer kalau 7 ker.. 10 ker... huh, ngeri nak bayangkan... Tapi terbyg jugak.. sedang aku yg bertiga ni pun rasa cam sendat jer poket everytime nak bukak sekolah, cam mana la agaknya org2 lain yg lagi ramai tu.. tambah pulak yg mak bapak berpendapatan rendah..huhuu..ok, i is insaf di situ..
Dengan berakhirnya aktiviti shopping buku-buku ni, maka bolehla kita pulang...yeayyy...ibu dah nak pengsan keletihan dan kepanasan dan kelaparan.. thx en bekas suami sudi tolong hantar mak buyung ni ke kereta yang terpaksa di parking jauhhhhhh sesangat..!!

Thursday 27 December 2012

teddy bear nak masuk sekolah..

27 Disember 2012, jam 6.54 pagi.

Syukur Alhamdulillah, diberi kesempatan menikmati satu hari lagi hidup di dunia. Hari ni ada perkara penting untuk Izhan. Dia kena menjalani orientasi tahun 1 dan ujian penempatan kelas. Haihhh.. entah kenapa dari semalam hati ibu ni cam berat jer nak terima hakikat bahawasanya teddy bear ibu ni dah besar.. rasa macam tak ready lagi nak lepaskan dia ke fasa baru dalam hidup dia. Memang la over sgt bunyinyer kan... macamkan dak Izhan ni anak sulung plak.. tapi mmg betul la, masa nurin n nazrin dulu takdela plak ibu nak jiwang karat cam gini.. agaknya sebab ibu dgn izhan ada share something yang orang lain tak mungkin faham. The bonding is actually too strong sama ada orang sedar atau tidak.. dia sebenarnya my best buddy sepanjang tempoh mendung dalam hidup ibu and at the same time dia juga melalui kemendungan yang sama..cuma as a baby dia tak mampu nak luahkan.

After all..life must go on... sooner or later ibu tetap kena lepaskan dia.. Ni baru nak masuk sekolah.. esok-esok bila dia nak duduk asrama...bila dia start bergf..bila start nak perkenalkan bakal isteri...bakal nak jadi ayah..etc..etc... tah macam mana la pulak. Apapun, anak ini anak yg kuat..dia sangat hebat di mata ibu...dan sepanjang umur ibu, dia akan tetap menjadi my lil teddy bear..selamanya...

                                                        Layan gambo dulukala jap..!

                         Gi studio shooting konon nak masuk pertandingan bayi comel. Dapat la jugak no 13 daripada 100++ contestant. Maknanya ko tak cukup comel la dik..mak ko jer yang mengelepar..!!

                       Humban la kat mana pun, tido tetap tido...ada aku kesah..??? kelassss ko jahh..!!

                                     Dari kecik mmg pantang jumpa air... suka sesangat dia.

Nanti petang kita cerita-ceriti tentang apa yg berlaku kat sekolah...:)

Monday 17 December 2012

bateri kong pulakk..

Pagi Jumaat hari tu enjin kuda besi takleh hidup time akak nak start...bunyi mmg la ada bunyi..bunyi cam ada cengkerik tersepit dlm enjin..hahaha.. akak pun calling2 mintak tlg dgn staff tgkkan apa yg patut..i is tak reti benda2 teknikal ni...akak reti bawak jer...kalau ada buaya tumpang mengeram dlm enjin tu pun akak mmg buat bodo jerr..

Hari sabtu paler hotak dah merancang nak pegi tgk apa yg ada kat bigbadwolfbooksales tu...sana sini orang dok promot murahh..murah...mau tak mengeletis hati perut akak nak pg tgk sendiri jugak... tapi memandangkan keta dah kong gitu, maka perlu bantuan somebody utk bawak akak ke situ...last2 call ida n dia pun teringin nak pg... satu hal plak nak cari tempat tu sebab kami dua2 buta bab jalan2 kat area sinun...apapun main redah jer n we manage to be at the right place..yeayy... mmg best la booksales tu...dapat jugakla kiddies 3-4 buah buku sorang plus akak punya tambahan koleksi buku motivasi...puassss...
                                                             
                                        *buku-buku memang dah melaut-laut. terjegil bijik mata nak pilih*

ahad xdpt gerak ke mana-mana...takde kedai pomen yang bukak kalau nak pi hantar keta pun..so memerap je laa..dah la kids x ada sebab gi tido kat rumah en daddy, ya rabbi..hazabnya punya bosan...rasa cam sunyi...kepam...gelap gelita hidup akak without the kids around...huhuhuu.. Pagi tadi sebelum gi keje en hasben tolong jumpkan keta nak kasi bateri dia caj sikit. Cepat2 drive bwk g pomen kat ss13... otw tu punyalah cuak takut mati enjin kat trafficlight...kang dibuatnya tak boleh start, tak pasal2 dapat publisiti murahan menyebabkan kesesakan lalu lintas...huhu... so, pung pang kat kedai, pomen tu cakap kena ganti sebijik bateri sebab dah kong...melayang rm220... haihh..ada je la hal nak kena kuar duit..x sempat nak duduk lama sikit dlm bank tu...takperlah..janji problem setel.. balik singgah makan roti canai kat mamak...moral of the story, pemandu pompuan ni especially..jgn buat derk jer dgn hal2 permotoran ni...kena amik tau jugak sikit2..nanti apa2 jadi at least we get the idea on what to do...*mode: insaf dan sedar diri*

Tuesday 20 November 2012

Hot hot chicken shit

Salam pagi Selasa...hari ni entah angin apa yg melanda, rasa telebih rajin plak nak menulis... sambil2 tunggu time nak pg kelas ni, meh kita membebel sikit... mak ni bukan apa, 2-3 hari ni bila bukak fb tak habis2 orang dok cakap pasal isu boikot mc d. Kalau satu dua status yg bg komen isu tu kira boleh baca lagi...tapi kalau dah berlambak, pastu dengan komen2 yang macam 'ko ni sebenarnya faham ke tidak isu ni, ke ko sesajer nak nampak up to date sebab semua org tgh kecoh pasal boikot mc d n ko pun nak join sekaki jugak..??' hadoyaii...ni la yang orang tua-tua cakap, sebab mulut badan binasa ni... hehe... well, yes isu palestin ni bukan something yg kita boleh pandang remeh. It is something yang kita perlu ambik berat dan beri sokongan sepenuhnya (sepatutnyalah...). Sebab walau apapun keadaannya isu yang melibatkan agama dan kemanusiaan sejagat apatah lagi melibatkan saudara seagama, maka haruslah kita bertindak sewajarnya. Ibarat cubit paha kanan, paha kiri terasa juga... Akur bahawa setiap individu ada cara tersendiri dalam menyatakan pendirian masing2. Akur juga bahawa hak untuk bertindak itu adalah kepunyaan peribadi...ikut kitalah asalkan tidak melanggar syariat. Demikian juga halnya dengan isu boikot mc donald ni...ada yang sgt beriya-iya sampaikan habis dikutuknya orang2 lain yang pegi beratur amik burger free tu...tak pasal2 dalam pada niat nak menyokong perjuangan saudara2 kita di Palestin sana, yang menjanjkan pahala, dah jadi satu dosa lain plak sebab menempelak orang sesuka hati. And pada yang beratur pi amik burger tu pulak, kita tau ke hati perut dan niat mereka..? Mungkin ada yang beranggapan, 'dah bagi free, aku amik la...rezeki jgn ditolak..' mungkin jugak ada yang fikir 'baik pegi amik jer...dah dia baik hati sgt nak bagi..duit makan aku hari ni boleh aku gi derma kat mana2 pertubuhan yang membantu palestin ' or maybe jugak ada yang fikir 'ada aku kisah orang nak boikot ke apa...yang aku derma secara tetap tiap2 bulan tu pun dah kira bagus..apa nak kecoh2'. See, terlalu banyak interpretasi yang boleh di ambil kira dari satu senario and it is all depends on perceptions.
Pada aku, isu boikot- memboikot ni bukan isu baru. Ianya isu tenggelam timbul. Bila bumi Palestin dihujani bom, bila Yahudi bertndak ganas, masa tu lah semangat berkobar2. Nak boikot Mc D..nak boikot coca-cola and macam2 jenis boikot lagi. Pendek kata mmg pantang la tercuit isu Palestin kira mmg melenting sakanlah kita. Tapi perasan tak, bila Yahudi senyap..bila media senyap, kita pun senyap macamkan kesakitan dan penderitaan umat Islam Palestin tu pun lenyap begitu saja. Padahal semua maklum bahawa penderitaan dan kekejaman yang terpaksa diharungi itu bukan bernoktah begitu saja. Terlalu banyak rentetan kesakitan kesan peperangan sama ada dari segi fizikal, mental mahupun spiritual. Tapi di mana kita di masa-masa isu ini reda. Adakah semangat dan sokongan yang ditunjukkan sama panas bahangnya..?
Perjuangan menentang Yahudi sudah termaktub dalam kitab Allah sejak lama dulu. Sudah dinyatakan perihal kekejaman ini dengan jelasnya. Tinggal lagi sejauh mana kita menyahut seruan untuk sama-sama menyokong dan mendokong perjuangan Islam dan melawan anasir jahat ini. Sokongan, bantuan dan perjuangan biarpun sedikit asalkan istiqamah pasti ada ganjaran dari Allah sama ada diperlihatkan dengan jelas kepada kita atau tetap terus menjadi rahsia yang Khalik untuk DIA menetapkannya. Semudah-mudah berdoa atau semampu-mampu menderma, hulurkan bantuan dengan keikhlasan.Itu paksi keberkatan. Maka tak perlulah mengetuk tong kosong terlalu bising..buat digelak dek orang jer sudahnya. Kerana yang hanya nampak di mata (at least kat mata mak ni ha..) hanyalah semangat ' hot hot chicken shit' adanya.


Monday 19 March 2012

Dia nak datang...!!

Ok, last 2 weeks dpt email dari Ibrahim. Katanya dia n family nak dtg Malaysia lagi. Kali ni diorang akan stay lebih kurang 2 minggu kot sebab dia ada meeting kat IJN and somemore ada wedding ceremony. Ibrahim asking to see me....of course aku akan cuba penuhi pelawaan dia. Must be a lots new updates nak kena catch up.. Btw, Ibrahim adalah kawan Mat saleh yg aku kenal masa duduk UK dulu. Actually aku nyaris dah nak kawin dengan dia. Tapi jodoh tak cukup kuat kott...Agaknya kalau jadi, silap2 aku dah ada 2 anak comey-comey mata biru....hahaha..verangan..!! Apapun, dia sangat baik orangnya. Walaupun antara kami hanya sempat dating few times, and then takde apa-apa, but we remains as a good friend. Ibrahim antara manusia yang percayakan aku sepenuh hati dan dia pernah tolong aku dalam satu masalah yg agak besar juga.. for that, aku bersyukur sgt ada kawan yg macam dia...

Katanya nak jumpa aku ptg ni...tapi takde call apa pun lagi...haiiiihh..entah jadi entahkan tidak ni...

Saturday 17 March 2012

2nd place for Tarian Cina

Well, malam tadi telah berlangsung pertandingan bagi bagi kategori tarian tradisional Cina dan India untuk Festival Seni 2012. KK8 hantar penyertaan untuk kedua-dua kategori ni. And aku pun mengangkut anak-anak pi tgk anak-anak buah bertanding. Memberi sokongan padu kekdahnya kannnn... Overall, happy dengan effort dan komitmen yang ditunjukkan. They were doing it soooo well.. aku tau diorang mmg dah all out malam tadi.

Result time..!! KK8 dalat tempat kedua bagi tarian cina.....happpyyyyyy..!!! frankly, mmg aku menaruh harapan lebih sikit pada group ni. they were very consistent through out the training session and mmg nampak persediaan towards Feseni tu dah dibuat sejak awal lagi. They deserve to win..!! Bagi tarian India, kami tak dpt apa2 tempat... ok, agak sedih di situ tapi its ok..they already do the best... yg penting dapat pengalaman yg sangat berharga. The rest of the result aku tak tau, sebab sebelum pengumuman lagi kami anak-beranak dah kuar dewan. Lapar tahap kebulur kowttt.... maka berderet-deretlah kami pegi menziarahi Mapley SS14. Anak-anak teringin laksa

Friday 16 March 2012

Nikmat sihat



Salam. hari ni baru nak boleh bangun dan rasa bernyawa sikit. Semalam most of the time aku just baring n tido n baring n tido sepanjang hari. Kalau bangun rasa dunia berpusing 360'. Ini kali kedua aku demam dan lemau satu badan dalam tempoh seminggu.Last week dah demam dah tapi dalam 2hari dah ok.
Inilah namanya ujian. Perit rasanya kalau nikmat sihat ditarik balik walaupun sekejap. Bila badan memboikot tuan macam ni baru la nak terfikir, selama ni Allah bagi kesihatan yang baik adakah cukup aku mensyukurinya... Emm.. rasanya adala sikit kot tapi yang lebih banyaknya adalah 'take for granted'... membiarkan hari berlalu tanpa rasa. Bila sakit barulah tersedar bahawa ujian Allah itu datang dalam keadaan yang tidak dijangka. Maka seharusnya sebagai hamba, aku seharusnya sentiasa menyediakan diri dan hati untuk terima apa saja ujian dalam apa jua keadaan dengan penuh redho dan keikhlasan. Bila sakit barulah tahu memikirkan nasib orang lain yang mengidap 1001 jenis penyakit di dunia ni. Aku baru pening lalat bila demam.. macam mana pula org lain yang bergantung hidup pada mesin.....yang bergantung pada ubat-ubatan... yang  bergantung pada entah apa jenis terapy...dan macam-macam lagi....

Sakit yang melibatkan tubuh badan barangkali kesakitan  yang lebih senang ditangani. Makan ubat + rehat secukupnya, insyallah tubuh akan kembali bekerja seperti biasa. Tapi bagaimana pulak nak menangani sakit hati ek.. ? kalau hati di dalam sebu jer dengan kesakitan yang tak tertanggungkan, itu pun dah termasuk kategori nikmat sihat yang ditarik balik kan...? ermm..untuk kesakitan yang sebegini, selalunya memerlukan perhatian rohani. Orang yang selalu sakit hati adalah orang yang tidak ikhlas atau mungkin juga tidak redha dengan apa yang menyebabkan dia sakit tu.. kalau dia terima 'kesakitan' itu sebagai satu cubitan halus untuk mengingatkannya kembali tentang hakikat kehidupan, mesti sakit itu tidaklah terasa sangat. Aku sendiri kalau ada masa-masa yang mula nak terasa sakit yang kategori ni, first thing aku buat ialah tarik nafas panjang2 dan istigfar banyak2. Selalunya berkesan sebab dalam sekejapan entah ke mana menghilangnya rasa sakit hati tu.... Tak rugi untuk selalu memusing keadaan kepada sesuatu yang lebih positif...berfikir yang baik-baik tentang apa saja ujian mendatang dan paling penting ikhlas terima ujian itu....kerana yang akan mendapat nikmat kebaikannya di kemudian hari, bukanlah org lain... tetapi diri sendiri jugak kan..! Cakap memang senang, tapi nak melakukannya bukan mudah... betul tu..! tapi ada juga pepatah yang mengatakan..hendak seribu daya...

apa benda la aku membebel ni... dari cerita demam dah jadi sesi motivasi plak ek... hentam sajalah labuuu....heh..heh..

Tuesday 21 February 2012

Cabaran Menu Sihat


Ok, seriously aku seram sejuk dengan keadaan badan sendiri sekarang. Aku punya digital scale dah rosak la pulak tapi rasanya mmg confirm dah naik balik ni. So rasanya dah sampai masa untuk aku bagi extra care pada tubuh badan sendiri. Rutin berjoging 3-4 kali seminggu akan diteruskan tapi skrg nak cuba start food intake journal plak... plus and cuba update food and activities dalam apps baru tu.... so, lets start...

breakfast:  karipap 1 biji
snack : 3 sudu kek batik
lunch : nasi sesenduk + sayur2 + telur masin (yg x masin langsung)




aktiviti:
jogging  15 mi
rowing machine 10 min

Sunday 29 January 2012

Belum bertajuk

Catitan waktu mengisi ruang kebosanan

Redup rasa yang menjerut
Memintal halus untaian sepi
menjadi tali-tali sunyi
Menyakitkan....

Irama alam kaku beku
Dalam teriakan selepas gerimis
seperti tahu makna pilu
yang mencakar-cakar kalbu
gugur lagi airmataku

Esok mentari muncul lagi
Akan ku hirup sinar hangatnya
Dakaplah hati sayuku
Kembalikan riangnya
Ubatkan rindu ini..