Sunday 28 November 2010

Tetamu datang membawa berkat...

Sabtu, 27 November 2010..

Kalau mengikut perancangan asal, hari ni mummy nak bawa anak2 pegi ke serdang.. Tgk dalam suratkabar, nampak macam menarik jer acara2 yang ada kat Pameran MAHA tu.. bila cerita pada Nurin, melompat la Cek Mek tu..suka sangat dia kalau tau ada benda2 berkaitan nature ni.. Mummy tunjuk kat Nurin keratan akhbar tu.. mmg banyak sungguh aktiviti yang dah dijadualkan dalam pameran tu.. So, dengan excitednya kami menunggu ketibaan Sabtu walaupun dalam hati ada sedikit belah bahagi sebab dah tau sangat dah kalau pameran macam ni dah confirm la jalan jammed and sesak sendat manusia kat situ.. Satu keadaan yang selalu mummy cuba elakkan.. rimas wehh..!!

Tetapi, itu perancangan manusia. perancangan Allah lain pulak.. Dalam jam 11.30, tgh mummy duduk2 di meja kerja, sepupu mummy yang tinggal kat Kuantan tu call kata dah sampai kat Gate KL.. Aikk..ingatkan tak jadi nak datang.. semalam dia call kata nak singgah dalam perjalanan ke Klang tapi katanya akan call dulu. sebab senyap jer terus mummy ingatkan tak jadi dah.. Seronok dapat jumpa Pak Ngah, Mak Ngah n kakak2 tu kan..anak2 mummy mesti tak ingat kat diorang kan..? Dulu sebelum kita pegi UK, kita ada jugak pegi rumah diorang.. Alhamdulillah, pertemuan hari ni mengembalikan kemesraan yang terjurang dek jarak sepanjang kita merantau.. dan paling penting pertemuan ini juga menjalinkan semula silaturrahim antara dua keluarga bersaudara..

Selepas keluarga Pak Ngah balik, kita just melepak kat rumah.. nak keluar pun dah malas.. Kawan mummy call ajak keluar makan2.. tapi rasa mcm berbelah bahagi la pulak.. Lepas maghrib, mummy dapat call dari Mak Lang Pizah kata nak dtg rumah kita.. Alhamdulillah...syukur..rumah kita didatangi tetamu lagi.. makanya mummy kena keluar la pi Pasar Malam sat cari juadah apa yang patut nak hidang kat tetamu. Kalau nak masak2 mmg tak sempat dah, lauk pun tak berapa ada.. Tapi ujian Allah datang dalam keadaan yang tidak kita duga.. Elok jer lepas mummy membeli belah dan ready nak balik, kereta pulak tak boleh start. Jenuh jugak la mummy try tapi tetap macam tu jugak. dia buat donnn jer.. akhirnya balik naik teksi je lahh.. Mummy seronok dapat jumpa Mak lang, Pak lang, Nabilah n Faris.. kalau nak tggu balik penang baru jumpa, entah bila la... sibuk pun sama, segan pun sama.. Alhamdulillah, Allah gerakkan hati mereka untuk datang menziarahi kita..

Itulah dia nak.. ikatan silaturrahim ni, kalau kita jaga...banyak berkatnya.. tetamu yang datang ke rumah, tak kiralah siapa pun layanlah dengan baik ye... Orang tua2 selalu pesan, tetamu tu datang bawak rezeki, kena layan elok2.. rezeki di sini, bukan bermakna buah tangan yang mereka bawa semata-mata.. tapi lebih luas pengertiannya. Kadang2 kita tak nampak, barangkali keberkatan dan rahmat yang Allah beri dalam silaturrahim itu dibalas dengan sesuatu yang lain..bukan material ukurannya. Islam sangat menggalakkan perbuatan menghormati tetamu. Dalam ikatan persaudaraan yang terjalin itu, ada kemanisan yang barangkali tidak terjangkau akal kita untuk menanggapinya. Lagipun, tidak ada had dan sempadan dalam sebarang perbuatan baik kan...! Maka, pesan mummy, kalau ada orang nak datang bertandang, terimalah dengan hati terbuka dan penuh keikhlasan.. layanlah tetamu sebaik-baiknya, hidangkanlah apa yang patut.. jangan pula sampai tetamu rasa serik nak singgah lagi.. tetamu datang membawa berkat kepada kita nak...

Saturday 6 November 2010

Opps, i did it again...;p

Menyesal ker..??? ada rasa nak hantuk kepala ke dinding..?? NO... hahaha.. malam tadi marathon lagi... cabaran menghabiskan novel dalam sekali hadap dan aku berjaya..!! aje giler..!! kalaulah sepanjang malam tadi aku mengadap thesis silap2 dah siap lagi 2 sub-topic...huhuuu. Tapi untuk semalam dan hari ni malas bercakap pasal thesis lah..! Pagi ni aku bangun dengan senyum lebar.. rasa macam diri di tarik masuk ke dalam ceritu itu.. teringat balik semua memori daun pisang masa zaman remaja.. mencintai dan dicintai, admire and being admired, berkirim salam saban hari antara kegiatan kurang ilmiah yang sangat disukai. Its been a part of campus life, even jatuh hukum wajib..!!  hahaha..Kematangan yang makin menyerlah lewat musim2 kerjaya juga mencuit rasa.  Rania, nama yang comel, secomel orang... Fakhrul yang cool, dan Haidi yang tegar menyimpan rahsia...aku jadi nanar diulit babak demi babak.. Aduhh Zara Amani, pandainya kamu mengadun cerita..

u ols out there, go grab a copy...! Pada aku novel ni mmg best, cukup segala perencahnya.. err.. tapi kalau korang jeis yang suka dengan ayat2 jiwang karat yang meleleh barangkali kureng sikit la kot.. Aku suka jalan penceritaan yang smooth, gaya bahasa yang sempoi (ibarat bercakap dengan kawan baik yang sama tahap kesengalannya) dan watak yang jelas perwatakannya.. and i got it in a complete package with this one..





Enjoyy...!!