Sunday 20 December 2009

Roller Coaster week...

arrgghhh.. tersangat tidak seronok sebenarnya melayan malas.. dont u feel dumb when u have a thousand thingy to do but yet end up with nothing. Macam2 perkara malas yang melanda aku sejak 2 menjak ni.. malas nak study... malas nak masak.. malas nak kemas rumah... n malas nak update blog..huhuhuu... what a loser..!!
Actually macam2 cerita dah berlaku.. Last update masa hari yg ada frost hari tu.. cett.. dari frost sampai ke salji tebal bukan main, ini baru nak jenguk blog balik.. baik tak payah ada blog.. bluweekkk to myself.. hahahah..

Sepanjang minggu ni hidup dah macam roller coaster. Izhan have had his first experience doing performance on  15th November. A simple play...just standing there and act like a sheperd, but he is doing it well..!! Proud to see his ability to confront audience with high confidence.. A day after, its abang n kakak's turn.. Not much different from last year concert. Still the same stroy of the birth of Jesus. Well, thats their traditions..not so happy but still that is  a part of  having christmas experience here. To N & N, they were not excited about it tho.. then followed by their party. As usual, this super duper mom have to bubling n mumbling around to make everybody pleased...
Thursday the 16th, masa untuk muhasabah diri mengenang segala peristiwa yang berlaku sepanjang 1430. Banyak mana dosa yang dah dilakukan sama ada secara sedar atau tak.. banyak mana pulak amalan yang dijalankan.. banyak mana sedekah yang diberi.. banyak mana ibadah... aduhaii... masih terlalu banyak yang kurang... aku hambamu yang jahil...yang lupa...yang lemah ya Allah..
Now, let me be a bit melankolik..
Alam bagaikan mengerti kata hati.. dalam kesyahduan suatu penyerahan yang tulus, titik2 salju turun bagaikan mengiring silu hati yang menyerah pasrah pada Tuhan yang satu.. hamparan bening2 putih lewat bumiNYA yang permai bagikan kiriman berita manis dari kejauhan.Tanggal 1 Muharram 1431 disambut dalam suasana sebak syahdu dengan iringan kilauan salju bersama semilir angin yang mendesah terus menusuk kalbu.  Terima KAsih Tuhan... betapa aku bersyukur KAU izinkan aku menikmati anugerah ini... Berkati tahun baru ini dengan rahmat dan hidayahmu ya Allah..

Yupp.. salji pertama tahun ini disambut dalam keadaan yang sangat emosi.. emosi pada akulah..!! kenapa yer.. Kids, as excited as usual, dont even feel the coldness. Love to see them happy.. a silence action, i already ordered them a sledge. hopefully we gonna have bombastic winter momentos this year.. mummy will make it the best winter ever... my promise..!!

Today, we r having Maal Hijrah celebration n gathering. Pat my own shoulder, i managed to cook seri muka durian..at first, i dont care how it will look like as long as my kids love it, but to my surprise, it turns amazingly beautiful n sedap..!! heh..heh.. we have a good time during the gathering.. lots of laugh.. lots of  food, and lots of Mahabbah... this is what we call 'bermasyarakat'... love it..love it..love it..!!

the most beautiful part for today.. something strange happen to me.. feel like my heart in pumping it nerves to the fullest and ready to burst..!! exploding..!! why..??? hahahaha.... all i can say.. i'm happy and i know the happiness will be mine in no time.. Insyallah...

Friday 11 December 2009

Kereta yang keras



Ibu, what should i wear..?? today is no uniform day...
Ye ker.. mana surat..??
Eh, sini dia  tulis next friday la kakk...pakai baju sekolah je lah..

Bila Liyana masuk ke rumah,
Ibu.. i need to change.. liyana pakai jeans jer..
ok..ok.. tukar baju balik. Pakai dua shirt n legging. Sejuk hari ni.
(kelam kabut ibu siapkan 2 org kanak2 yang excited sgt bila dapat pakai baju biasa time sekolah. Hangit pizza dalam oven..huhuhuuu...)

Ibu, we need to bring bottle..
Alamak, mana ada bottle yang penuh. Most of the bottle semua ada separuh2 jer.. erm..nanti jap ibu fikir..
Haa..! kakak u take this and give to teacher..
What is this mummy..?
My lotion lah..
And  abang.. u come here. follow me.. (to the kitchen we go...)
And you, bring this..
What..!! tomato sauce..??
Yea.. thats the only full bottle i have now..
ok..then...


Masa Liyana masuk tadi, dia kata ada frost atas kereta... ermm..mmg dah agak dah sebab tengok dr tingkap nampak cam putih2 jer atas bench n rumput2 kat bawah.. mesti crunchy2 jer tu...
Ibu, kereta kita keras..!!
(hahaha...mmg la.. bila masa pulak keta ni buat dr jellyfish..aduhaiii anak..)

Actually what Nazrin means by 'keras' is just that our car has been covered by frost. Tebal jugak frost hari ni.. Nak bukak pintu kereta pun payah.. Dah risau dah takut tercabut pulak tempat bukak pintu tu. Mujur la ada beli spray utk cairkan ais.. tapi macam tak jalan jer.. Try kikis pun tak jadi.. Lebih menghuru-harakan keadaan rupanya sebelah dalam cermin pun ada ais.. ni ada la yang bukak tingkap then tak tutup rapat2 balik ni...hishhh...
kanak2, kita jalan kaki hari ni.. !! jom..
Sejuk la bu..
Licin la bu..
No choice dear.. kita jalan jer.. nak tunggu ais clear kat kereta tu, nanti u all lambat..
Alhamdulillah, sampai kat sekolah tepat pada masanya. 

Pagi yang kelam kabut tapi menyeronokkan. Hari ni ada Christmas Fair di Quarry Mount Primary School. Setiap pelajar boleh berpakaian biasa ke sekolah dan diminta membawa apa2 saja botol (yang berisi) untuk dijual semula oleh pihak sekolah kepada pengunjung. This is one of their way to generate more income. Bagus juga idea ni. At least pihak sekolah ada inisiatif sendiri untuk mengumpul dana bagi memenuhi apa2 keperluan sekolah. Secara tidak langsung turut mengajar erti tanggungjawab pada setiap pelajar supaya sama2 bekerjasama menjayakan misi sekolah ni.
Kebetulan, cuaca sangat sejuk hari ni. Kebas rasa tangan sebab tak jangka pun akan berjalan kaki menghantar anak2 ke sekolah. Kalau naik kereta, tak sampai 10 minit dah boleh sampai ke rumah balik. Takper... positive thinking. Bila jalan dgn diorang dapat sembang lebih sikit... sekurang2nya dapat cover balik mood anak2 yang tersentap akibat dimarahi ibu malam tadi..

Hati ibu menangis....




Salam kasih buat anak2 yang ibu sayang sepenuh hati..


Di saat entri ini ditulis, kalian semua sudah terpaku diam tak berkutik di katil. Masih takut barangkali atau mungkin juga tgh menahan sedih sebab ibu marah tadi yer...?? Maafkan ibu sebab gagal melawan rasa geram dan marah atas kenakalan kalian. Duhai anak, ketahui lah..setiap kali kalian ibu marahi, setiap kali itu jugalah hati ibu merintih sedih..menangis penuh kesal. Ibu tidak mahu anak2 ibu menyimpan memori sedih..ibu tidak mahu anak2 ibu satu hari nanti mengenang peristiwa ini sebagai sesuatu yang melukakan hati... ibu juga tak mahu anak2 ibu menganggap ibu sebagai ibu yang garang... tak mahu sangat... Tapi apalah daya.. ibu sekadar seorang hamba Allah yang terlalu banyak kelemahan. Ibu letih sayang... terlalu letih sebenarnya. Letih fizikal dan letih mental juga...  Setiap hari yang kita lalui di sini, sentiasa ibu mengharapkan dan berdoa agar diberi kekuatan untuk menghadapinya dengan sebaik mungkin. Ibu tahu, kekuatan ibu akan memberi seribu bahagia pada anak2 ibu dan itulah yang ibu lakukan. Kebahagiaan anak2 ibu bererti kebahagiaan ibu juga. Tapi sayang, ada waktunya ibu tewas dengan perasaan sendiri. Ada waktunya ibu rasa seperti tiada daya lagi.. Macam hari ni lah.. seharian ibu mengemas atur rumah dan mengubahsuai perabot di setiap bilik.Bukan senang sayang, berat2 semuanya. Tapi, cantik kan bilik2 kita..?  Harapan ibu satu je.. ibu mengharapkan suasana baru yang cuba ibu cipta ni boleh menyuntik rasa perkongsian antara kalian adik-beradik dan barangkali mampu juga memberi semangat belajar yang lebih tinggi untuk ibu. Ibu kena usaha lebih sayang...dah banyak yang ibu tertinggal berbanding kawan2 lain. Tetapi bila kalian terus-terusan meminta perhatian tanpa sedikit pun memberi ruang kepada ibu untuk sekurang2nya membuka buku barang setengah jam, membuatkan amarah ibu jadi meletus. Maafkan ibu kerana meninggikan suara tadi.. ibu tahu ibu sepatutnya lebih sabar... tapi, tolonglah kasihani ibu wahai anak.. Ibu faham anak2 ibu nak bermanja dengan ibu tetapi masa untuk kita bermain juga ada hadnya sayang... Bukan bermakna kita boleh bermain sahaja sepanjang hari dari waktu balik sekolah hinggalah waktu kalian tidur.  Fahamilah sayang, kita tercampak di bumi asing ini bukan untuk main2 sahaja... tolonglah sayang... ibu mahu kita semua gembira di sini, biar ibu susah sikit tak apa, asalkan kita bahagia. Ibu marah bukan bererti ibu tak suka, tapi ibu mahu anak2 ibu belajar sesuatu. Hormatilah perasaan ibu...hormatilah akan masa yang terlalu terhad yang ibu ada untuk diri sendiri.. Ibu faham anak2 ibu masih kecil, belum faham tentang payahnya hidup dan tak banyak yang kalian boleh tolong, tapi kalau sekurang2 nya anak2 ibu menghormati akan permintaan ibu, itupun sudah cukup bermakna...

Maafkan ibu sayang... ibu hanya mahu mengajar tentang hidup..bukan ibu bertindak atas kepentingan diri.. Ketahuilah sayang, hidup ini terlalu banyak ranjaunya.. dan menjadi seperti kita, lebih besar lagi dugaan dan cabaran yang perlu kita lalui..Membesarlah kamu duhai anakku..Jadilah insan yang mulia hati dan peribadi. Jadilah hamba Allah yang tahu menghargai dan menghormati. Jadilah anak2 yang menyejukkan hati ibu dan ayah... Jadi anak soleh dan solehah duhai Umairaku, Amirulku dan Izhanku....

Sunday 6 December 2009

What a day...

Ibuu...jom la bangun...
Alaa...rilek la..hari ni kan cuti..
Ha ah la.. kakak lupa.. so, kena tido balik la ni eh bu..??
Haaa..tido..tido...

Hahaha... what a beautiful beginning of this lovely day.. with the freezing cold in the sunny morning...wahh..!! i just dont wanna leave my bed... we had a good chit chat... kakak said she had a terrible dream... and adik pun sibuk bagitau dia ada bad dream jugak.. ye lah dikkk... then masa untuk bersembang dgn ayah... just like usual, they gave ayah their reports... turun bawah all getting crazy hungry.. end up with nasi lemak semalam.. ermm..yummilicious what..!

                                                                      *********

(Dalam hati) : Pehal pulak Ee dengan Eran ni pi pusing kat Morrison ni..??
Ita, kita silap ni.. bowling tu kat Nandos, bukan sini..
Laaa.. (wrong info maa...)

Junita: Kak Ita cemana nak bubuh nama kat skrin ni..?
Meh nak tgk (dgn gaya macam reti)
Alamak, tak tau la... hehehe...

Pertandingan bermula... kecoh gila..!! Asyik dok gelak kuk kik kuk kik n harapkan jerit je lebih... masing2 berkobar2 nak score.. sambil2 tu dok pakat tension dengan bola tak kena pin la... masuk longkang la... tak mau-mau strike la.. tak reti baca markah la... mmg havoc sungguh..!! i have kak jay, junita, manja n sharifah in my team.. girls power..!! really fun with u gurls..! macam2 eksperi muka ada.. kejap sengih...kejap muncung..kejap tension.. hahahah...game pertama ok lagi, semua enjoy...maklumlah score boleh tahan... masuk game kedua, semua cam cencurut dah.. score mmg tak boleh tahan... end up Manja save the game for us..kira oklah tuuu...  Overall result for girls: grup university jadi juara.. mmg power rangers diorang ni cos ada taiko bowling dlm grup tu.. for individu, adik Sha (harehills) jadi champ, Linda on 2nd place n me myself on 3rd.  Not bad huh..!
Habis urusan ibu berpoya2, time kiddos pulak perlu diberi peluang untuk beryak yak yeahhh.. so, biasalah..anak2 Rozita Ahmad, mmg sebijik macam ibunya suka beno gi tempat game.. dengan game motor la..game tembak itik la.. and tah hapa2 benda lagi... layaannnn... as long as they were happy, i'm happy..


Balik rumah sambung dgn acara makan laksa sambil bersembang dan bercerita ceriti.. This is my most fav time when we really enjoyed the food and pokpek pok pek sembang tah hapa2 benda. Semua org macam tak cukup mulut nak bercakap..aduhaiii anak... Then, our own activity lah.. adik n bang with their games.. nurin, sejak ada blog sendiri ni dok excited nak mengupdate blog and me...?? huhuhuu...got a report to finish.. but sambil2 tu sempat lagi update blog n layan hindustan... heh..heh..

what a wonderful dayyyyy....!!

Thursday 3 December 2009

Penyakit Ego




Dulu masa sekolah menengah Cikseri suka menulis. Selalunya yang paling Cikseri suka adalah menulis sajak dan cerpen. Pernah jugalah beberapa karya Cikseri tersiar di akhbar picisan dan merasa jugalah ada duit poket lebih sikit hasil usaha sendiri. Kebanyakan cerita Cikseri masa tu berkisarkan cinta remaja.. biasalahkan..budak muda tengah naik daun.. hahaha... Itu cerita dulu. Kini, setelah 33 tahun Allah berikan peluang menikmati kehidupan di bumiNYA yang maha luas ini, Cikseri berpeluang melihat, merasai, mengalami dan berkongsi berbagai2 ragam kehidupan. Hidup ini memang menarik..menarik sungguh...!! Bila ada kelapangan, ada juga Cikseri tulis sikit2 artikel2 pendek berkaitan pengalaman ini dalam bentuk motivasi ringan. Hari ini Cikseri nak berkongsi akan satu isu yang tidak kurang menariknya. Ego... Manusia dijadikan Allah dengan pelbagai karakter dan salah satunya daripadanya sikap ego inilah. Coretan Cikseri ini hanyalah sekadar pandangan peribadi Cikseri terhadap apa yang Cikseri perhatikan di persekitaran. Barangkali berkaitan juga dengan sikap dan tabii seseorang tetapi janganlah menyangka bahawa Cikseri sedang mengenakan sesiapa.. Tidak sesekali... tidak ada sebesar kuman pun niat ke arah itu.. artikel ini sudah lama terperap dalam laptop Cikseri. Kononnya nak bagi pada sorang kawan Cikseri ni yang bekerja di syarikat penerbitan, tapi macam tak jadilah pulak.. biar Cikseri kongsikan saja di sini. Insyallah, di lain entri Cikseri masukkan artikel2 lain pula.. Mana yang baik, amiklah simpan...yang buruk itu jadikan sempadan..


 Si Ego Yang Terlampau

Anda pernah berhadapan dengan manusia ego? Macam mana rupa dia? Ada tak si ego tu lain 100% daripada kita. Ye lah, kot dia ada tanduk ke, kot ada 3 lubang hidung ke, kot ada rupa ala-ala Gollum dalam Lord Of The Ring tu ke, atau macam mana? Semua tu tak ada kan. Dia pun sama macam kita, ada 2 mata, 2 telinga dan 2 lubang hidung. Ada sepasang tangan dan sepasang kaki, pun sama macam kita. Pendek kata lebih kurang sama lah kiranya. Kalau nak beza pun, barangkali kita lebih handsome atau lebih cantik sikit daripada dia. Amboi, pantang sebut handsome, pantang sebut cantik, senyum meleret sampai telinga awak ye.

Tapi tu lah, secara fizikalnya tidak ada beza antara kita dengan manusia ego ni. Kalau tengok peribadi baru nampak lain. Ada pengalaman buruk berdepan dengan golongan ni? Ada? Hmm.. saya pun ada juga, Susah rupanya nak menangani manusia spesis ni. Setinggi-tinggi langit, tinggi lagi ego dia. Sekeras-keras batu, keras lagi hati dia. Apa kita kata semua salah dan apa yang kita buat semua tak betul. Kira-kiranya dalam banyak-banyak manusia ni, dia sajalah yang betul, yang tak pernah buat salah. Boleh ke macam tu..? Sebagai manusia biasa setiap kita ada kelemahan masing-masing. Semua orang ada egonya yang tersendiri. Bukan maksud saya bila ada ego maka orang itu dianggap lemah. Tidak. Ego kalau diletak di tempat yang betul dan pada situasi yang betul, maka jadi betul lah ia. Ni kita nak cerita pasal ego melampau. Barangkali kita boleh panggil orang macam ni ‘si ego yang terlampau’. Amacam, setuju? Pada saya orang yang begini bermasalah sebenarnya. Dia tengah tak berapa sihat. Dengan lain perkataan ada la skru longgar di mana-mana tu. Maka kita perlu tolong dia.

Dalam hidup ini kita perlu belajar untuk melihat sesuatu bukan dari sudut pandangan diri kita sendiri semata-mata. Jika kita melihat begitu lazimnya kita cenderung untuk melihat diri kita betul. Ini memang biasa. Ibaratnya, kalau masak kari jadi terlebih masin, kita salahkan garam. Bukan salahkan diri sendiri yang sibuk beraksi di dapur mengalahkan artis fofular sampai terletak garam 2-3 kali dalam kari tu. Eh, ada orang terasa ke? Tak, saya bukan mengata anda. Saya mengata diri sendiri. Jangan risau. Soal persepsi ni perlu diperbetulkan. Kadang-kadang, kalau kita cuba membuka mata, membuka hati dan membuka minda, kita akan akui bahawa melihat dari persepsi orang lain itu jauh lebih betul dan lebih baik daripada apa yang kita fikirkan. Masalahnya bagi orang ego ini, dia tak mahu langsung membuka matanya, hatinya dan mindanya. Dia rasa hanya dia yang betul sebetul-betulnya. Tidak ada yang tidak betul melainkan betul-betul belaka. Payahlah macam ni.

Jika anda tergolong dalam group manusia ego ini, cuba renungkan seketika. Bila kita menuding jari kepada orang, hanya satu jari sahaja yang anda tunjuk kepada dia. Yang empat jari lagi tunjuk ke mana? Anda jawablah sendiri. Pilihan sebenarnya di tangan anda. Saya cuma mahu mengajak anda berfikir bahawasanya sikap ini sebenarnya tidak begitu disenangi oleh orang sekeliling. Kami semua lebih suka jika anda lebih terbuka, lebih bertolak ansur, boleh memberi dan menerima. Walau siapapun anda, walau setinggi mana pun jawatan anda tetapi jika aksi ‘si ego yang terlampau’ ini yang anda amalkan, percayalah bahawa jauh di sudut hati kami ini ada rasa tidak senang a.k.a menyampah dengan sikap anda itu. Satu perkara yang anda perlu tahu, pandangan negatif orang terhadap anda bukanlah kesilapan orang itu tetapi sebenarnya kesilapan anda sendiri. Jika sifat-sifat negatif yang anda simpan dan amalkan, maka perkara-perkara negatiflah yang akan anda terima. Kita tak sedar benda ni tetapi pusingan hidup memang macam tu. Pi mai pi mai tang tu, melainkan anda sendiri yang mengubah keadaan.

Membuat perubahan terhadap sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan memang susah. Ibarat orang kampong yang suka makan sambal belacan, bila sekali kena duduk di luar negara dia tetap nak bawa bekal belacan juga. Sebab apa? Sebab susah tekak melayu dia nak berubah kepada menu-menu Mat Saleh. Tetap belacan juga yang menjadi idaman kalbu. Tapi bila bekalan belacan dah habis, terpaksa teruskan juga dengan apa yang ada kan? Siap boleh masak pelbagai resepi baru yang jauh lebih sedap dari sambal belacan. Boleh pun! Inipun saya mengata diri saya lagi bukan mengata orang lain, maka janganlah risau. Apapun, nampak tak apa yang cuba saya sampaikan? Kita boleh berubah dalam pelbagai keadaan. Sama ada kita sendiri mahukan perubahan atau kita terpaksa berubah, segala-galanya atas pilihan kita. Saya ingin mengajak anda untuk membuang rasa ego dan keras hati yang tak akan membawa anda ke mana-mana itu. Gantikan ia dengan sikap keterbukaan, berlapang hati, ikhlas dalam setiap tindakan, menghargai orang lain dan percaya diri kita adalah apa yang kita mahu. Jika kita mahu disenangi, belajarlah untuk menyenangi orang lain. Pucuk pangkalnya hati. Di mana ada kemahuan, di situ akan ada jalan.

Wednesday 2 December 2009

Nurin's own blog


Idea untuk membina sebuah blog untuk Puteri cantik manisku, Nurin Umaira timbul setelah melihat usaha Aziati dan Hizamel membina blog untuk anak-anak mereka, Humaira dan Hasya. Murni sungguh usaha pasangan romantik ini dan memang Cikseri suka dengan apa yang mereka usahakan. Menulis di dalam blog memang boleh menjadi ruang untuk melatih anak2 kita meluahkan pandangan dan pengalaman yang mereka lalui dengan cara dan kata2 mereka sendiri. Apatah lagi setiap entry ditulis dalam Bahasa Inggeris, sekurang2nya menjadi latihan untuk mereka menajamkan penguasaan bahasa antarabangsa ini. Almaklumlah..anak2 di UK ini lebih bijak berbahasa Inggeris daripada bahasa ibunda sendiri.
Nurin telah ditunjukkan oleh Humaira akan blognya yang cantik itu.. Pandai sungguh Humaira bercerita di dalam blognya. Nurin pun teringin ada blog sendiri. Maka, ibu pun buatkanlah dia satu laman blog untuk dia berkreasi. Seronok melihat dia suka dengan aktiviti baru ini. Ceritanya pun boleh tahan menarik dan alhamdulillah, pandai dia menyusun kata2..
Those who interested to have a look at her blog, bolehlah meninjau2 di nurinfahizal.blogspot.com.

To Nurin Umaira puteri cantik manis ibu, welcome to the world of blogging. I am really proud of you. Having a chance to explore the technology at your age, is just an awesome opportunity u know. When i was your age, there are no computer. i just playing around with my friends and reading books. Enjoy your new world..tapi ingat, jangan leka sangat...homework mesti siap..exercises kena buat..everything still the same ok..

Tuesday 1 December 2009

They come they go


While i'm writing this entry (30.Nov. 2009), they might be sleeping in the 'so-so condition' guest house in London. They left this morning, leaving me with good memories, with lots of love and with happiness.Maybe they missed me and kids already, maybe they missed their own room in my little palace or maybe they missed my yummy in the tummy food..i dont know.. But, what i know now, i missed them already... They, whom i'm talking about is my no blood relation family from Malaysia. They arrived on 20th Nov and stayed with me until this morning. Uncle Ghazali, Aunty Hasnah, Nadia n Ain are on their way of having a wonderful 3 weeks holiday in UK and i'm so happy to be a part of their experience here.

When i first met them, they already captured my heart with their warm family approach. I felt easy to get along with them... Trying to make everything good for them and sharing my rezeki with them, its totally a great 10 days having them in my house. We have gone through a variety of activities. Doing a crazy fruits and vegies shopping, wandering around Leeds city centre, short but enjoyable visit to German Market, window shopping at York Designer Outlet and the best thing, lots and lots of cooking and eating sessions make our days extremely fun. I really hope they will treasured this memories.

Now, they were gone to London to continue their next 11 days vacation there. Have a great time guys.. Do enjoy your holiday to the fullest..! We will meet again in Kelana Jaya in 2011.Insyallah.

My Memories Garden Centre


Salam..

Tah apa gila, malam ni cikseri create blog baru... pasai apa..?? sebab tak suka dgn sesuatu yang berkaitan dgn blog lama dan masalahnya ia tak boleh diubah... huhuhuu... takper... entri dlm tu pun tak byk... Cikseri harap blog baru ni lebih meriah... moga2 Cikseri lebih istiqamah untuk memasukkan entri2 baru yang penuh warna warni kehidupan dunia.. Bila sesekali berkunjung ke blog orang, terasa aduhaiii...begitu banyaknya cerita suka duka yang sangat suka cikseri baca..bukan apa.. kadang2 kita tak sedar dengan kesilapan yang kita lakukan.. bila tgk pengalaman orang, then baru kita rasa macam kena ketuk kepala.. eh..eh..aku pun perangai macam tu... or.. ehhh..aku penah rasa pengalaman yang sama la.. tapi apa pasai dia boleh solve yang aku tak boleh..?? haaa..lebih kurang cam gitu la kan..
Apapun, Cikseri ni bukanlah org yang pandai sgt bab2 technology dan urusan blog-memblog ni.. setakat mana yang termampu je lah.. cuma Cikseri harap..apa yang Cikseri tulis ni sikit sebanyak dapat jadi perkongsian dgn kawan2 lain... dan harapan Cikseri juga, bila anak2 dah pandai, dah besar, sekurang-kurangnya blog Cikseri ni dapat mengembalikan nostalgia mereka dalam sepanjang laluan pengalaman yang Cikseri sama2 bina bersama mereka..Insyallah..

Anak2 ibu..apa yang tertulis di dalam blog ini hanyalah luahan hati ibu..pendapat ibu.. perkongsian kenangan ibu dan juga pesanan2 ibu..bukan saja pada kalian semata2 tetapi kepada seluruh ibu2 dan anak2 lain di luar sana... enjoy ok.. !