Wednesday 27 January 2010

Love Is In The Air..


 

Besarnya kuasa Allah. Tadi sebenarnya mmg dah nak tidur sgt tapi entah kenapa hati bagai dipanggil2 untuk menjenguk seseorang di YM. Selalunya dia tak ada. Designer macam dia mmg dah tahu sgt dah..tido ikut dan ajer.. Just say salam with no hope he will reply. Tapi dia menjawab salam sepantas kilat...hahaha.. lama tak jumpa... Ane sihat..?? hahaha.. aku mmg panggil dia Ane.. and dia tak penah kisah pun.. prong prang prong prang bersembang bagai nak rak,  tah mana macam mana terkeluar cerita yang dia sekarang sedang berbahagia. Syukur alhamdulillah.. seikhlas hati, aku tersangat gembira untuk dia. Ane ku ini seorang yg sangat2 lain daripada ratusan lelaki yang pernah aku kenal. Seorang sahabat yang dalam pemikirannya, seorang karyawan yg kreatif ideanya dan paling penting seorang Abang yang sangat sporting untuk aku. I am among the first one yg dia bocorkan rahsia ni.. waa..terharu sungguh.. Story linenya mmg aku dah agak sejak lama dulu. Kagum sungguh..! aku tak mahu elaboratekan kisah cinta Ane kerana aku tahu dia tak suka. cukuplah entry ini menjadi tanda untuk aku kenang bahawa hari ini  aku happy untuk Ane.. aku doakan Ane bahagia...yang selebihnya, rahsia kita lah kan Ane...!!
Nah, Allah menunjukkan kuasanya. Di saat aku tiba2 teringat untuk bercerita ceriti dengan Ane, rupanya ada berita gembira yg ingin dikongsi bersama..

Sunday 24 January 2010

Cayok..cayok..!!

Hari ni hari yg seronok. Bangun pagi dikejutkan dengan panggilan tipon dr Mizi yg mintak alihkan keta sebab lori kontena yg nak angkut barang2 dia tak leh nak masuk.. Sib baik sempat cover line konon2 tipon tertinggal kat bawah..kuang3... Sepanjang pagi sampai tgh hari dok melepak sakan dekat rumah Mizi/Junita. Depa nak balik Mesia dah.. aduhaii..sian sungguh tgk cek mek tu.. nampak cam tak larat jer.. Sabaq la no...
Julie cakap last week carboot Dewsbury bukak.. jeng..jeng.. jeng.. apa lagi, mulalah buat rancangan dengan Kak Maziah nak bertandang melawat seller2 carboot yg sekian lama tak kami kunjungi.. kesian kat depa..kihkihkih.. So, balik rumah, tah apa angin yang melanda rasa cam rajin plak nak buat Pau Kacang Merah lagi sekali dengan Burger Malaysia. Bersilat la siapkan inti.. ada inti kakcang merah, inti sambal bilis n inti ayam.. wah..wah...sakan sungguh. Untung jugak ada breadmaker yg ada dua side, so kiri kanan dok tolong menguli adunan. A few time gak konpius sebab terlupa yg belah mana adunan pau n belah mana pulak adunan burher.. hentam lah labuuu.. tapi biasalah,  disebabkan tahap kesabaran yang agak kurang, maka mesin tangan jugak yang jalan.. Lambat giler nak tggu breadmaker menguli..lemah gemalai sungguh.. huh, pakai tangan jugak yang senang.. boleh tenyeh2...boleh hempuk2 adunan...hari ni tak sempat exercise, so menguli 2 adunan tepung ni pun kira exercise la jugak.. exercise mengembangkan otot lengan.. hahahah..
Liyana nak sleep over kat rumah malam ni tapi tak bawak berus gigi.. Maka terpaksalah Kak Maziah dgn Abg Mi dtg tolong hntr berus gigi dgn baju tidur sekali.. waa..ini sudah bagus.. kami boleh bukak sessi bersembang sambil pekena pau panas2 sama teh tarik.. pergghhh mmg la superb... opss.. lupa nak habaq, kali ni pau mmg menjadi sungguh.. Banggo den..! last week guna adunan donat utk buat pau. Hari ni tukar plak, guna resepi Hanieliza plak.. Alhamdulillah menjadi n sedap.. Hahaha..tak boleh belah punya perasan.. Nasib la.. aku rasa sedap..Kak Maziah kata sedap, Abg Mi kata sedap..so mmg sedaplah tu.. yeayyy..
Now, semangat berkobar2 nak tidur tapi mata masih degil.. Aduhaii.. jom kita beranganlah... apa nak beli esok ek..?? nak cari iron lah sebijik...

Wednesday 20 January 2010

Miss her already..!

Aiseymann buddy.. i'm just not sure now.. giving permission to join the dance class make me sick today.. just today, there is nothing to worry Darl.. yeahh.. in the middle of nowhere, i'm missing you la buddy...now only me n Mr.GuGu at home.. he ignoring me in total and just concentrating on his Y8 thingies.. abang not yet coming home..make me double time sick..!!
Why ha.. when u at home i feel nothing but thinking of today u will coming home late really make me feel..owhh-where-is-my-buddy. This is so not fair. Why must they have the class until 4.45. i mean doesn't it gonna be hectic for everybody.. dont they know the meaning of tired..?? Get a life..!! let my buddy come home early.. hahaha...

Buddy, i cooked spagheti for u n abang.. can't wait.

p/s: Please enjoy your dance class to the fullest. Dont pity your once-a-while 'sengal' mummy here.. i want you to captured every bits of the goodness of joning such a good activity like that. Hit them all with your talent, ok babe.. love you..! xxx

Friday 15 January 2010

Seorang Wanita Bernama Isteri

Puisi ini terhasil pada 270905. Ermm..lama juger terperam dlm buku catitan yg dah hampir koyak pun kulitnya..



Seorang Wanita Bernama Isteri

Seorang wanita bernama isteri
Setianya satu
Kasihnya padu
Bukan lautan jadi bandingan

Andai  dimiliki sayap
Terbangnya barangkali sudah setinggi langit
Hasrat menggunung mencapai awan
Mahameru sekadar busut jantan
Namun menyusur jua dia, tunduk mencecah bumi
Bagai aturan resminya padi
Demi menjaga maruah suami
Demi setia kasih seorang isteri

Seorang wanita bernama isteri
Tanganmu bagai besi kursani
Titis peluh ibarat mutiara
Limpah kasihmu rahmat berdaulat seketurunan anak adam
Semangatmu himpunan 7 petala bumi
Memang benar kata pujangga
Tangan yang menghayun buaian
Bisa juga ia menggoncang dunia

Seorang wanita bernama isteri
Senyum manis jadi penawar
jelingan manja jadi pesona
lembut belaian jadi igauan
tutur bicara mengubat duka
Dalam tabir remang senja
Usah bicara soal cinta
Usah persoal tentang setia
Kita tak mungkin bisa mengerti

Seorang wanita bernama isteri
Kasih hingga kerlip yang akhir
sepanjang hayat jadi kenangan
Putih suci wajah kekasih
Dalam lena tidur yang panjang
Jadi kekuatan yang ditinggalkan...

Friday 8 January 2010

Bila Sekolah Tutup


Hari ni ibu rasa liat sungguh nak bangun. Rasa nak mengeram lama2 dgn anak2. Tapi kena bangun jugak...haihh... Lepas subuh, ibu dah kalut nak siapkan breakfast n packed lunch anak2.. n then bersedia untuk memanggil anak2 bangun tido. Hishh..u ols lagi liat dr ibu ek..sampai kena kakak mintak direnjiskan air ke muka nak bagi mata dia terbukak. Tgh semua orang duduk menikmati breakfast, ibu dgr bunyi msg masuk kat henpon ibu. Rupa-rupanya Aunty Jay bagitau bahawa sekolah tutup hari ni sebab snow tebal. Yeayyy..ibu yang seronok..maka berita gembira pun disampaikan pada anak2 dengan riang rianya.. So, boleh la ibu buat plan untuk hari ni..apa lagi, kita pi menembak yerr...!!

Agenda seterusnya, kita makan dulu kenyang2..bukak balik bekal sekolah yang ibu dah siapkan tadi. Nanti sampai park, takmo dengar cerita merengek2 kelaparan yer. Dah ready semua kita turun bawah dan mencemar duli kat port biasa di belakang blok yang bukan main lah tebal snownya hari ni. Izhan tak habis2 dgn agenda merasa snow. Dari semalam lagi dia dok tongap snow yang berkepuk2 atas gate. Siap bagitau, mummy ini sedap.. ermm..yang ni tak sedap.. ewah2.. silap2 ada taik burung dlm tu dik.. hahahaa.. On the way nak pegi ke park, kita jumpa Aunty Atie yg nak pegi sekolah.. huhuhuu.. orang lain punyalah rajin pi sekolah, tapi ibu ni asyik kerja menembak jer tak sudah2.. haiihh..

Berat la ibu kena tarik adik n abang sekali dlm sledge tu.. terhegeh2 ibu rasa. Kenapa abang malas nak jalan..?? Kan tak pasal2 dah kena marah dengan ibu.. hahaha.. Sepanjang perjalanan kita terserempak 3-4 bijik kereta tergelincir. Kebetulan ada seorang pak itam yang berjalan kat situ jugak, maka dialah yang jadi tukang tolak everytime kereta2 tu skided. Baik sungguh pak itam tu.. Ibu rasa cam nak tolong gak, tapi rasa tak selamat nak tinggalkan anak kat tepi jalan licin tu. So, ibu tolong tengok je lah yer..

Sampai di Hyde Park, rasa puas hati sungguh. Dah lama ibu mengidam nak tangkap gambar di sini. Bila lautan salji memutih sejauh mana memandang terhampar di depan mata, apa lagi yang boleh ibu kata. Subhanallah, syukur Alhamdulillah kita diberi peluang menikmati keindahan ciptaan Tuhan ini. Inilah satu antara hikmah2 tersembunyi yang kita rasai di sepanjang tempoh merantau kita. Adik dan abang nampaknya tak berapa happy hari ni. Maybe sebab sejuk sangat. Geram ibu, boleh pulak time2 ni abang merengek kata nak balik tidur. Padahal selama ni mmg ajaib la kalau anak bujang ibu ni tidur siang. hishh..macam2 kerenah. takperlah, kita jalan pelan2 yer, sambil ibu memetik kamera di sana sini. Aaa.. kita jumpa 2 sculture ais yang cantik tadi kan..! Encik Snowman dengan anaknya yang dibentuk elok terletak di atas bangku rehat seolah sedang berjemur menikmati sinaran matahari. Comel pulak ibu tengok..


Bila sampai balik rumah, anak2 ibu semuanya dah kesejukan. Makan, minum, tengok tv..semuanya melekap sebelah heater.. Kali ni baru betul2 rasa penangan sejuk snow yer.. Selalu macam takde perasaan jer korang main snow tu..siap berguling2 bagai..hahaha... Tapi ibu ingatkan lama la boleh duduk kat rumah. Ingatkan dah serik nak turun lagi. Rupanya elok jer rasa sejuk hilang dah semua pakat nak turun main sledge pulak.! aduhaii anak.. takperlah..main la puas2. Sementara tengah ada peluang, kita gunakan sepenuhnya. Masa depan belum tentu lagi kita akan dapat merasai semua ni lagi.. Yang penting, ibu happy hari ni. Ibu tau anak2 ibu pun happy, tapi saja merengek je lebih...

Saturday 2 January 2010

2009 membawa pergi kenangan setahun.


Semasa melalui tahun 2008, aku tak putus2 berdoa akan diberikan Allah untuk beroleh masa2 mendatang yang lebih baik.. Semua orang tahu, 2008 sesungguhnya tahun dukacita untuk aku dan anak2. Perpisahan, kehilangan, kekosongan... semuanya tidak mampu kami hadapi dengan baik. Terlalu banyak airmata yang tumpah. Lantas hati terlalu ingin untuk melihat walau sedikit kegembiraan pada tahun berikutnya. Allah menjawab permintaan itu. 2009 yang ku lalui banyak sungguh memori2 manis. Terima Kasih Ya Allah..sesungguhnya aku bersyukur dengan setiap apa yang telah KAU beri.

Tipulah kalau langsung tiada yang mendukacitakan pada 2009. Tak sempurnalah hidup kalau segala-galanya manis dan indah semata2. Hilanglah pula serinya kehidupan kan.. berhadapan dengan ketidakjujuran seseorang yang sangat kita percayai, menghadapi payahnya pengalaman kesempitan hidup di saat anak2 begitu riuh meminta itu dan ini, melalui hari2 tanpa tidur dek kerana risaukan progres pengajian yang tidaklah begitu baik...alangkah pedihnya tanggungan jiwa. Namun, Allah itu kan MAHA adil. DIA beri kepahitan, namun DIA juga berikan kemanisan yang berkali2 ganda asal saja sabar dan redha dengan setiap aturanNYA. Antara, banyak2 memori manis, ada beberapa yang begitu meninggalkan kesan di hati. 

Pengalaman indah menggembirakan hati Achik, seorang insan yang sangat aku sayang akan aku kenang sampai bila2. Besar sungguh pengorbanan Achik sudi dtg meninggalkan rumah pusaka di kampung dan terbang melintasi benua semata2 untuk menolong aku menjaga anak2 di sini. Mmg takkan terbalas budi ini walau pun sampai aku mati. Dapat membawa Achik berjalan2 walaupun sekadar di sekitar Leeds dan York (dek kerana kedudukan kewangan yang sangat terhad), nampaknya sangat2 menyeronokkan dia. Almaklumlah, orang tua2.. sesekali melangkah kaki di bumi orang putih, bumi penjajah ini.. tentu rasa bangganya tak sama dengan kita. Melihat air mukanya saja sudah jelas memberitahu bahawa dia gembira. Alhamdulillah... itu sudah cukup bermakna bagi aku.
Pada Mac 2009, aku berjaya memiliki sesuatu yang sangat2 aku idamkan. Lama juga memendam rasa. Setiap kali ke City Centre, mata mesti tak lekang dari mengintai2 kamera DSLR di ruang peragaan dan setiap kali itulah hati berdetik..haii..bilalah nak merasa. 3-4 bulan jugalah berdikit2 menyimpan duit dan alhamdulillah, ALLAH beri  rezeki bila dapat peluang memasak untuk program adik2 undergrad. Dengan duit GBP700 pound dlm tangan, aku melangkah kaki ke kedai dengan hati penuh rasa menggebu2.. Satu demi satu kedai aku masuk dan belek2 barisan kamera yang ada. Akhirnya CANON EOS 450D yang berkenan di hati dan menjadi baby baruku. Saat pertama kali memotretkan foto, alangkah seronoknya hati.. Maka bermulalah hobi  baru, menembak ke sana sini dan sekaligus merapatkan hubungan dengan kawan2 di Malaysia yang berkongsi minat yang sama.. Abg Yob, Aidel, Cik Li etc... semuanya rajin membantu memberi tips2 dan pengajian online. Terima kasih semua..!!
June 2009, aku selamat menjalani upgrading dengan lancar. Sesuatu yang sangat aku risaukan selama ini. Maklumlah, kalau tak lepas alamatnya kena cari kotak dan bungkus kain baju balik Malaysia lah jawabnya.. Huhuu..takmauuu....aku tak mau balik dengan tangan kosong..!! Alhamdullilah, proses soal jawab berlangsung dlm suasana yang sgt bagus dan diberikan status lulus untuk diupgradekan dalam tempoh lebih kurang satu jam saja.. Rasa nak menjerit satu dunia.. Terima kasih sgt2 pada Dr. Fiona yang banyak membantu. Prof King pun banyak bantu juga tapi dalam 2-3 bulan sebelum transfer, dia dah start bz dengan study leave.. Bila call mak n bapak, diorang rilek jer. Eh, mana aci.. hellooo..mak, interview nyer susah la.. tunjuk la perasaan skit..!! Mak kata, dia tahu anak dia boleh buat.. Alahaii, sebak la pulak.. After all, itu hanya takat hujung kuku dari seluruh proses pengajian ni.. Banyak lagi yang kena kejar terutama dalam bab penulisan. Aku ni dah la lemau skit bab menulis ni.. SPV selalu jer tegur.. Dah la menulis sikit2, byk yg salah plak tu.. huhuuu.. i'm trying my best la ni...
Julai - September, masa dihabiskan di Malaysia untuk data collection. Pertama sekali yang mengejutkan dah tentu2 dengan keadaan ekonomi. Rasa cultural shock sgt2 dalam tempoh minggu pertama dan kedua membeli belah. Kenapa barang semuanya mahal meletop..???  Secara perbandingan nilai matawang, terasa macam kemampuan membeli di UK jauh lebih baik. After some times dah boleh adapt dengan keadaan tu. Redha je lah walaupun mmg duit habis dalam berbelas ribu juga sepanjang 3 bulan di sana. Banyak unexpected things yang berlaku tapi perkara yang menyakitkan, tak perlulah dikenang2 kan sangat. Let bygone be bygone. Yang menyeronokkan dah tentulah melihat anak2 seronok menjalani kehidupan macam budak kampung pior. Dapat main hujan, tolong atuk halau monyet, tangkap ular kat kebun, bakar lemang sendiri, pegi sembahnyang raya n sessi drama swasta dan macam2 lagi lah.. Juga, yang menyentuh hati melihat betapa seronoknya anak2 dapat menghabiskan masa dgn daddy.. daddy pampered diorang bukan main lagi..bawak gi tgk ular la..gi makan best2..gi ice skating..tq daddy to make their days such a great one..
Penghujung 2009 kami nikmati dengan penuh gelak ketawa. Snow yang datang benar2 menceriakan hari kami. Walaupun sejuknya hingga ke tulang hitam, namun kami melalui keriangan yang tak berpenghujung. Membuat snowcat, bermain sledge dan  never ending photo session..wahh..mmg happening sungguh..!! Anak2 cuti sekolah 2 minggu maka kami mmg enjoy the holiday to the fullest. Hari2 bangun lambat, then masak n makan2, kalau ada snow pegi turun main snow, then pegi tgk movie, pegi bowling..makan2  kat luar.. Setiap masa terasa masa riang ria.. erm..what a nice ending..! Bye 2009..



Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaanMU ini. Izinkan 2010 ini juga menjadi tahun yang lebih baik untuk kami sekeluarga..yang lebih produktif, lebih membahagiakan dan lebih sejahtera..Insyallah.