Sunday 28 February 2010

We got 2nd Place...!!

Hahaha... dalam pada kalut2 tak cukup orang la..apa laa.. dpt  jugak 2nd place...!! Opss..am talking about the Netball tournament @ Sheffield Games today. Too much excitement...!! Why..??  Well.. most of us are 'emak2 orang' hokayyy but the ummpphh is still there..yeayyy..!! u guys hot la... ahaks.. now am looking forward for another match..huhuhuu udah addicted mau training lorr...fun..fun ..fun..!!

Snow datang lagi

Ermm... dah lama hilang cerita snow. Ingatkan nak beralih ke musim spring dah. Tambah2 bila di tepi laluan pejalan kaki di perkarangan sekolah Izhan dah mula nampak tunas2 bunga yang semakin galak menjenguk dunia. Hati pun girang bukan kepalang sebab musim bunga adalah musim yang paling happening.. setiap kali keluar rumah, pandangan mata dihiasi dengan kuntuman2 segar pelbagai warna yang menyerikan alam ditambah dgn cuaca yang sgt nyaman.


Rupa-rupanya salah telahanku. Tanggal 21 Februari 2010, tatkala langsir jendela disingkap bila pagi menjengah, terkejut hati bukan kepalang. Sejauh pandangan mata, sejauh itulah hamparan salji putih bersih menyelimuti segenap ruang baik di jalan raya, bumbung dan laman rumah dan reranting pohonan juga sudah bertukar rupa sama sekali. Putih seputih2nya. Salji mula turun sejak awal subuh barangkali dan hingga jam 10 lebih pun masih lebat lagi menyebabkan semakin lama semakin tebal ia di dada bumi. Pantas kukejutkan anak2 dari pembaringan kerana sangat maklum dengan keterujaan mereka setiap kali salji turun. Penanda aras untuk bersuka2 bermain sledge dan membina snowman. Dengar saja snow turun semuanya melompat menuju tingkap dan bertelekulah kami empat beranak di birai jendela menyaksikan butir2 halus yang turun dr langit..asyik sungguh!
Kebetulan saja hari ni kami dijemput makan pagi di rumah Sue. Ibarat pucuk di cita ulam mendatang, sementelah pula tubuh masih lesu berbisa ekoran seharian menyiapkan bahan jualan di Green room semalam membuatkan aku mengarahkan anak2 supaya bersiap cepat. Kononnya lepas breakfast nanti boleh terus main sledge di bukit kecil belakang rumah. Mana tahu rupanya ada agenda yang lebih menarik yang dibincangkan oleh Fendi dan Kak Maziah bagi mengisi keseronokkan hari ini. Setelah selesai acara makan2 sambil menonton filem Avatar, kami berangkat ke Temple Newsam. Hanya aku dan Izhan yang tak pernah sampai ke sini. Nurin dan Nazrin dah pernah datang semasa mengikut Humaira bersledging lewat kedatangan salji yang lepas. Dari dalam kereta lagi aku dah mula memetik kamera kerana geram melihat pemandangan yang cantik di kiri kanan jalan. Bila sampai saja di lokasi, rasa terpaku sekejap. Salji memutih di atas padang bagaikan sebuah tasik beku yang sgt luas.. Aku sudah berkali2 melihat salji tetapi setiap kali aku masih merasakan keterujaan yang sama sebab setiap kali itulah berbeza bentuk pemandangan yang aku lihat. Terasa diri kecil sekecil-kecilnya. Alhamdullillah, terima kasih Allah kerana memberi peluang aku menikmati pengalaman indah ini.
 
  
 

Maka bermain lah kami di situ sepuas-puasnya, menuruni cerun dengan pelbagai aksi 'stunt'. Wahh..terasa lapangnya fikiran sesekali dapat menjadi kanak2 semula. Izhan yang kecil pun bukan main berani bersledging dan setiap kali meluncur laju menuruni bukit, dia menjerit2 keriangan.  Barangkali mmg orang Melayu ini sangat pandai dalam mengekpresi emosi. Sepanjang hampir 2 jam di situ, hanya jeritan2 dari kumpulan kami saja yang kedengaran. Kenapa Mat Saleh2 ni senyap jer..? Ataukah mereka ni tak ada perasaan..?? hahaha..
Memandangkan jam 3 pasukan netball Leeds akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Brunei, maka kami beransur pulang pada jam 2. Anak2 pun dah kesejukan dan mula  merengek. Dah nama pun anak2... bila seronok tak boleh ditahan2 excited mereka tapi bila dah letih, pun tak boleh ditahan2 juga rengekannya.. aduhaiii...
Ini barangkali saja merupakan salji lebat terakhir bagi musim ini. Apapun, kami bersyukur teramat dgn pengalaman ini. Terima kasih Tuhan.

Monday 15 February 2010

Hujung minggu yang indah




Hari Sabtu dan Ahad merupakan hari yang ditunggu2 saban minggu. Inilah masa untuk melayan malas...masa untuk bergolek2 dengan anak2 dan masa untuk bereksperimentasi di dapur. Minggu ni Sabtu dan Ahad disambut dgn macam2 agenda.  Seawal pagi Sabtu, aku dah bersilat di dapur menyediakan bekal sebab pagi ni perlu tinggalkan anak2 di rumah Kak Maziah. Aku ada training netball lagi hari ni. Aku pergi ke Sport Centre dgn Kak Maziah dan Atie dan sepanjang jalan kami berkongsi cerita perihal kerenah anak2. Lucu sungguh..! At first, its a bit frustrating sebab cuma ada 6 org yang dtg utk latihan. Ermm..apa yang boleh dibuat dgn 6 org..but mujur Hanieda ada geng student Brunei yang tgh training jugak di hall sebelh. So, kitorang join main sama2. It was really fun and memancitkan jugak.. huhuhuu..
When we went home, anak2 dah excited bukan main sebab tgh hari ni kami nak pegi ice skating. So, bersiap apa yang patut, keluar rumah jam 1.30, part kat EC Stoner and walk down the road to Milleneum Square. Wahh..ramainya org dah beratur.. Hezri dgn Akyun dah tggu untuk bagi tiket so it doesnt take long for us to get everything and ready to skate. Puteri cantik manis ibu Nurin Umaira barangkali manusia paling gembira hari ni. Sejak ber ice skating dgn ayah di Sunway Pyramid bulan September lepas, dia dah pasang angan2 nak gi ber skate lagi di Leeds and today is the day. Obviusly she really enjoyed the day. Nazrin Amirul pun dah semakin cekap mengimbang badan. Tahun lepas asyik jatuh berdebuk saja tapi tahun ni nampak dah ok dan ada gaya bila dia skating. ahh...kalau dah nama kanak2, mmg cepat saja dapat menguasai sesuatu benda baru. Tahun ni first experience Izhan, so Ibu mintak kasut yang ada double blade. Kami just wandering araound the kids area je lah sebab Izhan nampak macam gayat lagi. Yang tak best, kejap jer dia nak skating and most of the time dok melepak tepi rink makan lolipop..alahaii.. ibu nak masuk main dia tak bagi pulak.. suruh abang jagakan adik kejap, tak mau pulak..so, ibu tgk je lah org dok lalu lalang berdesup desap kat dalam rink tu... huhuu..takperlah..janji anak2 ibu happy cukuplah..
Ahad, again pagi2 buta dah berperang dgn periuk belanga untuk sediakan bekal. Hari ni agendanya ke carboot Rufforth. Dah lama tak pegi..dgn bantuan encik tom tom, berjaya juga kami sampai. Besar kawasan carbootnya tapi harga tak la murah sgt.. boleh laa.. Anak2 la yang seronok sebab dapat beli macam2 mainan. Ibu..?? ermm..ibu just beli penyapu lidi jer.. mmg dah lama cari pun sebab senang nak sapu carpet n penyapu lidi yang kat rumah tu dah patah2...Ibu tak suka guna vakum..bising..! Selepas selesai agenda menguruskan poket, kami gerak ke York Botanical Garden. Ingatkan ada special park rupanya park kat tgh2 pekan York yang mmg kami dah pegi sebelum ni. Tapi seronok jugak melepak tepi sungai tgk cruise lalu lalang.. and sempat jugaklah ibu berphotoshoot..
It was really a fun days.. Hari ni cuti sekolah dah start for one week. We have no plan yet but tgklah nanti cemana...Ibu teringin nak gi movie. Semalam tgk trailer My Name is Khan cam best jer.. ermm..

Monday 8 February 2010

Tak boleh tidoq...!!

Adoyaii... apa punya penyakit la hari ni.. sepanjang hari dok sakit2 badan. Hahahaaammpehh la sungguh.. ni la akibatnya 2-3 thn memendam lemak2 tepu di dalam tubuh badan.. makin lama makin gebu macam pau yg aku buat last week. Baru treneng netball sejam semalam, hari ni dah rasa nak kiok dah.. apa laaa.. to make it worst, sejak 2-3 hari lepas aku dah start selsema plus sore throat plus coughing on and off.. hari ni dia mmg bagi sungguh2 la...heee..menderita jugak la rasanya.. so, keje aku hari ni tidoq saja sepanjang hari... anak2 aku dah siapkan makanan masa bangun pagi tadi sebelum aku teruskan agenda tidur-tiduran.. hehehe.. and they knew their mum very well, kalau dah nampak aku terbongkang tu mmg they all tak berapa berani nak mai usik. Izhan jer yg dtg try2 nasib tadi, tu pun dah kena jerkah dgn kakak dia.. hahahah..

tu cerita siang.. ni dah masuk tgh malam, aku masih lagi dok terkebil2.. apa cerita..?? nak  fb tak dak mood..nak chatting kengkawan sumer dah layan mimpi..nak study saki baki dizziness masih ada and i dont think i can concentrate... adoyaiii apa nak buat ni.. ??? any idea..??

1. main word search
2. main sudoku
3. belek album gambar
4. .... tak tau apa lagi dah..

kalau boleh mengaji, dah lama aku mengaji..cepat skit khatam utk pusingan kali ni.. adoyaiii...

Wednesday 3 February 2010

Tensi


Aduhhh... pusing kepala dibuatnya.. 2-3 hari ni mmg rasa tension yg teramat.. Mulalah fikir macam2 yg impossible. Ermm..contohnya macaammm.. kalaulah ada liquid paper ajaib yang boleh hilangkan resah gelisah di hati dalam sekelip mata, mesti best... hahahah.. ataupun, kalaulah ada lampu ajaib Alladin tu, nak mintak pinjam la kejap.. nak mintak Jin Toncet tu pi library amik bahan, then concentrate sungguh2 tolong siapkan thesis writing ni while i can freely and happily browsing internat to catch up with latest gossip or latest hot korean drama or...tgk Hindustan ker.. or.. projek masak-memasak ker.. tau2 Jin Toncet cakap.. "Mem, saya dah siapkan 3 bab..esok Mem boleh jumpa supervisor Mem.." Waaa..best best..!
Masalahnya sekarang ni, i have writer's block...!! eee...tak sukanya... Rasa macam banyak jer idea nak tulih tapi kenapa bila nak start menaip, idea sumer hilang.. pi rehat sat, berexercise dgn salsa, joget melayu n zapin and coming back to continue..still macam tu jugak.. ok..rehat lagi.. bukak youtube, layan konsert bagaikan sakti..oklah jugak but then naik menyampah pulak tgk tudung dgn baju ct yang beran2 macam langsir tak siap tu...then sambung balik..still tak move pun..duduk2 rehat lagi.. solat n mengaji plak.. alhamdulillah sejuk rasa hati... ok..dah ok kot, kita sambung typing lagi.. adala kot dalam setengah jam yg boleh fikir betul pasal thesis, then dia buat hal lagi... aduhaiii...macam ni lah gayanya dlm 2-3 hari ni.. What wrong Ita..??? adoyaiii..
Wahai hati...dimanakah semangat kita pergi bercuti 2-3 hari ni..?? Wahai otak, kenapa lambat jer nak bekerja ni... all my beloved neuron having winter break ka..?? I need my brain backkk...!! will you my active brain, please come back...mummy missed youuu..!!