Friday 20 March 2015


Kerusi Kosong

Kerusi kosong sudah lama di situ
menjadi penghuni taman yang setia
Bungkam… terperuk ..
Di sudut jalanan yang sunyi
Sesekali sang pelari melewatinya
Sesekali sang pejalan kaki menyinggahinya
Kerusi kosong menjadi teman melepas lelah
Kerusi kosong menjadi pendengar cerita gundah
Aku dan dia adalah penghuni kota gila
Lalu hanyut dalam arus masa yang laju
Mengejar mimpi menghias awan
Tanpa sedar melukai tanah berpijak
Aku dan dia punya cita
Aku dan dia punya rasa
Senja mendung jadi lukisan hati
Sang pencinta yang gugur
Berbagi kata kecewa luka
Kerusi kosong menjadi saksi
Sesekali kami pasti datang lagi
Bila musim rasa itu kembali
Pasti,
Kerusi kosong akan menemani.

Ita ahmad, 20/3/2015 @ 5.42pm

Tuesday 24 February 2015

Menulis..??

Assalamualaikum..

Cam mana nak cakap ni ek.. hmm... actually, kepala otak tengah tak berapa betul. Terlalu banyak benda nak kena baca. Terlalu banyak benda nak kena fikir n banyak benda jugak nak kena prepare. Of course la ada buat 'list to do'.. letak priority pada bahagian penulisan artikel. Tapi selalu, bila start nak menaip dan google maklumat, then tiba-tiba jadi blank.. hahaha..kepala otak sendiri boikot tuan badan.. sabo je akuu..!!

Owhh..lupa, cara bercerita macam kan orang tau apa benda yang aku buat sekarang.. Padahal last update blog pun tahun lepas.. HAHH...TAHUN LEPAS..??? ni bukan takat bersawang lagi..ni dah kira jadi gua berantu dah blog ni.. muahaha... Oklah, meh nak citer, ekceli kan, sekarang aku ada kerja tambahan. Ida offer aku keje dengan warta Perdana. Dia suruh aku pomenkan sotkabar tu supaya jadi sotkabar yang lebih diterima pembaca hari ni. Fuhh.. besar keje tu beb.. kena fikir betul2 skop macam mana yang orang suka.. penulisan macam mana yang boleh jual..bla..bla..bla... Xper, i take it as a new challenge..kasi sel otak aku ni berhubung dengan lebih maju jaya lagi.. hehehe..

So, at this moment, aku sibuk membaca segala bagai majalah dan sotkabar lama2 untuk dapatkan idea. Best jugak tapi selalu buat aku sakit kepala.. Sakit kepala tu bukan sebab membaca (sbb aku kan mmg suka giler membaca), tapi sebab budak kenit tu langsung tak senang duduk kalau nampak aku mula mengadap apa-apa bahan bacaan. Satgi dia datang rampas la... satgi tetiba jer dia amik majalah and campak jauh2..satgi tiba-tiba dia datang smackdown aku...nampak beno ko tak bagi mak ko mengadap benda lain yer dik.. kena mengdap ko jer doplohpatjam...huhuu..aku ni masalah problemnya, kalau tgh fokus tetiba ada serangan gitu, on the spot urat kepala jadi terkejut. NGAPP..dia tangkap urat saraf..berdenyuttt jer..tu yang tak syok tu.. so nak tak nak kena tggu proper time i.e time dia tido or time dia pegi rumah atok, then baru boleh mengadap membaca dengan aman..

By the wayyy..i love to do this..Insyallah, aku buat yang terbaik. Alang-alang orang dah bagi kepercayaan, kita kena la buktikan yang kita ni mmg boleh buat kan.. Kiranya, kalau boleh tu janganlah sampai terdetik di hati pengurusan bahawa diorang dah tersalah pilih orang.. Rasanya tak kott.. i'll show you something Da..no worry..;p

Wednesday 9 April 2014

Rindu dia...

Catitan ini khas untuk Puteri Cantik Manis, Nurin Umaira,

Salam kakak,
waktu ibu tulis entri ni kakak berada di Batu Gajah untuk latihan pusat perkhemahan unit beruniform peringkat kebangsaan. This is your 5th camp, if im not mistaken kan. wow..! really awesome..! u knw what, i really adore u my dear. u keep your spirit high at all times. u r strong enuff to overcome all the circumstances. for all that u really deserve what u have today. Today, u r going to Perlis for the real National camp. Pls, take care of youtself.


when u r away, i feel lonely. yes la, i got abang, adik n airell around but still tak sama la the feeling when u r here with us. despite all the fights and non-stop arguments between siblings, i can't deny, thats make my life alive..! i stressed but i love it..i feel like nak ikat u all kat pokok and letak sarang kerengga but at the same time i laughed listening to all the stupid arguments.
i wish u can balik cepat cos i miss u a lot but at the same time i want u to explore the experience excellently. u r brilliant kid. u knw that. go, have fun and hit them all with ur talent. i am really proud of you kakak. i really do.. i hope what u have achieve today can motivate your brothers to follow the same path..maybe different interest n talent but i want u all to go all out in everything u do.
thx kakak for being such a wonderful dotter to me. i love u to bits..!!

Tuesday 1 April 2014

Kembali Menulis (menaip?)

Salam

Terlalu lama masa berlalu tanpa apa-apa catitan. Terlalu banyak peristiwa telah berlaku. satu demi satu telah dilalui dengan pelbagai rasa dan cerita. Alhamdulillah, hari ini Allah masih memberi kesempatan untuk kembali meneruskan kesukaan lama ini..

Dalam sebulan dua ni, saya mula menulis. Ada beberapa artikel yang sudah disiarkan di akhbar tabloid, Warta Perdana. Terima kasih kepada sang sahabat sejati, Rohida Daud atas ruang dan peluang. Nah, ini salah satu coretan yang disiarkan.



Ibu masak sedaplah!

            Setiap tahun pada sambutan hari raya Aidilfitri  kedua, rumah kami akan di datangi oleh seluruh kaum keluarga  sebelah Mak kerana Mak adalah kakak yang sulung. Memang kecohlah suasana bila dah berkumpul beramai-ramai begitu. Pastinya kami akan bertungkus-lumus menyediakan juadah istimewa yang pelbagai jenis. Dalam ramai ramai sepupu, Syahmi agak keletah orangnya. Ada saja perkara yang nak dibebelkannya.

Syahmi: Mak Yong, (panggilan untuk Mak) kuih ni sapa buat? Sambil    tangannya ligat membuka penutup     balang tat nenas.
Mak:       Buat sendiri Mi.
Syahmi:  Emm..sedap! Bahulu ni sapa buat?
Mak:       Yang tu Mak Yong beli
Syahmi: Patutla tak sedap. (Tapi tangannya laju mengeluarkan 2-3 biji bahulu dari bekas)
Mak:       Kamu jangan mengada Mi. Mak Yong rasa sedap je.
Syahmi: Betul lah Mak Yong, tat tu sedap sebab buat sendiri. Dibuat dengan kasih sayang. Bahulu tu dia buat untuk jual. Mana datang kasih sayangnya. Sayangkan duit Mak Yong adalah!

Riuh kami ketawa mendengar ayat power Syahmi. Mak hanya gelengkan kepala. Aku? Terdiam seketika. Betul kata Syahmi. Makanan yang dibuat dengan kasih sayang memang nyata jauh lebih sedap.
            Cuba kita menyusur sedikit ke ruang kenangan tatkala usia masih terlalu muda. Masa zaman sekolah rendah dahulu, ada suatu ketika semua murid khususnya yang perempuan begitu tergila-gila dengan trend ‘buku biodata’. Semua budak perempuan ‘wajib memilikinya. Jika tidak akan dianggap ketinggalan zaman. Buku keramat ini akan diedarkan di kalangan kawan-kawan untuk dituliskan biodata masing-masing. Lazimnya, ayat akhir pastinya ‘kenang daku dalam doamu’ dan kemudian ditandatangan. Meleret-leret panjangnya, mengalahkan artis!
            Kalau masih ingat, pada ruangan makanan kegemaran, 99.9% akan tulis  -  ‘MASAKAN IBU’. Masa itu memang tidak terfikir bahawa ada masakan lain yang lebih sedap daripada apa yang ibu kita masak. Pendek kata, goreng telur mata kerbau pun sedap hingga menjilat jari. Pada aku, ada tiga kemungkinan mengapa keadaan ini sedemikian.
            Pertama, barangkali kita tidak pernah atau jarang-jarang sekali dibawa makan di restoran atau kedai makan. Apa yang ibu masak, itulah yang dihadap setiap hari. Maka pastinya masakan ibu yang paling sedap di dalam dunia kerana tiada perbandingan yang boleh dibuat. Jika adapun mungkin apabila Makcik Senah sebelah rumah bersedekah makanan semasa bulan puasa atau bila sesekali menghadiri kenduri-kendara, maka dapatlah makan yang lain sikit.
            Kedua, barangkali sememangnya ibu kita pandai memasak. Al-maklumlah, dahulu kebanyakan ibu menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Mereka mampu menyediakan makanan yang sedap-sedap daripada sumber alam yang segar dan berkhasiat. Makanan segera belum lagi menjadi fenomena. Maka, jika bahan masakannya baik, pastilah hasil masakannya juga baik. Tambahan pula kebanyakan herba dan sayuran serta lauk-pauk ada di sekeliling rumah. Kebersihan pun terjamin.
            Ketiga, barangkali masakan ibu  itu tidaklah sehebat mana. Mana hebatnya kalau setakat sayur rebus dan sambal belacan. Tapi yang menjadikannya sedap adalah keberkatan air tangan ibu. Nah, inilah jawapannya, air tangan!
            Orang sekarang mana ambil peduli tentang perkara ini. Dari pemerhatian aku, bukan sedikit para ibu moden yang bergantung pada air tangan orang lain. Pagi, digorengkan sosej dan nugget untuk sarapan. Di sekolah anak-anak makan air tangan makcik kantin (yang entahkan bersih entahkan tidak). Balik sekolah pula, bagi ibu yang berkerjaya, mereka memilih untuk membeli makanan yang sudah di masak di kedai-kedai makan. Kadang-kadang air tangan mamak, kadang-kadang air tangan makcik Indon malah adakalanya air tangan nyonya. Malam, ibu letih setelah penat berkerja seharian. Paling mudah telefon saja khidmat penghantaran segera dengan pelbagai menu sedia untuk dipilih. Hari minggu rancangan asalnya bukan main baik nak memasak itu ini untuk santapan anak dan suami tetapi akhirnya sekeluarga diangkut ke kedai makan atau restoran sebab sekali harung dengan pergi berbelanja atau barangkali juga ibu diserang penyakit M, mahunya berehar-rehat saja di hujung minggu. Aduhai, kesian anak-anak zaman sekarang.
            Aku teringat akan satu petua yang diberi oleh arwah Atuk. Katanya, jangan malu menyuap anak-anak makan. Yang lebih baik kalau anak-anak (jika beranak  ramai) disuap bersama-sama. Katanya perkongsian bekas mulut yang digilir seorang demi seorang itu boleh menjadi ikatan merapatkan kasih sayang sesama sendiri. Itulah yang aku selalu buat. Anak ada 4. Dari yang kakak berumur 12 tahun sampailah si adik kecil yang baru mendapat kaki, semuanya duduk bersila kemas mengelilngi aku bila dipanggil makan. Nasinya penuh sepinggan (selalunya berpinggan-pinggan!). Lepas satu, satu mulut disuap. Kadang-kadang tercuit juga hati. Macam anak burung! Petua ini nyatanya menjadi. Alhamdulillah.
Aku percaya sangat-sangat, pada air tangan ibu ada hikmat. Di situ ada kasih sayang, ada rasa tanggungjawab, ada belas ehsan kepada anak-anak dan ada pengajarannya. Mana tidak, kadang-kadang makanan yang ibu sediakan itu sangat ringkas sifatnya tetapi kenapa menjadi igauan anak-anak. Semakin anak-anak dewasa, mereka akan semakin jauh dari ibu bapa. Bermula dengan asrama, kemudian universiti seterusnya berkerja, berkahwin dan berkeluarga sendiri, satu demi satu anak kita akan keluar dari rumah. Namun, dalam kejauhan itu masakan ibu tetap dikenang-kenang. Demikian, ibu mengikat rindu dalam hati dengan kasih yang tidak bertepi, melalui masakannya sendiri. Itukah kisah hubungan ibu dan anak yang begitu tinggi nilai kasihnya. Tanpa sempadan. Tanpa syarat.
Wahai para ibu, jika selama ini kita mengambil mudah perkara ini, barangkali sudah sampai masa untuk kita berubah. Jagalah perhubungan keluarga. Jagalah kasih sayang anak-anak dan suami. Masakan kita jambatanya. Pelihara juga punca rezeki agar yang masuk ke perut anak-anak hanya dari sumber yang halal. Allah telah berfirman;
“Wahai orang-orang beriman. Makanlah daripada benda-benda yang baik (yang halal) yang telah kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya”
(Al-Baqarah 2;172)
Jika air tangan sendiri pun kita kedekut untuk memberinya kepada keluarga yang kononnya sangat-sangat kita sayangi, maka jangan dipersalahkan anak jika mereka ingkar kata. Jangan dipersalahkan suami jika seleranya beralih. Jangan dipersalahkan sanak-saudara jika rumah kita jarang-jarang dijengah mereka. Hidup di dunia sifatnya sementara. Di sinilah kita mahu mencari bahagia, juga mencari berkat dan rahmat Allah. Air tangan ibu yang solehah hanya sebahagian kecil darinya.

p/s; Teringat kenangan di perantauan apabila anak  terjaga dari tidur dan mengejutkan aku. “Teringin nak makan laksa yang ibu buat” katanya. Aduhai, jam baru pukul 3 pagi anakku!

*copy paste TIDAK dibenarkan tanpa kebenaran penulis*

Sunday 20 January 2013

week 35 progress

Salam...
Diam tak diam, minggu ni dah masuk minggu ke 35 pregnancy. Ibu x penah update apa-apa on these pregnancy matter.. yg sebenarnya lebih pada penyakit big M.. tapi hari ni rasa macam..ermm, at least ada satu entry sebagai kenangan untuk baby ni pun jadilah.. Sepanjang mengandungkan anak ni, mmg macam2 dugaan yang ibu lalui.. almaklum jelah.. umur pun dah remaja senja.. so, badan pun dah tak berapa nak kuat.. masa awal2 dulu, mmg lemau sesangat dibuatnya.. sepanjang 2-3 bulan pertama mmg lebih banyak melepek jer.. bangun jer akan datang rasa dunia sedang berputar 360 darjah. Bila masuk bulan 4,5,6 dah rasa terlebih energetic plak.ada jer benda nak buat.. kadang2 rasa heran dengan diri sendiri.. eh, aku ni mengandung ke tidak ni..?? tapi to be real, mmg perut makin membolat la kan..
But then, lain pulak halnya bila dah masuk bulan ke-7..ibu lebih banyak risau... based on izhan punya pregnancy dulu, ibu mengalami early contraction yang agak heavy juger... dari week 32 sampaila due date ibu mengalami contraction yang agak kerap. Doc mintak ibu berumahtangga di hospital sampai beranak tapi ibu tak sanggup.. n ayah pulak masa tu keje kat Kuantan...kira mmg payah jugak la..mana ibu kena duduk ward..mana nak uruskan abang kakak kat rumah..so, end up ibu mintak ditukarkan ke hospital t.intan.. dekat sikit atuk n opah nak tolong monitor..This time around, pun ada simpton2 early contraction tapi ibu sengaja buat derk... malas nak pegi mengadu kat hospital sebab dah tau dah, confirm kena warded punya. So, duduk diam2 jer la..

 *everything dah hampir sempurna...dia cuma menunggu masa sambil membesarkan tubuh dan ready to be out..*

Ni, bila dah masuk mggu 35, aduhaiii rasa tersangatlah beratnya.. baby ni pulak rasa macam lebih aktif daripada abang kakak dulu.. most of the time dia berjaga n dok berkuntau sorang2 kat dalam tu.. kadang2 bila terlebih tendang tu, mmg sakit n semput ibu dibuatnya. So far, persediaan barang2 baby dah siap.. yg mana nak guna kat hospital nanti ibu dah siap2 kemas dalam beg. Yang lain2 dah siap lipat dalam bakul. Botol susu sebijik pun tak beli.. ibu berazam nak try susukan sendiri selama mana yang termampu...kalau boleh biarlah lebih dari 6 bulan... masa abang kakak dulu 2-3 bulan jer diorang menyusu badan, lepas tu masing2 boikot ibu.. semua nak susu botol...lebih cepat kenyang agaknya..:(
Sepanjang temoh mengandung kali ni, byk betul ujian yang Allah bagi.. satu demi satu datang bersilih ganti, kiri kanan depan belakang..Sedih mmg sedih tapi nak dibawa ke mana sedih tu.. Hidup perlu diteruskan. Makanya redha adalah ubat terbaik.. sedangkan sehelai daun gugur dari tangkainya juga adalah atas kehendak Allah, apatah lagi hidup manusia. Jika Dia datangkan ujian, pasti Dia juga datangkan hikmah bersama-sama setiap ujian itu...maka siapa kita untuk berburuk sangka denganNYA.
Anak ini anugerah dan amanah. Mmg kehadirannya dalam rahim ibu tidak dirancang sebaiknya, tetapi bila dia sudah ada di situ, ibu menghargai kehadirannya. Anak ini lelaki. Ibu mengharapkan lelaki ini akan menjadi pelindung ibu bila besar nanti.. menjadi anak yang soleh.. yang mulia peribadinya dan sentiasa terpaut hatinya di jalan ALLAH.. Datanglah apa jua pun rintangan, tetap anak ini akan ibu jaga sebaiknya sebagaimana ibu menjaga abang dan kakak.. sesungguhnya dia sangat istimewa...istimewa dalam caranya yang tersendiri dan hanya kami yang mengerti...

Friday 28 December 2012

teddy bear masuk sekolah..part 2

28/12/2012 - 7.13 am..

                                           SK Sri Petaling, Petaling Jaya

Salam pagi Jumaat..
ok, semalam izhan dah setel dengan majlis orientasi n ujian diagnosis tah hapa ke namanya tah.. masa cikgu panggil beratur utk gi ke kelas ujian, macam2 la yg si ibu gelabah ni pesan...jgn lupa baca bismillah...baca soalan betul2... jgn tension (padahal mak ko yg stress tahapahapa..)..etc..etc... dalam pada aku sibuk nak bagi pesanan khidmat masyarakat, dia rilek jer kiss ibu dia kiri kanan n blah... ok, anak mak mmg selamba gitu...aku redho...


ibu pun duduk la kat dewan tu dgr cikgu bagi taklimat... yg paling melekat masuk kepala, skrg dah guna sistem baru.. KSSR nama dia... dia ada satu lagi elemen penting iaitu kebolehan menaakul selain drpd 3M macam yg biasa dlm sistem lama KBSR tu...kebolehan menaakul ni dlm erti kata lain nak ajar murid supaya berfikiran kritis...hmmm..bagus la tu..budak2 mmg perlu diberi peluang menyampaikan idea, or any says with their own stand... jgn mengiyakan jer apa yg org cakap... tapi berdasarkan pengalaman dgn 3 budak bertuah ni yg terima pendidikan inggeris, hmmm..ada gak yg kontranya... diorang jadi very the very outspoken n always have something to argue back. Persoalan why tu kira mmg sampai ko letih la nak menjawab..pastu bila aku kata..ishh ibu tak tau la.. kang dia kondem aku.. ' kenapa x tau..bukan ibu kena tau sumer ker..?' ..tau sumer ekkkk...ko hingat mak ko ni kamus berjalan..?? IQ 199.9..?? anak sedara albert einstein..??
ok, kembali pd cerita KSSR..cikgu tu cakap nanti takde dah nak kira gred n peratus exam macam biasa.. sekolah akan guna sistem band 1 hingga band 6 untuk ukur kebolehan dan keupayaan murid dalam satu-satu mata pelajaran..wahhhh..macam kat U plak.. good...good..aku sokong..!! pastu ada lagi pasal LINUS...yg ni aku tak berapa fokus sebab si nazrin sibuk dok hantar kat aku list buku2 n brg2 yang nak kena beli. Sementara En.Daddy offer nak setelkan stationary n buku2 anak, maka mari kita tick banyak2 kat booklist tu..muahahha...
Pastu cikgu cerita pasal PBS plak.. ok, yang ni aku lupa apa makna dia tapi yg aku faham dia suruh parents ni main peranan lebih skit untuk encourage anak2 minat membaca kat rumah. It doesnt mean ko kena paksa anak ko baca buku semata-mata tapi anything yg related dengan pengajaran la.. cam nyanyi sama ker..acting sama ker...or apa-apa je lah... hmm..bab ni aku suka...sebab membaca mmg hobi aku n nurin. Cuma nazrin n izhan jer yg liat skit bab baca2 ni..tapi on the other hand, diorang suka dengar aku bercerita. So, selalunya apa yg aku baca, aku akan ceritakan balik in a simple way n relatekan to their own behaviour ker...tazkirah agama ker.. isu semasa ker... masalah alam sekitar ker.. etc.. Sesi mari bercerita ni selalunya kitorang buat masa bergolek2 atas katil la.. or masa dalam keta.. haa.. time ni mmg kena siap sedia menjawab all the why..why..and why...

So, dalam pada aku tgh syok layan taklimat cikgu tu, Izhan dah dtg balik kat aku.. dah habis dah test dia.. aku baru tanya "ok ker..?" dia jawab dengan muka bongkak giler.. " elehhh..senang kacang jerr." huhh..malas dah aku nak dengar jawapan senang kacang ni... obviously menurun dari perangai abang dia. Tiap kali exam, bila aku tanya mesti jawab senang kacang...senang kacang... tapi ko tunggu bila result kuar, no byk jugak yg ko dapat kan..?? pastu siap sengih2 bangga tu yang aku tak tahan tu...grrr... apa-apa jelah dik..janji dah setel... ok, skrg marilah kita turun ke kedai buku join ayah n kakak beratur untuk beli perkakas sekolah. Owhh..lupa bagitau, hari ni purposely ayah diorang keje half day sebab nak accompany aku uruskan hal budak2 ni. Mmg selalunya pun macam ni..asal ada jer kids occasion, dia mesti ada temankan aku n paling penting to be present for the children's sake. Baikkan encik bekas suami aku n baikkan kitorang boleh jadi kawan baik demi anak2... hahaha... *angkat bakul jap*.. Lama giler beratur, last2 dekat pukul 1 baru dapat beli semua keperluan diorang. tu pun seluar panjang dgn tie x dapat beli lagi... tggu sekolah bukak nanti la pulak. Beratus-ratus jugak duit en. daddy terbang hari ni. Mujur ada 3 anak jer... cer kalau 7 ker.. 10 ker... huh, ngeri nak bayangkan... Tapi terbyg jugak.. sedang aku yg bertiga ni pun rasa cam sendat jer poket everytime nak bukak sekolah, cam mana la agaknya org2 lain yg lagi ramai tu.. tambah pulak yg mak bapak berpendapatan rendah..huhuu..ok, i is insaf di situ..
Dengan berakhirnya aktiviti shopping buku-buku ni, maka bolehla kita pulang...yeayyy...ibu dah nak pengsan keletihan dan kepanasan dan kelaparan.. thx en bekas suami sudi tolong hantar mak buyung ni ke kereta yang terpaksa di parking jauhhhhhh sesangat..!!

Thursday 27 December 2012

teddy bear nak masuk sekolah..

27 Disember 2012, jam 6.54 pagi.

Syukur Alhamdulillah, diberi kesempatan menikmati satu hari lagi hidup di dunia. Hari ni ada perkara penting untuk Izhan. Dia kena menjalani orientasi tahun 1 dan ujian penempatan kelas. Haihhh.. entah kenapa dari semalam hati ibu ni cam berat jer nak terima hakikat bahawasanya teddy bear ibu ni dah besar.. rasa macam tak ready lagi nak lepaskan dia ke fasa baru dalam hidup dia. Memang la over sgt bunyinyer kan... macamkan dak Izhan ni anak sulung plak.. tapi mmg betul la, masa nurin n nazrin dulu takdela plak ibu nak jiwang karat cam gini.. agaknya sebab ibu dgn izhan ada share something yang orang lain tak mungkin faham. The bonding is actually too strong sama ada orang sedar atau tidak.. dia sebenarnya my best buddy sepanjang tempoh mendung dalam hidup ibu and at the same time dia juga melalui kemendungan yang sama..cuma as a baby dia tak mampu nak luahkan.

After all..life must go on... sooner or later ibu tetap kena lepaskan dia.. Ni baru nak masuk sekolah.. esok-esok bila dia nak duduk asrama...bila dia start bergf..bila start nak perkenalkan bakal isteri...bakal nak jadi ayah..etc..etc... tah macam mana la pulak. Apapun, anak ini anak yg kuat..dia sangat hebat di mata ibu...dan sepanjang umur ibu, dia akan tetap menjadi my lil teddy bear..selamanya...

                                                        Layan gambo dulukala jap..!

                         Gi studio shooting konon nak masuk pertandingan bayi comel. Dapat la jugak no 13 daripada 100++ contestant. Maknanya ko tak cukup comel la dik..mak ko jer yang mengelepar..!!

                       Humban la kat mana pun, tido tetap tido...ada aku kesah..??? kelassss ko jahh..!!

                                     Dari kecik mmg pantang jumpa air... suka sesangat dia.

Nanti petang kita cerita-ceriti tentang apa yg berlaku kat sekolah...:)