Monday 26 April 2010

Reminder


Sewaktu meninjau2 di ruangan Facebook pagi ini, hati tersentak membaca link yang dishare oleh seorang sahabat maya. Berita tentang kemunculan matahari dari sebelah barat. Bukankah itu petanda bahawa hari akhir semakin dekat..? Ya Allah, betapa hati ini insaf.. betapa hambamu ini selalu lupa dan lalai. Bila dikejutkan dengan berita sebegini, datang satu rasa di dalam hati.. Rasa yang terlalu sukar untuk digambarkan.
Hati mula tertanya2..Apakah bekalku di sana nanti..? Apakah ibadahku selama ini diterima..? Dalam golongan manakah aku akan dimasukkan..? Berapa beratkah hukuman yang harus aku lalui..?? Adakah ibu bapaku meredhakan aku sebagai anak..? Apakah suamiku meredhakan aku dlm tempoh Allah memberi peluang kepada aku untuk menjadi  isterinya..?  Apakah sudah aku jalankan tanggungjawab menjaga amanah2 Allah itu dengan baik..? Aduhh..banyak sungguh persoalan yang berlegar2 di minda.
Mati itu pasti..Hari akhir itu juga pasti.. sudah termaktub di dalam kitab Allah sejak lama dahulu tapi sering sahaja diabaikan manusia. Dan aku salah seorang darinya.
Ya Allah..ampunkan kejahilanku, kedaifanku, keculasanku...

fotogediks Harrogate


Dah lama ibu berangan nak buat photoshooting kat 'The Stray' Harrogate. Kalau tgk gambar dlm google images tu, mmg sentiasa buat hati bercelaru lah kiranya.. Sangat cantik..!! Mau tidak, dengan barisan pokok Cherry Blossom yang ditanam melintasi padang, bayangkan sajalah bagaimana rupanya bila bunga berkembang..Subhanallah..
Dekat 2 minggu juga merancang dlm kepala otak bila time yg sesuai nak pegi. Isnin lepas, bila lalu depan Central Library, ibu terkejut besar sebab 2 pokok Cherry Blossom yg gebu berkembang elok minggu sebelumnya, dah habih gondol..merah2 tunas daun je yang ada..Alamak..!! ini tak boleh jadi.. Kalau within a few days ibu tak pegi city jer pokok tu dah habis menggugurkan bunganya, mesti yang dekat Harrogate pun lebih kurang jugak... Gagal la mission ibu nanti. So, dari Isnin ke Jumaat itulah yg asyik ibu fikirkan.. Nak pegi lepas sekolah takut tak sempat pulak sebab kena berkejar balik.
Sabtu..pagi2 buta ibu dah bangun dgn semangatnya. Siapkan bf dan bekal untuk dibawak ke Harrogate. Anak2 pulak liat nak bangun. Tok tik tok tik jam 9.00 baru keluar  rumah. Sempat lagi singgah di Morrison kejap. Masa tggu free city bus, ibu pegi tanya staff Subway, mana pegi Subway halal yg dulu bukak depan Leeds Grand Theare tu. Mujur la tak jauh pindahnya. So, sebagai umpan supaya model2 cilik ibu bagi kerjasama yg bagus hari ni, ibu janji akan bawak diorang makan kat Subway..Uishhh melompat suka anak2. Mmg fav diorang la tu, especially dgn Meatball Marinara kat Subway tu..
Dipendekkan cerita, bila sampai di Harrogate ibu n kiddies berjalan jauh jugalah untuk sampai ke padang tu. On the way nampak pokok Cherry Blossom yg dah lebat daunnya.. Huuuhuu..rasa kecewa sgt.. Dah rasa macam nak patah balik jer.. tapi alang2 dah sampai kan, baik teruskan ajer planning. So, bila sampai kat 'The Stray' tu kami pun berposing sakan lah.. meliuk lintuk, pusing kiri..pusing kanan, sengeh sana sengeh sini.. sampai la letih nak beraksi. Agak2 model dah mula nak hangin ibu suruh rilex dulu n jamu dgn bekal yang dibawa.. emosi model kena jaga beb..nanti gambar tak berseri..!!  Lama jugak kami kat situ. On the way nak balik masa kami melintasi padang untuk ke Harrogate town, barulah ibu terperasan bahawasanya Cherry Blossom tu belum kembang pun lagi.. rasa tak percaya pulak.. belek2 lagi kat dahan2 pokok.. eh, betul lah..!! dia tak kembang lagi..!! Yeayyyy..seronoknya ibu.. Alhamdulillah, mudah-mudahan tercapai la impian ibu nak berphotosession dgn 'The Stray'.. Confirm, kami akan dtg lagi..
Hati pun dah lapang..ibu bawak anak2 jalan2 sekitar Harrogate.. tak pusing rata pun sebab semua dah excited nak balik dan menjamu selera di Subway.. Hari yang indah bersama hati2 yang bahagia.. Syukur..

Monday 19 April 2010

Dia dah bertitah dahhh..!!

Alamak..alamak..alamak...!!
pagi ni bila bukak email university tgk2 ada email dr Terry King, supervision kesayangan ku iteww.. Tak sabo2 si Terry ni nak jumpa aku.. rindu sgt ker..?? Eeee.. tak kuasa..!!
Mmg dah lama tak jumpa Terry.. Last pun bulan Februari kot..then dia dah start busy gi terbang serata alam..bentang paper la.. buat research la.. apa la..  Last month ada discussion dgn Fiona (my second SPV yg baik gilerr..). Kami dah bincang pasal pembahagian topik and i suppose to send her update every 2 weeks. So far beberapa sub topik dah ada draft cuma tgh usahakan untuk full writing. Aku kalau bab nak menulis ni mmg ala2 malasss gitew.. selalu jer stuck.. write's block la kononnya kan.. Padahal, cepat give up.. asal stuck jer aku stop.. asal stop, maknanya dah give up la tu.. heh..heh..
Bila dpt email Terry, terasa macam gelabah la pulak.. byk kali dah bagi alasan bodo2 ni sebab progress aku agak slow mo.. by right, mmg kena kasik dia baca the whole writing up yg dah ada.. tapi masalahnya yg ada ni..ala2 cerpen jer.. dia nak yg telenovela.. camana tu..??
Erm..fikir..fikir..fikir..

Thursday 15 April 2010

Bila nazrin kata nak

"Dah siap ke bu..? "
"Belum.. daging belum lembut lagi".

5-6 minit kemudian

"Pukul berapa boleh makan ni bu..?"
"Sabar ek..in 10 min ok.."

5-6 minit kemudian

"Cepatla...bau sedap ni.. abang lapar sgt"
"ok..ok..lagi 2 minit.. ibu nak clear meja dulu"

Hahaha..berulang kali dia menjenguk periuk belanga ibu atas dapur. Mmg ketara muka nak makan. Selalunya dialah yang paling kuat ibu jeritkan sebab payah sungguh nak tgk dia makan betul2. Hari ni seronok pulak ibu melengah2 kan masa, saja nak bagi dia lapar betul dan excited bila tgk makanan terhidang. haa.. baru dia tau makna lapar. Sempat jugak ibu bagi ceramah pendek ttg anak2 di Afrika yang sentiasa kebuluran.

Bila semua ready, dia yang dulu mintak pinggan. Rezeki hari ni barangkali sedikit istimewa. Ibu masak asam pedas kepala salmon, lamb kurma, telur masin dan sayur campur. Sekarang Nazrin dah mula suka makanan yang pedas2. Sementara ibu sibuk sediakan pinggan dan sudukan lauk untuk Nurin dan Izhan, dia dah mintak nasik tambah dah.. Alhamdulillah... happy betul ibu tgk Nazrin makan hari ni.. Kalau macam ni hari2, gebulah anak ibu..takper..ibu suka.!!

Mim alip lam sin...!!

Aduhaiii... entah angin apa la yg datang menyampuk, 2-3 menjak kebelakangan ni tahap malas dah menggunung2... Buat kerja tak de yang nak kata berkualiti... hari2 nak bermalasan.. apa nak jadi la...
Bukan tak sedar dateline dah bersusun menunggu.. bukan tak tahu Fiona dgn King dok menanti2 email keramat aku..huhuuu...
Mai kita muhasabah skit..
Kenapa..??
Cuba selam masuk ke dalam hati.. tanya diri sendiri..KENAPA..??
Kepala otak masih rasional kan.? Masih waras kan..? habis tu..kenapa..??
Kenapa malas baca buku
Kenapa malas nak menulis..menulis..dan menulis..
kenapa malas nak keluar
kenapa malas nak ke gym
Kenapa malas lipat kain ( \lagi seminggu dua, kain tak berlipat dah boleh lawan everest..!!)
Kenapa malas itu
kenapa malas ini..
OK, kita ubah soalan...
Kalau masak rajin tak.. ??  rajinnnnn...
Kalau makan rajin tak..?? rajinnnn
Kalau layan internet rajin tak..?? rajinnnn
Kalau keluar ke carboot rajin tak..?? rajinnnn..
Kenapa..??
ENTAH..!!

Wahai hati.. jomlah kita berubah sikit. Jomlah kita kuatkan azam, lebih istiqaamah dlm setiap usaha.. Kejayaan tidak akan dtg bergolek melainkan dgn usaha yang berpadanan dgn kejayaan yg kita inginkan. Semua orang tahu tu.. hukum sebab dan akibat yang paling jelas. Habis tu, tak reti2 bahasa lagi..??  BOleh bayang tak apa yang akan berlaku kalau PhD ni kantoi sekerat jalan.. dah byk sgt duit nak bayar hutang kerajaan.. owwwhhh tidakkk.. nak hidup pun semput2..
Maka itu, kalau rasa sedar diri, berubahlah...  tidak ada istilah lewat utk berubah..  Bukan senang nak senang sayang...

p/s: jgn peduli..ini hanya bebelan untuk diri sendiri.. peace..!

Thursday 1 April 2010

Dia menari pulak..!!

Puteri cantik manis ibu, Nurin Umaira ini sangat berbakat orangnya. Yesterday she performed another dance in West Park Centre, Spen Lane. Satu acara yang sgt menarik sebenarnya. Project by Education Leeds which conducted by Nicola Philips, one or the most outstanding choreographer in Leeds. Ada 6 buah sekolah semua sekali yang menyertai projek ini. Selama 10 minggu kebelakangan ni, setiap hari Rabu dari jam 3.30-4.45 Nurin join kelas tarian yang dikelolakan oleh Miss Nicola yang comel. Di kalangan anak2 Malaysia di sini, hanya Nurin dan Liyana yang join.. Barangkali sebab ini tarian, maka most of them tidak berminat kot.
After all, semalam seawal jam 10.30 pagi all the participants from Quarry Mount di ambil dengan coach dan dibawa ke West Park Centre untuk sessi rehearsal. Jam 3.45 barulah ibu dan Aunty Maziah (with her kids) sampai ke sana kerana persembahan bermula pada jam 4. Nurin and her group mendapat giliran kedua. It was a simple nice contemporary dance routine yang secara dasarnya menceritakan tentang Bandar Leeds. Actually keseluruhan persembahan adan berkenaan Leeds so each and every group have their own part in presenting what actually Leeds are. Kalau dah namanya tarian contem, so pergerakannya agak bebas (but still in proper choreography). Sangat comel melihat anak2 kecik berlari2, melompat dan beraksi menunjukkan bakat masing2.  Ibu bangga sungguh dengan Nurin. Barangkali sebab sudah banyak kali dia membuat persembahan di hadapan orang ramai, maka hari ni nampak sgt confident level dia semakin ok. Senyum and sengih jer dia sepanjang persembahan and she looks so catchy and lively..!!
Dlm byk2 aspek, ada satu jer yang ibu rasa menyampah sangat. Di sini, penonton dilarang mengambil gambar semasa persembahan berlangsung. I'm totally against this rules. Ibu tak dulik..ibu tetap amik gambar Nurin and her group, siap dgn video shot sekali. By the way, ibu dah cakap dgn nicola awal2 lagi.. Dia kata ok asalkan jgn guna flash.. Tak paham sungguh la mentality mat saleh ni.. imean not all of them la.. ada  a few parents yang tidak benarkan gambar anak2 diorang di ambil semasa apa2 acara pun atas alasan keselamatan. Takut anak kena culik kot. Masalahnya, ini melibatkan parents yg lain2 pun tak boleh amik gambar jugak..Geram sgt..!! Dah anak2 kita berusaha practise and show good effort, of course la kita nak amik gambar untuk kenangan..ni byk pulak restriction nya..hishh.. mengada2..!!
Apapun, yang penting Nurin enjoy her activity. Bakat menari ini barangkali already in her blood. Atuk dulu guru tarian..ibu mengajar subjek seni persembahan and now its Nurin turn to show her gift.. Paling utama, Ibu mahu mengajar anak2 supaya tidak takut berhadapan dgn crowd yang ramai. Stage fright itu biasa tapi once you overcome the nervous, the crowd will be yours.. She done well.. Bravo buddy...!!