Thursday 30 September 2010

permulaan yang baik..

OK, skrg dah selamat bersenang lenang dan berehat di rumah.. beberapa perkara dah setel utk hari ni.
1) report duty di APM
2) hntr surat ke BSM dan amik borang
3) amik cek kat Pejabat bendahari and bank in kan..
4) isi top up (mahal nak mampos..seriusly menyampah,but no choice kecuali berhenti guna tipon...!)

Secara kebetulan APM buat majlis sambutan hari raya.. seronok dpt jumpa semula hampir semua kawan2 sekerja..yang mana tgh cuti belajar pun ramai yang datang.. Just a moment i get back from BSM, Dr. Indra dtg mintak aku bacakan syair pada majlis tu..haa..?? terkejut katak dibuatnya.. 3 thn tak penah sekali mengalun syair, ini pulak nak perform dpn audience...hehehe..gigil beb...apapun, belasah jer lahhh..who cares..!! lagipun duet dgn Shafa yang mmg dah fofular iteww...so, end up ok jer.. majlis yg sempoi dgn makanan2 yg sgttt meriahh..tapi lebih meriah lagi dengan pertemuan semula dgn kawan2.. mmg best..!!

Malam, kebosanan tahap maksima.. 3 hari jer boleh tahan  bersendiri tanpa anak2.. hari ni aku dah kalah dah.. huhuu..kiddies at this moment dah balik Penang ikut encik daddy... esok, lepas keje akan merempit terus ke kampung utk amik achik, balik tido kat t.intan and Saturday noon will be re-united again dgn kiddies di KL.. haii..cepatla masa berlalu.. rindu my 3 ninjas..

New journey begins..


Mulai hari ini 'percubaan' akan dilakukan untuk mengupdate blog dengan lebih teratur..Diulangi, 'percubaan'... Aku mahu blog ini menjadi catitan perihal hidup yg serba sederhana tapi tersangat menarik ini.

Diam tak diam, dah 10 hari kami pulang ke tanah air. Bits by bits we've tried to adapt ( again..??) the whole surrounding. Betul kata Aunty Hasnah, fizikal dan mental kena kuat.. i'm not worry about physical..tapi mental ni kena amik masa sikit..kena belajar balik untuk menjadi 'rough and tough'. 3 tahun hidup dlm keadaan yang rileks dan santai2, pastinya untuk berubah menjadi sedikit laju itu perlukan adjustment.. well, this is life..!!
Hari ni aku perlu melapor diri semula untuk bertugas di Jabatan Kesenian Melayu, Akademi Pengajian Melayu. Itu tugas rasmi di fakulti. Tugas di kolej, secara tidak rasminya sudah bermula kelmarin bila aku kembali masuk ke Kolej kediaman Kinabalu. Sekarang tinggal urusan permohonan rasmi ke Pejabat TNC HEP. Kerja2 PhD, juga sudah bermula (wp enjin belum panas sepenuhnya..). Dengan lain perkataan, semua perkara sudah kembali berjalan seperti seadanya 3 thn yang lalu... Cuma kali ini, dengan sedikit tekanan masa dan keperluan menuntut gelaran DR..

Well, hidup mmg bukan mudah.. Namun itu bukan lesen untuk menyerah kalah. Dalam setiap kepayahan dan kepahitan, pasti akan ada manisnya.. Cuma bagaimana kita merasai dan menghargai kemanisan itu sahaja yang berbeza kerana setiap manusia punya persepsi yg lain2 juga.. Aku tidak mahu menjadi perfectionist.. aku cuma mahu menjadi seorang manusia baik yang sederhana serba serbi tapi punya kualiti hidup yang mampu membanggakan anak2 dan keluarga... So, untuk hari ini, mulai hari dengan ceria..semangat baru.. keluarkan planner dan tuliskan perkara2 baik yang ingin dilakukan.. Semoga permulaan baru ini menjadi satu fasa yang lebih baik dr sebelumnya...Insyallah...

Tuesday 7 September 2010

Hari Istimewa..

Sekadar coretan ringkas bagi mengingati hari istimewa..

Semalam, 5 September. 34 thn yg lalu mummy lahir menjengah dunia. Opah tak pernah menceritakan sendiri  akan kepayahan yang dia lalui untuk melahirkan mummy. Tapi daripada Opah Chik dan Opah Yang, mummy dpt tahu bahawa opah menanggung kesakitan yang amat sangat sewaktu ingin melahirkan. Mummy songsang semasa di dalam kandungan dan opah pulak ada masalah ketumbuhan di rahim. Menurut cerita, daripada peringkat awal mengetahui kehadiran mummy di dalam rahimnya, opah sudah diberitahu akan komplikasi2 serius yg mungkin timbul jika kandungan diteruskan. Alangkah beraninya opah membuat keputusan nekad utk meneruskan kandungan tanpa mempedulikan kesihatan sendiri. Mummy dilahirkan melalui pembedahan pada subuh 5 September 1976, alhamdulillah sihat sempurna walaupun dengan penuh kepayahan dan dugaan.

Hari ini, apa lagi yang boleh mummy katakan selain mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah atas peluang melihat dunia dari tahun ke tahun. Pengorbanan opah takkan mungkin mummy lupa. Tak mampu rasanya diri mummy nak membalas segala jasa, kasih sayang dan pengorbanan yang telah diberikan opah dan atuk sepanjang membesarkan mummy. Dah besar panjang dan beranak pinak macam ni pun, mummy masih lagi dimanjai oleh atuk dan opah.. sampai hari ni opah masih panggil mummy 'sayang'.. dan atuk jugak, pantang kalau mummy perlu ke mana-mana, sanggup ketepikan semua urusan demi menemani mummy. Kalian nampak sendiri kan..?? itulah kasih sayang namanya... sama jugak seperti mummy kasih dan sayangkan kakak, abang dan adik.

Tahun ini ada kelainan sikit yg mummy rasai bila menyambut hari jadi. Teknologi memudahkan perhubungan..mendekatkan yang dekat dan jauh. Seawal subuh mummy sudah menerima deretan ucapan demi ucapan drpd kawan2, student2 dan saudara mara.. Meriah sungguh wall facebook mummy...dan mummy juga jadi ketagih untuk selalu menjengahnya membaca ucapan2 yang baru masuk.. seronok sungguh. Selebih dari itu, mummy juga isytiharkan cuti untuk diri sendiri dan seperti yang sama2 kita lalui, kita bergolek sakan dari pagi sampai tengah hari, bermain macam2 permainan, kuda-kudaan, lompat-lompatan etc..etc... hahaha..seronok bila sesekali mengkanak2 kan diri... dan paling mumyy happy bila melihat anak2 mummy bukan main bergelak sakan dengan setiap games dan aksi2 lucu yang keluar. Alhamdulillah... tak perlu party besar2 an.. tak perlu hadiah2 mahal.. asalkan dapat melakukan sesuatu yang menyeronokkan bersama org2 tersayang, sudah cukup membuatkan birthday mummy jadi begitu bermakna. Bercakap soal hadiah, mummy cuma terima satu hadiah saja tahun ini tapi itulah hadiah paling istimewa yang pernah mummy terima. Kakak buatkan mummy miniature aquarium siap dgn ikan2 kecik dan seaweed. Tapi yg kelakarnya, mummy kena kaler sendiri ikan2 tu dan terpaksa pulak 'pretending' konon2 tak tau apa2 pasal surprise present kakak ni.. haihh...macam2.. so, celik jer mata semalam kakak dah jerit "happy birthdayyyy..!!' dan kelam kabut nak bagi hadiah misteri dia tu..dan mummy pun dgn penuh keterujaan dan kepretendingan tunjuk excited dgn hadiah kakak...hahaha...seronok sungguh...!!

Sehari lagi dah berlalu... another 364 days for my next bday (insyallah, kalau umur panjang). Doa mummy tak banyak.. mudah-mudahan Allah memberi rahmat dan keberkatan dalam setiap apa yang mummy lalui.. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan pengajian mummy dan boleh dihabiskan dalam tahun depan dan paling utama, mudah-mudahan anak2 mummy menjadi anak2 soleh dan solehah...anak2 bijak yang menjadi penyejuk mata dan penawar hati mummy... anak2 yang kaya akal budi...tahu adap dan tahu menjaga diri....
Ingat nak...kasih sayang mummy tiada sempadan, dan tidak bersyarat..kekal abadi hingga ke hujung nyawa...