Monday 22 March 2010

Training again

Alhamdulillah, lastnite i managed to finish the task given by Fiona and savely sent to her via email. So, 1 job down for today. The netball training still on until Wednesday. Today gonna be exhausted cos they already booked for 4 hrs session. Errm..my fingers still swollen but my passion in netball doesnt care the pain. So, here we come..!!

Pencarian ilmu tidak ada titik akhirnya

Alhamdulillah, hari ini ibu dipilih Allah untuk meyertai sessi pelajaran tajwid dan iqra'. Ibu ingat lagi, masa sekolah rendah ibu antara murid yang disayangi ustazah kerana pandai baca Al-Quran. Masa sekolah menengah, ibu selalu disuruh ustaz membaca petikan ayat2 Al-Quran di hadapan rakan2. Ustaz kata bacaan ibu lengkap dgn tajwid yang betul. Ermm.. alhamdulillah, masa ibu duduk dengan Opahcik dan Tok Nek, ibu pegi belajar mengaji dengan Tok Ngah. Masa tu ibu baru darjah 4. Lebih kurang 10 tahun umur ibu masa tu.Tok Ngah ni garang bukan main orangnya. Rotan panjang sentiasa ada di sebelah dia, tapi seingat ibu tak penah pulak ada sapa2 di kalangan kami yang pergi belajar mengaji dgn Tok Ngah tu penah kena rotan. Kena gertak selalu la.. Bila baca tersekat2 atau bunyi sebutan tak betul atau baca tak ikut hukum tajwid, haa  siapla berdesing rotan tu di pukul ke lantai. Bunyinya mmg menggegarkan jiwa dan raga ibu.. Tapi Tok Ngah tu mmg guru yang baik. Daripada dialah byk ilmu tajwid yang ibu belajar.
Itu cerita lebih kurang 25 thn dulu. Hari ini ibu masuk kelas iqra dan tajwid semula setelah berapa tahun meninggalkan sesi kelas sebegini. Ya Allah, byk benda yang ibu dah lupa terutama bab sifat2 bunyi huruf. Terasa seperti baru bertatih semula. Itulah dia anak2..ilmu kalau tidak kita praktikkan begitulah jadinya. Mudahnya ia hilang dari ingatan kita. Ambil pengajaran dari pengalaman ibu hari ni. Ilmu yang kita dapat  terutama sekali ilmu agama, rajin2lah diulang2 dan dipraktikkan selalu. Tidak ada istilah rugi dalam pencarian ilmu kerana ia tidak akan pernah berkurang melainkan bertambah jua. Ilmu yang kita ada sekarang ini hanyalah setitis daripada selautan ilmu Allah. Kejarlah..carilah..selongkarlah sebanyak mungkin..tidak akan ada ruginya. Namun, dalam dunia serba maju dan moden ini, hati2 anakku. Cari ilmu yang bermanfaat..jangan dicari yang merosakkan. Kita manusia ini, dikurniakan Allah akal fikir dan hati budi yang luhur...maka berfikirlah..gunakan di jalan kebaikan, bukan keburukan.. Ingat tu  yer sayang..

Monday 15 March 2010

Hadiah kasih sayang

Hari ini barangkali hari yang paling menggembirakan buat puteri cantik manis ibu, Nurin umaira. Berbulan2 dia menahan perasaan bila setiap kali ibu beralasan " Nanti sayang, kalau ada rezeki, nanti kita beli". " Insyallah kakak, one day u will get it" dan macam2 ayat power lagi yang ibu beri untuk menyabarkan dia. Nampaknya mmg rezeki nurin hari ni. Walaupun sekadar barang second hand, tapi suka sangat2 dia. Mujur jugak dia sendiri ternampak benda tu di atas meja seller di carboot Wetherby pagi tadi. Masa dia nampak, ada sorang mat saleh yang tgh menawar harga. Nurin bisik pada ibu, "mummy i want that thing" . Ibu kata "sabar..kalau dia tak jadi beli, kita beli yer". Dia pun dengan penuh harapan berdiri di sebelah mat saleh tu menyaksikan scene tawar menawar. Bila mat saleh tu blah, terserlah muka seronok Nurin. Yeayy..!! dia kata..  So, turn ibu la pulak menawar harga tapi sikit pun tak boleh kurang. Memikirkan inilah benda yang sgt2 dia harapkan dari bulan ke bulan, dan agaknya mmg nak jadi rezeki Nurin sebab ibu bawak duit lebih hari ni, maka ibu pun beli aje lah NINTENDO DS kegilaan Nurin tu.. Bukan main happy Nurin. Dia cakap "mummy, u are the best mum i ever had".. hahaha.. kelakar la pulak.. macam la awak ada byk ibu kakak oii.. sabar je lah.. Bila di carboot Rufforth (hehe..meriah sungguh acara bercarboot ibu hari ni), ada pulak seller yang jual perkakasan games. Ibu tgk ada charger kereta untuk DS tu so ibu fikir baik beli in case pegi jalan mana2 nanti anak2 ibu boleh main game dlm kereta. Bila di check balik dgn model DS yang ibu beli, laaaa barulah perasan rupa2nya console DS yang ibu beli tadi antara model yang bagus. Ingatkan cikai2 jer.. and terkejut ibu tgk harga DS yang sama di Rufforth 35 pound lebih mahal dari yang ibu beli di Wetherby tu. Alhamdulillah..rezeki Nurin. Memandangkan ada lebihan budget untuk hadiah Nurin ni, ibu beli another 2 extra games. Melompat2 suka anak2 ibu. Dalam kereta Nurin and Nazrin bergilir2 lima minit sorang mencuba permainan baru.

Anak, ibu mahu kamu tahu bahawa kasih sayang ibu tak boleh diukur dgn hadiah atau wang ringgit. Kasih sayang ibu jauh lebih tinggi nilainya berbanding apa saja harta dunia. Ingat sayang, hidup ini tidaklah begitu mudah. Dalam setiap liku2 kehidupan yang perlu kalian lalui, pasti ada ujian dan dugaannya, namun kasih sayang yang mengikat kukuh rasa hati kita akan memudahkan perjalanan itu. Andai satu masa nanti kalian tersungkur, bangunlah dengan berani..teruskan langkahmu..Jangan takut kerana ibu sentiasa menjaga kamu. Ketahuilah, doa seorang ibu tidak berhijab dan doa ibu kamu ini sentiasa mengiringi langkahmu..tanpa gagal. Anak-anak..ibu sayang kamu semua...ikhlas, tidak bersyarat..dunia dan akhirat..

Thursday 11 March 2010

Rindu yang menghimpit

Sayang,
aku rindu kamu...
perit..
pilu..
sayu..
sendu..
terasa ingin pulang ke pelukan hangatmu
ingin kembali mengucup pipimu
aduhh.. rindu sungguh..!!

Sunday 7 March 2010

Sabtu yang menggembirakan..

Sepatutnya entry ni diupdate semalam, tapi ibu dah letih sgt plus mood nak tgk movie lebih kuat dr mengupdate blog. First and foremost, i must say..CONGRATULATION Nurin..!! you have done really a great performance during the Music competition. You looks sooo confident and just smile.. mummy very proud of you sayang...!!
Pertandingan yang Nurin sertai ni rupa-rupanya bukan calang2 pertandingan. " The World's Largest Youth Music Festival"...waaahh bunyi hebatkan..??  Ini merupakan pertandingan mencari bakat2 muda di kalangan anak2 sekolah primary dan secondary di seluruh dunia dan dibahagikan dulu kepada siri2 awal di peringkat negeri. Yang Nurin sertai ni dipanggil "Regional Festival Series".
 
 

Awal2 lagi Nurin dah excited nak bersiap.. mula2 dia nervous jugak sikit tapi ibu pesan, 'dont bother about other people.just think that they dont know your performance and eager to know it'.. Ibu hantar Nurin n Liyana ke sekolah sebab sepatutnya all the students akan berjalan kaki ke Train Station di Burley Park. Tapi disebabkan hujan, maka ibu hantar Nurin ke station. Sementara menunggu train dtg, macam2 permainan menguji akal yang Mrs Borthwick buat untuk menghilangkan kebosanan and untuk kontrol the students. Mmg cikgu2 kat sini caranya sgt lain dari cikgu2 di Malaysia. Kdg2 ibu tgk cara cikgu2 melayan anak murid mengalahkan sayang parents sendiri kepada anakk2..They were sooo caring and gentle and supporting. Sebab tu budak2 Malaysia kat sini sgt rajin pegi sekolah.. Opss.. lari topik pulak.
 
  
 

Masa ibu sampai di St Aidans High School, Harrogate mujur belum lagi turn sekolah Quarry Mount. when they come to the stage, ibu yg berdebar2 plus excited sgt.. teringat balik zaman sekolah2 dulu bila kena buat persembahan depan perhimpunan, hari guru etc.. now its Nurin's time. They have done a great job..!! and paling best, Nurin ingat pesan ibu suruh angkat tangan masa 'HOI' part.. nak bagi nampak cantik skit berbanding rehearsal semalam.. sengih je anak ibu sepanjang persembahan.. soo adorable..! After that ada a few groups yang ibu sempat tgk. Kebanyakannya choir. Overall comment, they were so talented and creative and rasa best sgt dpt mengalami experience ni. Ibu tgk cara diorang organize the pertandingan pun senang jer. Tak payah ada MC ker..persembahan pembukaan ker apa ker.. just jalan terus. But everything when smooth and nice.
 
 

Kami tak tunggu sampai habis sebab ibu kena berkejar ke Bradford pulak untuk friendly match netball. SAkit hati ibu dgn satnav tunjuk jalan keluar masuk ladang sampai ibu kena reset untuk dapatkan balik direction yang betul. Mujur sampai ontime tapi  team ibu yang lain sampai lambat. So, kami main dalam setengah jam aje.. Leeds team kalah teruk kali ni. Have to admit, most of our powerful player yang main kat Sheffield hari tu tak main hari ni. tapi tak kisah pun,,we just wanna have fun. At least at jugak activity untuk para ibu kat Leeds ni instead of study or jaga anak jer.. Bila balik ke Leeds, ibu bawak semua termasuk Kak Yanie pegi KFC di Meanwood. Ini first time kami makan KFC di sini wp berita ttg kewujudan KFC halal dah lama tersebar. Sedap la jugak wp tak la sesedap KFC di Malaysia. Kalau utk melepaskan rasa teringin tu,bolehla..
Bila sampai rumah, semua org buat kerja masing2..apa lagi..computer lah.!! and today we all tidur lambak depan  TV.. A bit tiring Saturday but fun.. fun.. fun..!!

Saturday 6 March 2010

Debar + Excited

Setelah berbulan2 berlatih setiap hari Jumaat, esok adalah hari yang ditunggu2. Nurin dan kawan2 sekelas akan mewakili Quarry Mount Primary School ke Pertandingan Music di Harrogate. Tadi masa ibu dtg menyaksikan rehearsal, Mrs Borthwick ada sebut bahawa pertandingan tu nanti adalah antara sekolah2 di seluruh UK. wahh... kira tinggi jugak la levelnya. Nurin akan bermain Indian Drum esok. Tgk tadi cam drum lagi berat dari si pemukul drum..hahaha.. After all, ibu bangga sangat tgk Nurin. She look really confident and happy with what she's doing. Ibu pulak yg rasa nervous..hahaha..Harap2 semuanya berjalan lancar esok. Satu lagi, ibu excited sebab esok pengalaman pertama Nurin naik train ramai2 dgn kawan2 sekolah.. enjoy your day  yer sayang..!!