Sunday 15 May 2011

to Ledang we goooo....yeayy..

Belum habis nak mengomel ttg cerita2 yang tertangguh, dah kena gi ke Gunung Ledang plak.. maka abaikan jerlah citer2 tu.. mmg tertangguh forever n ever la jawabnya.. heh..heh..
Lately, hati ada manyakkk syusahh.. selalu jer nak rasa berdebar2 tak tentu pasal.. gedebak gedebuk tak semena-mena.. orang kata ada maksud tertentu.. tapi aku tak tau ilmu2 firasat ni.. so, hanya berdoa pada Allah supaya segala-galanya baik-baik ajer utk aku n anak2 terutamanya..
So, dlm pada hati dok gundah gelana ni, pemergian kami, ahli rombongan Cik Kiah dari KK8 ke Gunung Ledang Resort barangkali merupakan satu terapi terbaik untuk aku. I've been prepared my self physically and mentally untuk menunaikan tugas tahunan kepada barisan pemimpin pelajar Kolej. Seperti tahun2 terdahulu sebelum aku ke uK, kini aku kembali menyambung tugas yang sama.. membentu bos menyediakan para pelajar sebagai PM aka pembantu mahasiswa bagi memudahkan pengendalian minggu haluansiswa. Memandangkan tahun ni semester baru akan bermula pada bulan September, maka lebih banyaklah siri2 kursus dan bengkel yang perlu PM2 ini semua lalui. Kursus  yang pihak pengurusan kolej kendalikan ini adalah buah mula bak kata orang tua-tua.
Memandangkan kami dah biasa ke Gunung Ledang Resort dan sgt puashati dengan services yang diberikan, maka kali ni pun kami tetap pilih tempat tu jugak. Masa call resort hari tu, terkejut gak aku.. Evelyn dia punya manager masih ingat kat aku lagi wp selepas aku ke UK, geng KK8 ke situ cuma sekali jer.. lebih kurang 3-4 thn jugak la takde deal apa2 dgn evelyn.. tapi dia ingat lagi rupanya.. va..va..va.. tu yang sayang Gunung Ledang Resort tu.. belum kira lagi kami boleh request nak makan apa.. boleh request bilik karaoke free..etc..etc.. pendek kata, mmg puas hati la.. Macam tu la kalau nak jaga customer supaya mellleeekattt...!!
Untuk kursus kali ni ada 2 modul yang aku perlu handle. So far dah siap sedia semuanya.. Tunggu hari kejadian jer. Kali ni aku nak suntik sikit beberapa ilmu baru yang aku belajar ttg NLP, DISC analysis, 7 roda aspek etc..etc.. harap2 perkongsian yg sikit ni dapat beri manfaat kepada para pelajar..
Cukup dulu..nanti dah balik KL, kalau rajin aku update ttg perkara2 di sana.. So, i'm off now... Can't wait to be there againnnn... yeayyy..!!

Tuesday 10 May 2011

Cerita tertangguh part 1

Perghh..lamanyer tak update blog.. sawang dah mula bergayut di sana sini.. huhuu...
Almost sebulan blog ni sepi tanpa sentuhan kasih sayang aku.. So, hari ni aku nak qada beberapa cerita yang tertangguh.



Firstly, 3-4 minggu kebelakangan ni aku bz dengan projek baru.. projek mnggergasikan bisnes kek aku yg kiut miut tu. For the past 3 weeks, kami (aku, Ida n Fir) bergabung tenaga bukak booth jualan kek dan cupcakes di Amcorp Mall setiap hari Sabtu dan Ahad. Langkah pertama untuk memperkenalkan produk kami dengan lebih meluas. alhamdulillah sambutan yang diterima mmg best.. just after 1st day bukak booth, kami dapat tempahan 3 kotak cc daripada kak linda di Puchong.. Dia kata cc yg dia try kat booth tu sedap so thats why dia repeat order utk majlis di rumah dia on the next saturday.. thx a zillions kak..!!.
Pengalaman menjual yang sebegini memberi satu pengalaman baru pada aku. Macam-macam kerenah orang/pelanggan yang perlu aku lalui.. yg kelakar ada..yang mengguris hati pun ada.. yang buat aku terkedu pun ada.. apa taknya, tiba-tiba ada sorang mat saleh dtg ke booth kami dengan kamera DSLR besar gajah n selamba kodok suruh aku kuarkan cc yg comey2 utk dia amik gambar.. aku ikutkan jer sebab ingat dia tu tourist yg berkenan tgk cc warna warni aku tu.. bila dah siap photo shooting, aku tanya la, dia dr mana..? rupanya photographer dr magazine apa tah kat US nun yang dtg buat liputan/dokumentari ttg Malaysia.. wallauyeahh..aku terkedu kejap plus hati rasa kembang kuncup.... kalaulah gambar cc comey aku tu masuk magazine..best nyer lah haii...
Sambil2 meniaga tu jugak, aku dapat peluang berkenalan dengan macam2 orang.. even, pada satu petang Ahad tu ada sorang akak yang beriya2 cuba ingatkan balik kat mana dia ada ternampak muka aku ni.. jenuh dia nak recall n bling..!! rupa-rupanya dia perasan muka aku masuk skrin besar di Wisma PGRM Cheras masa sesi sharing dgn Dr Azizan seminar Marketing Power hari tu.. kihkihkih.. terasa macam artis plak akak dikkk... end up, lama giler kitorang sembang2 n aku dok meracun dia soh join lagi program2 yg Dr Azizan buat.. mmg best plus berbaloi2 ilmu yang dibawak balik..
Dalam pada seronok dgn kegiatan baru, ada jugak yg buat hati aku ni ala-ala sebak-sebak sayu gitu.. time dgn anak2 dah makin kurang plak rasanya.. selalunya, weekend ni boleh golek2 lama skit dgn diorang sebelum di ambil oleh en daddy for their overnite stay there.. tapi skrg, aktiviti golek2 tu kena ubah ke time lain..time yg agak rushing skit sebab masing2 letih dengan homework n mummy also terkejar2 dgn thesis.. tapi takperla yerr.. ada hikmahnya ni.. mummy susah skit awal2 ni, tapi insyallah bila dah kaya nanti kita qada balik time-time bergolek tu yer anak2...
thats the story mory for part 1.. nak gi hantar anak sekolah jap.. hari ni diorang kena pegi awal sebab ada kelas tasmid.. c u later..!