Monday 31 January 2011

Transform...!!

Mari bertukar menjadi..........Ultrawomannnn...!!!
hahaha...pagi2 dah sengal.. apo kes..?? No lah, sebenarnya dalam hati ada taman bunga.. Alkisahnya bermula dalam 2-3 mggu lepas bila terbaca satu iklan yang kalau sekali pandang mmg akan buat orang jelir lidah macam biawak.. tapi sebab otak dah buat analisis (tiru ayat Izzat), jgn skeptikal..!! maka iklan itu dibaca dengan hati dan fikiran terbuka. Otak analisis lagi kata.. hmm..belum cuba belum tau, never go never know, maka dengan confidentnyer pegi bank buat bayaran utk yuran penyertaan.. Dalam buku2 motivasi yang aku baca byk ada tulis, kalau nak buat sesuatu kena bertindak cepat. Kalau dah masuk angin bertangguh atau ada mentol terbakar dalam kepala otak yg menyebabkan kelembapan, maka satu benda pun tak jadi. Bila  dah bayar mmg rasa bangga giler..wahhh..aku akan join satu program yang luar biasa ni... dahsyatttt...!! But few days before the actual date, angin dah mula masuk.. Tetiba rasa malas.. Apa kes hari Ahad pagi2 buta dah nak kena berkelana dengan LRT sampai ke Ampang. Apa kes aku kena tinggalkan anak2 sampai ke petang and just sitting there dengar taklimat yg tah hapa2 benda.. Apa kes tak boleh bergolek2 depan tv sambil baca metro Ahad...hmmm..lihatlah, bagaimana budak kecik bernama setan itu cuba mengganggu...cett..!!
Tapi akhirnya, Ahad 30 Jan pukul 7.20 aku dah terpacak dalam LRT menuju ke stesen Ampang Park. Seminar diadakan di Wisma MCA. Sampai ke ruang pendaftaran, OMG, seminar apa ni...?? ramai giler orang...!! ok, mak sangat excited now..!! Maka bermula sessi sengih sana sini, salam sana sini berkenalan dengan orang tu orang ni.. and bila organizer suruh bersedia, semua orang berasak depan pintu.. Standardla kan.. orang Mesia kan kureng skit bab sivik ni.. nak masuk dewan pun bertolak-tolak macam apa jer.. Serius rasa annoying sgt..!! Tersepit aku..!! Once pintu dah bukak, kena berebut kerusi plak..semua orang kecoh2 nak tempat duduk yang paling depan.. aikk..ada sedikit kehairanan di situ.. selalunyer orang Malaysia terutama yang nama Melayu ni suka duduk kat belakang2.. kalau boleh kat pintu keluar tu dia nak duduk but this time sgt lain..apa hal..apa hal..??
Bila majlis bermula, MC ajak buat chicken dance.. yeayyy yang ni aku suka..!! then ada tayangan video tentang senyum.. sangat menarik.. now, i know the beautiful impact of smiles.. akal buat analisis, ok, kena lebih banyak senyum lepas ni..!! Bila MC jemput dia kuar, wahhh...!! it like jaws dropping...wahhh....!! itu dia orangnya.. dia yang sangat karisma..dia yang sgt 'comel'... dia kuar jer mmg terasa daya tarikan yang kuat pada diri dia.. And dia pun mulakan seminar dengan penuh cerianya, penuh semangat, sesekali sinis, most of time hilarious and all in all its AWESOME....!! first time aku hadiri seminar yang buat aku tahan kencing bagai nak rak sebab sayang nak tinggalkan apa yang dia cakap.. first time aku hadiri seminar yang buat aku takde langsung cilok2 nak keluar sebab nak check henfon la, makan la.. etc..etc.. Like seriously, setiap topik rasa penting, setiap mesej yang disampaikan sgt jauh meresap dalam hati dan menggebu-gebukan perasaan positif dalam diri aku. Dia cakap nak berjaya kena ada aspek M.E.S.T.I... well, common sense jer sebenarnya tapi something yang orang malas nak fikir and selalu take for granted.. aku la tu..!! sebab tu selalu lemau jer.. Dia pesan, pasni kena selalu cakap pada diri sendiri 'jgn TERHEGEH-HEGEH..!!'
Seminar nerakhir jam 6 ptg.. satu hari yang penuh input...penuh ilmu lama yang direfresh balik.. jumpa kawan2 baru...melihat dari persepsi baru.. semangat baru... Thanx a zillions DR AZIZAN OSMAN kerana 'mengetuk' kepala saya hari ini... i adore you..!!

No comments:

Post a Comment