Saturday 1 January 2011

Syukur...syukur...



Jeng..jeng... jeng... tajuk entry macam dapat apa jer.. hehehe.. ni tgh dalam mood nak membebel di blog, maka maafkanlah patik kalau entry kali ni agak berjela-jela dan menulis beribu-ribu perkataannn...kilometricoooo... muahaha..
Hari ni 1 januari.. 1.1.11.. cantik nombor... mesti ada byk org kawin hari ni.. biasalahkan, orang Mesia kan suka benda spesel2  cam gini.. Secara klise nyer bila sampai tahun baru org akan bising bercakap pasal azam.. mulala pening kepala memikirkan azam apa nak buat utk tahun ni, so nanti boleh la update status fb ala2 sgt bermotivasi gitu kan... hek eleh.. ello kawan, azam tahun lepas yg heboh sgt nak kurangkan berat bdan sampai 15kg tu, azam nak beli lamborghini sebiji tu (ok, contoh melampau...!), azam nak renovate rumah tu... and bli bla bli blu tu.. dah tercapai ker..?? kehkehkeh... sila jawab sendiri..
Btw, aku bukan nak bebel pasal azam tapi nak bebel tentang gratitude list untuk sepanjang 2010. Biasala kan, kita ni selalu ingat benda ke depan jerr.. tapi benda yang dah lepas tu kengkadang kita kena review balik gak utk sesi perbetulkan diri sendiri. Allah bagi banyak sgt dah dalam segala sudut.. tapi kita ni yg selalunya tak reti2 nak bersyukur. So, dengan suka sukinyer aku nak kongsi perkara-perkara yang membuatkan aku happy sepanjang tahun lepas. Here goes...

1) 2010-  masuk 3 thn aku duduk di Leeds, UK. Banyak sgt2 pengalaman pahit manis yang lalui di sini..
2) Berpeluang menjejak kaki ke Amsterdam, to the famous Keukenhof (tulips garden) to be exact.. Masyallah, sgt menakjubkan..!!
3) Trip tanpa rancang ke Edinburgh yang sgt menyeronokkan..
4) Sessi fotogediks di the stray, Harrogate yang diidam-idamkan akhirnya jadi kenyataan semasa spring.
5) Nurin join dhol drum group dan merayap merata meriti untuk buat show.. good experiences for her..
6) Dah tahu buat red velvet cake.. anak2 suka sgt..!
7) Really enjoy sledging session.. tahun ni mmg all out..pantang ada snow tebal..
8) Xtvt carbooting yang sgt happening every time.. selalu jer kereta kami menjadi kereta pertama meninggalkan parking area bila ahad tiba.. pukul 7-8 dah terpacak kat ripley la.. bradford la.. wigginton la
9) beli set kickboxing... wallahhh...i luv it..!!
10) Berjaya jugak uruskan packing memacking barang2 utk di bawa balik ke Malaysia, wp selalu jer my 3 ninjas buat mummy perlu bukak balik kotak2 tu byk kali (gara2 mencari toys yg mummy dah sealkan... hehe.)
11) Sambutan raya yang meriah amat d kejiranan Holborn n Shay
12) berjaya kurangkan 9kg berat badan daripada ... (ok, kalau iku BMI, aku dah kira overweight sebelum start diet)
13) Join salsa aerobics class and few gym sessions.. best jamu mata... muahahah..
14) sedapnya nasi beriyani kat restoran Zam-zam.. apa la resepi pakistan tu guna..
15) ulang alik ke Castlefort outlet untuk acara memborong La Senza.. Terasa sgt sexy wp lelemak tepu menghiasi persekitaran pinggul dan perut dan peha dan kaki dan satu badan la kiranya..!!
16) aku ada kak maziah sebagai teman bercerita.. can share anything and everything with her.. thx kak..!!
17) 2010- tahun ni aku betul2 menjaga sendiri anak2 tanpa bantuan sesiapa.. sebelum ni, sejak kelahiran nurin sentiasa ada support sistem untuk aku jaga anak2..even mak n makcik terpaksa dtg sini on 2008 n 2009 untuk jaga kiddies. This time around, aku jadi lone rangers.. semua benda handle sendiri..and yes, i'm really proud of myself.. sangat2..!!
18) we really enjoy the time when we built our tent in living room..in front of tv.. munching crips while watching movies and reading books...and sleepover in our own house like nobody business...hahaha..sengal.!!
19) every now n then didatangi tetamu dari sheffiled, york, and my own jiran2 of course, sharing food and thoughts.. sgt suka acara makan2..!!
20) walaupun selalu jer kesempitan dr segi kewangan but still i can managed to bring kids out to have some fun.. yupp, in our way lah..
21) have a very good communication with en daddy wp jodoh dah habis.. 2010, he's been my tempat mengadu esp bila time bergaduh dgn 3 ninjas.
22) i fall in love with Jaden Smith...just the way i love his father..kihkihkih..
23) percubaan membuat kek chiffon pandan berjaya juga akhirnya..
24) kena saman laju yang akhirnya membawa aku menyertai speed awareness course yg sgt menarik
25) hati yg sebak pilu kesyukuran bila mengenangkan bantuan jiran2 masa nak balik Mesia.
26) Meeting with spv berjalan baik esp with Dr Fiona..
27) rotation system to pick up kids from school yang membuatkan aku kurang skit busy
28) my cute little tiny dancers in MLS dance group - they were such a brilliant kids.. enjoy sgt ajar budak2 kenit ni menari wp byk sgt kena melayan sesi soal jawab...
29) My teddy bear 4th bday party.. jamuan ringkas tapi silaturrahimnya hebat..!!
30) My foremost supporter - mak n bapak who were always by my side.. luv u to the bits..!!

ok, tgn dah lenguh... cukup takat tu dulu wp ada byk lagi perkara2 yang aku syukuri sepanjang thn. Well, of course dalam pada bersuka ria, ada juga perkara2 yang membuatkan aku lemah longlai jatuh tersepuk..menangis sorang2 dlm bilik air..menjerit kuat2 sambil tekup muka dengan bantal.. berlakon konon demam (alasan basi) bila anak2 pelik tgk mummy mandom...TERpukul anak2 sebab hati sgt tensi..dan macam2 lagi lah... tapikan namanya pun kehidupan.. Kalau semua puuurrrfectt, eh takde citer kalau.. mmg takde kehidupan manusia yg 100% perfect.. Soal suka duka dalam hidup adalah 'hadiah' yang Allah beri untuk kita nikmati.. ada manusia yang memilih utk menikmati hadiah itu dengan positif dan ada juga kalangan manusia yang terus mencampakkannya dalam kategori negatif.. well, ini perkara subjektif, maka, pandai2lah nak hidup dengan cara yang macam mana kan... Bagi aku, percaturan hidup ini tidaklah sesusah mana sebenarnya walaupun di saat ujian getir itu datang kita rasa macam dah kalah sesangat..rasa nak give up sesangat dah.. but with time, satu demi satu kegetiran itu tetap akan dilalui kerana di situ ada punca sabar dan tabahnya seorang manusia.. kalau nak kata aku perasan pun katalah, tapi mmg aku dengan bangganya nak sebut kat sini..with what i've gone through, yes.. i am a survivor.. aja aja fighting..!!
Terima Kasih Allah atas kekuatan yang dipinjamkan untukku.. 2011 yang mendatang ini, aku mohon kebenaran untuk meminjamnya lagi.. :)

No comments:

Post a Comment