Saturday 2 January 2010

2009 membawa pergi kenangan setahun.


Semasa melalui tahun 2008, aku tak putus2 berdoa akan diberikan Allah untuk beroleh masa2 mendatang yang lebih baik.. Semua orang tahu, 2008 sesungguhnya tahun dukacita untuk aku dan anak2. Perpisahan, kehilangan, kekosongan... semuanya tidak mampu kami hadapi dengan baik. Terlalu banyak airmata yang tumpah. Lantas hati terlalu ingin untuk melihat walau sedikit kegembiraan pada tahun berikutnya. Allah menjawab permintaan itu. 2009 yang ku lalui banyak sungguh memori2 manis. Terima Kasih Ya Allah..sesungguhnya aku bersyukur dengan setiap apa yang telah KAU beri.

Tipulah kalau langsung tiada yang mendukacitakan pada 2009. Tak sempurnalah hidup kalau segala-galanya manis dan indah semata2. Hilanglah pula serinya kehidupan kan.. berhadapan dengan ketidakjujuran seseorang yang sangat kita percayai, menghadapi payahnya pengalaman kesempitan hidup di saat anak2 begitu riuh meminta itu dan ini, melalui hari2 tanpa tidur dek kerana risaukan progres pengajian yang tidaklah begitu baik...alangkah pedihnya tanggungan jiwa. Namun, Allah itu kan MAHA adil. DIA beri kepahitan, namun DIA juga berikan kemanisan yang berkali2 ganda asal saja sabar dan redha dengan setiap aturanNYA. Antara, banyak2 memori manis, ada beberapa yang begitu meninggalkan kesan di hati. 

Pengalaman indah menggembirakan hati Achik, seorang insan yang sangat aku sayang akan aku kenang sampai bila2. Besar sungguh pengorbanan Achik sudi dtg meninggalkan rumah pusaka di kampung dan terbang melintasi benua semata2 untuk menolong aku menjaga anak2 di sini. Mmg takkan terbalas budi ini walau pun sampai aku mati. Dapat membawa Achik berjalan2 walaupun sekadar di sekitar Leeds dan York (dek kerana kedudukan kewangan yang sangat terhad), nampaknya sangat2 menyeronokkan dia. Almaklumlah, orang tua2.. sesekali melangkah kaki di bumi orang putih, bumi penjajah ini.. tentu rasa bangganya tak sama dengan kita. Melihat air mukanya saja sudah jelas memberitahu bahawa dia gembira. Alhamdulillah... itu sudah cukup bermakna bagi aku.
Pada Mac 2009, aku berjaya memiliki sesuatu yang sangat2 aku idamkan. Lama juga memendam rasa. Setiap kali ke City Centre, mata mesti tak lekang dari mengintai2 kamera DSLR di ruang peragaan dan setiap kali itulah hati berdetik..haii..bilalah nak merasa. 3-4 bulan jugalah berdikit2 menyimpan duit dan alhamdulillah, ALLAH beri  rezeki bila dapat peluang memasak untuk program adik2 undergrad. Dengan duit GBP700 pound dlm tangan, aku melangkah kaki ke kedai dengan hati penuh rasa menggebu2.. Satu demi satu kedai aku masuk dan belek2 barisan kamera yang ada. Akhirnya CANON EOS 450D yang berkenan di hati dan menjadi baby baruku. Saat pertama kali memotretkan foto, alangkah seronoknya hati.. Maka bermulalah hobi  baru, menembak ke sana sini dan sekaligus merapatkan hubungan dengan kawan2 di Malaysia yang berkongsi minat yang sama.. Abg Yob, Aidel, Cik Li etc... semuanya rajin membantu memberi tips2 dan pengajian online. Terima kasih semua..!!
June 2009, aku selamat menjalani upgrading dengan lancar. Sesuatu yang sangat aku risaukan selama ini. Maklumlah, kalau tak lepas alamatnya kena cari kotak dan bungkus kain baju balik Malaysia lah jawabnya.. Huhuu..takmauuu....aku tak mau balik dengan tangan kosong..!! Alhamdullilah, proses soal jawab berlangsung dlm suasana yang sgt bagus dan diberikan status lulus untuk diupgradekan dalam tempoh lebih kurang satu jam saja.. Rasa nak menjerit satu dunia.. Terima kasih sgt2 pada Dr. Fiona yang banyak membantu. Prof King pun banyak bantu juga tapi dalam 2-3 bulan sebelum transfer, dia dah start bz dengan study leave.. Bila call mak n bapak, diorang rilek jer. Eh, mana aci.. hellooo..mak, interview nyer susah la.. tunjuk la perasaan skit..!! Mak kata, dia tahu anak dia boleh buat.. Alahaii, sebak la pulak.. After all, itu hanya takat hujung kuku dari seluruh proses pengajian ni.. Banyak lagi yang kena kejar terutama dalam bab penulisan. Aku ni dah la lemau skit bab menulis ni.. SPV selalu jer tegur.. Dah la menulis sikit2, byk yg salah plak tu.. huhuuu.. i'm trying my best la ni...
Julai - September, masa dihabiskan di Malaysia untuk data collection. Pertama sekali yang mengejutkan dah tentu2 dengan keadaan ekonomi. Rasa cultural shock sgt2 dalam tempoh minggu pertama dan kedua membeli belah. Kenapa barang semuanya mahal meletop..???  Secara perbandingan nilai matawang, terasa macam kemampuan membeli di UK jauh lebih baik. After some times dah boleh adapt dengan keadaan tu. Redha je lah walaupun mmg duit habis dalam berbelas ribu juga sepanjang 3 bulan di sana. Banyak unexpected things yang berlaku tapi perkara yang menyakitkan, tak perlulah dikenang2 kan sangat. Let bygone be bygone. Yang menyeronokkan dah tentulah melihat anak2 seronok menjalani kehidupan macam budak kampung pior. Dapat main hujan, tolong atuk halau monyet, tangkap ular kat kebun, bakar lemang sendiri, pegi sembahnyang raya n sessi drama swasta dan macam2 lagi lah.. Juga, yang menyentuh hati melihat betapa seronoknya anak2 dapat menghabiskan masa dgn daddy.. daddy pampered diorang bukan main lagi..bawak gi tgk ular la..gi makan best2..gi ice skating..tq daddy to make their days such a great one..
Penghujung 2009 kami nikmati dengan penuh gelak ketawa. Snow yang datang benar2 menceriakan hari kami. Walaupun sejuknya hingga ke tulang hitam, namun kami melalui keriangan yang tak berpenghujung. Membuat snowcat, bermain sledge dan  never ending photo session..wahh..mmg happening sungguh..!! Anak2 cuti sekolah 2 minggu maka kami mmg enjoy the holiday to the fullest. Hari2 bangun lambat, then masak n makan2, kalau ada snow pegi turun main snow, then pegi tgk movie, pegi bowling..makan2  kat luar.. Setiap masa terasa masa riang ria.. erm..what a nice ending..! Bye 2009..



Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaanMU ini. Izinkan 2010 ini juga menjadi tahun yang lebih baik untuk kami sekeluarga..yang lebih produktif, lebih membahagiakan dan lebih sejahtera..Insyallah.

2 comments:

  1. AMIN. Ajar anak-anak berdoa juga, Ita. Doa mereka antara doa yang `senang' dimakbulkan.

    Sama-samalah kita mengharungi 2010. Kita sekarang boleh dipanggil `gladitior' hehehe...

    ReplyDelete
  2. aameeen... tabahnya seorang ibu.. moga dikurniakan anak-anak soleh solehah, penyejuk mata , penenang dihati.... hanya ibu yang mampu menilai perasaan seorang ibu lain

    ReplyDelete