Friday 8 January 2010

Bila Sekolah Tutup


Hari ni ibu rasa liat sungguh nak bangun. Rasa nak mengeram lama2 dgn anak2. Tapi kena bangun jugak...haihh... Lepas subuh, ibu dah kalut nak siapkan breakfast n packed lunch anak2.. n then bersedia untuk memanggil anak2 bangun tido. Hishh..u ols lagi liat dr ibu ek..sampai kena kakak mintak direnjiskan air ke muka nak bagi mata dia terbukak. Tgh semua orang duduk menikmati breakfast, ibu dgr bunyi msg masuk kat henpon ibu. Rupa-rupanya Aunty Jay bagitau bahawa sekolah tutup hari ni sebab snow tebal. Yeayyy..ibu yang seronok..maka berita gembira pun disampaikan pada anak2 dengan riang rianya.. So, boleh la ibu buat plan untuk hari ni..apa lagi, kita pi menembak yerr...!!

Agenda seterusnya, kita makan dulu kenyang2..bukak balik bekal sekolah yang ibu dah siapkan tadi. Nanti sampai park, takmo dengar cerita merengek2 kelaparan yer. Dah ready semua kita turun bawah dan mencemar duli kat port biasa di belakang blok yang bukan main lah tebal snownya hari ni. Izhan tak habis2 dgn agenda merasa snow. Dari semalam lagi dia dok tongap snow yang berkepuk2 atas gate. Siap bagitau, mummy ini sedap.. ermm..yang ni tak sedap.. ewah2.. silap2 ada taik burung dlm tu dik.. hahahaa.. On the way nak pegi ke park, kita jumpa Aunty Atie yg nak pegi sekolah.. huhuhuu.. orang lain punyalah rajin pi sekolah, tapi ibu ni asyik kerja menembak jer tak sudah2.. haiihh..

Berat la ibu kena tarik adik n abang sekali dlm sledge tu.. terhegeh2 ibu rasa. Kenapa abang malas nak jalan..?? Kan tak pasal2 dah kena marah dengan ibu.. hahaha.. Sepanjang perjalanan kita terserempak 3-4 bijik kereta tergelincir. Kebetulan ada seorang pak itam yang berjalan kat situ jugak, maka dialah yang jadi tukang tolak everytime kereta2 tu skided. Baik sungguh pak itam tu.. Ibu rasa cam nak tolong gak, tapi rasa tak selamat nak tinggalkan anak kat tepi jalan licin tu. So, ibu tolong tengok je lah yer..

Sampai di Hyde Park, rasa puas hati sungguh. Dah lama ibu mengidam nak tangkap gambar di sini. Bila lautan salji memutih sejauh mana memandang terhampar di depan mata, apa lagi yang boleh ibu kata. Subhanallah, syukur Alhamdulillah kita diberi peluang menikmati keindahan ciptaan Tuhan ini. Inilah satu antara hikmah2 tersembunyi yang kita rasai di sepanjang tempoh merantau kita. Adik dan abang nampaknya tak berapa happy hari ni. Maybe sebab sejuk sangat. Geram ibu, boleh pulak time2 ni abang merengek kata nak balik tidur. Padahal selama ni mmg ajaib la kalau anak bujang ibu ni tidur siang. hishh..macam2 kerenah. takperlah, kita jalan pelan2 yer, sambil ibu memetik kamera di sana sini. Aaa.. kita jumpa 2 sculture ais yang cantik tadi kan..! Encik Snowman dengan anaknya yang dibentuk elok terletak di atas bangku rehat seolah sedang berjemur menikmati sinaran matahari. Comel pulak ibu tengok..


Bila sampai balik rumah, anak2 ibu semuanya dah kesejukan. Makan, minum, tengok tv..semuanya melekap sebelah heater.. Kali ni baru betul2 rasa penangan sejuk snow yer.. Selalu macam takde perasaan jer korang main snow tu..siap berguling2 bagai..hahaha... Tapi ibu ingatkan lama la boleh duduk kat rumah. Ingatkan dah serik nak turun lagi. Rupanya elok jer rasa sejuk hilang dah semua pakat nak turun main sledge pulak.! aduhaii anak.. takperlah..main la puas2. Sementara tengah ada peluang, kita gunakan sepenuhnya. Masa depan belum tentu lagi kita akan dapat merasai semua ni lagi.. Yang penting, ibu happy hari ni. Ibu tau anak2 ibu pun happy, tapi saja merengek je lebih...

No comments:

Post a Comment