Sunday 23 May 2010

serba tak kena

Time winter, cuaca sejuk dingin sampai kami berkurung dlm rumah jer all the time.. nak keluar mmg bercinta habis.. Masa tu dalam hati mmg tak sabar nak tunggu spring/summer. Hari2 tunggu matahari cerah.. sesekali matahari dtg, rasa macam aduhaiii bestnya... ramai orang (termasuk mat saleh sendiri) yang tak suka winter, tapi aku suka.. sejuk mmg sejuk tapi rasa nak menikmati puas2 kesejukan tu sepanjang berada di sini. Maklumlah kan, once dah balik nanti entah bila pulak dapat peluang bermain2 dgn winter lagi. Apapun, kesejukan melampau membuatkan kehadiran matahari tetap ditunggu2..

Nah, sekarang matahari datang tiap2 hari..siap dengan panas terik lagi. Mula2 mmg excited giler sebab dah tak payah bukak heater(jimat bil wehh...), boleh sidai baju kat ampaian, anak2 seronok boleh main2 kat padang, hari siang yang panjang dan macam2 keseronokan lagi lah.. Tapi, 2-3 hari ni cuaca panas sungguh.. Teriknya hingga mencengkam kulit. Senang cerita, mmg sebijik macam kat Malaysia dah jadinya sampaikan Nurin pun kata,
"Panas sgt la mummy, macam kat Mesia. Kalau macam ni tak payah la balik Mesia..!!" (harap maaf  yer, mulut anak aku yg sorang ni kadang2 mmg tak de insurans..)
Bila dah panas, hati mula nak merungut.. panas2 macam ni nak buat apa pun rasa tak berapa best..teriknya bukan main2 wooo..itu yg tak syiookk tuuu..!
habih tu macam mana.. sejuk merungut, panas merungut...ada jer benda nak komplen.. Manusia ni mmg macam tu, selalu jer ada rasa tak puas hati. Bukan mengata orang lain, tapi mengata diri sendiri ni..huhuuu.. Allah dah bagi peluang dapat merasa pengalaman 4 musim pun tak kira cukup bertuah dah.. dapat tengok salji..dapat tgk bunga2 bermacam jenis, dapat tgk daun2 berguguran ke lantai bumi, dapat bermain di bawah pancaran matahari dgn tiupan angin sepoi2 bahasa.. Aduhhh..banyak sungguh pemberian Tuhan, memberi pengalaman yang begitu begini. So apa lagi yang nak merungutnyer.. kena tuning balik kepala otak ni... belajar menerima keadaan seadanya kerana setiap kejadian Tuhan itu adalah yg sebaik2 ciptaan.. Allahu Akbar...

No comments:

Post a Comment