Monday 17 May 2010

Impian jadi kenyataan..


Syukur..Alhamdulillah..
Akhirnya Allah izinkan juga aku menjejak kaki ke Keukenhof Garden. Lama dah menyimpan hasrat nak ke sini. Even, at one time i nearly book flight ticket, tapi tak jadi sebab takde hotel berdekatan yg sesuai dengan budget. Bila taman ni mula dibuka pada pertengahan April, satu demi satu family di Leeds pergi ke sana sama ada melalui kapal terbang atau cruise. Aku masih dok berkira2 lagi.. Maklum ajelah kan..semuanya kena buat kira2 mengalahkan belanjawan tahunan negara..huhuhuu.. Apapun dalam hati tetap yakin bahawa aku akan berjaya juga sampai ke sana.

Nyata, janji Allah itu benar. Sesungguhnya DIA maha mengasihani. Dia lebih tahu perihal tingginya hasrat di hati ini. Maka, pada suatu malam yang bosan, hati ini digerakkan untuk meninjau2 pakej Cruise ke Keukenhof. Rasa macam mimpi pulak sebab bila dicongak, didarab dan bahagi, rasanya mmg aku mampu untuk buat booking.. Tanpa byk soal terus aku confirmkan booking pada 9 May 2010. Kalau diikutkan dah penghujung tempoh sebab taman akan ditutup pada 16hb. Dengan kata lain, andaiannya bunga2 dah terlebih kembang maka kemungkinan besar dah tak berapa cantik dah.. Tapi tak kisahlah tu.. aku fikir, ini peluang yang Allah beri. Kalau aku lepas, belum tentu aku akan dapat peluang yg macam ni lagi.. So, kira pejam mata je lah..


Dipendekkan cerita, pada 9hb, seawal jam 1 aku dah ambik anak2 dr sekolah.. Kalau nak tunggu diorang habis pada jam 3, alamatnya lambat la dapat train ke Hull. So, perjalanan dengan keratapi dari Leeds ke Hull mengambil masa lebih kurang 1 jam. Daripada train station kami naik taxi untuk ke King George Dock kerana kapal yang akan kami naik berlabuh di situ. Aduhaiii..besar rupanya kapal kami ni.. Anak2 excited bukan main lagi bila nampak kapal besar tu. Urusan penyerahan boarding pas dan cop passport berjalan lancar dan kami terus naik ke kapal untuk mencari cabin kami. Wahh..terkejut jugak melihat keadaan dalam cabin.. Mmg sebijik hotel cuma dalam saiz yang lebih kecik. Anak2 dah tak sabar nak menjelajah seluruh kapal, maka aku get ready dgn camera untuk sessi fotogediks pertama. Byk tempat yg boleh diexplore dalam kapal ni. Ada kedai cenderamata, restoran2, lounge, tempat budak2 main..and paling best untuk aku, dah tentulah kedai duty free.. rambang mata tgk perfume murah2..ishhkk.. Petang tu kami habiskan masa di sundeck menyaksikan matahari terbenam.. Sangat cantikk.. Kemudian balik ke cabin, makan dan tidur..esok ada agenda yang lebih menarik..

Jam 6 pagi kami dikejutkan dgn alunan lagu2 indah..Aduhh..manjanya cara kejut orang bangun. Kapten suruh siap2 sarapan (actually dia bagitau bahawa restoran dah bukak untuk yg nak breakfast di kapal) and get ready sebab kapal akan berlabuh di Rotterham pada jam 8 pagi. Ermm..kami breakfast dlm cabin jer dgn bekal yang dibawa. Bila sampai, kena lalu imigresen lagi tapi alhamdulillah semua ok. Di luar coach2 dah siap sedia menunggu tapi aku tak sure kami ni nak kena naik coach mana satu. Kebetulan aku bertanya pada orang yang betul kerana pakcik tu sendiri yang akan menjadi driver kami. Aku ikut rombongan mini coach yang disertai oleh orang tua2.. btw, boleh kata 90% daripada penumpang kapal mmgnya golongan tua2..Maybe sebab hari Isnin dan Selasa, maka takde pun yang bawak anak2 melainkan aku jer.. hehehe..
Perjalanan diteruskan menuju Keukenhof..Dalam hati berbunga2 jer rasa.. Tapi sampai separuh jalan, tiba2 ada lencongan pulak. Jalan utama nak ke sana dah kena tutup sebab ada perlumbaan basikal kat area tu.  Jenuh jugakla pakcik driver tu pusing2 serata kampung dan ladang nak cari jalan lain tapi semuanya failed. Aku dah gabra dah.. nak marah pun ada.. Tak logik..!! takkan la takde alternative road untuk ke sana sedangkan itu kan world famous attraction.. ada juga bangangnya kerajaan Holland ni. Pakcik driver cakap, kami tak jadi pegi..dia nak bawak balik ke kapal balik. Haaa..??? kecewanya aku..!! tapi mujur jer otw back tu dia halo2 dgn kengkawan dia n pusing ikut jalan lain yang lebih jauh.. Fuhhh lega.. Sudahnya, kami sampai lambat kat Keukenhof Garden.  Tak kisahlah... itu pun mujur sampai.. Terima Kasih Allah...



Apa lagi yang boleh aku kata bila melihat suasana dalam taman melainkan, Subhanallah... Mmg tidak terungkap dgn kata2 apa yg ada didepan mata. Satu pemandangan yang tersangat cantik yang pernah aku tgk sebelum ni. Bukan saja dgn jenis2 bunga yang berbagai macam tapi jugak susun aturnya yang menarik. Bayangkanlan, kemana sahaja pandangan mata dihalakan, tidak ada ruang yg tidak cantik.. Ermm..ini pada aku lah..pada org lain, mungkin lain pulak persepsinya. TArikan utama di taman ini semestinya Tulip..sebab itu ia digelar Tulips garden. entah berapa ratus jenis tulip la agaknya yang ada dlm tu.. Tak masuk bunga2 jenis lain lagi.. Mmg juling bijik mata tengok bunga.. Teringat Ida dgn makcik.. Kalau diorang ada dengan aku time ni, macam manalah agaknya expression diorang.. Kan fanatik bunga diorang tu..  Maka aku pun tak buang masa lagi terus mulakan sessi fotogediks. Snap sana snap sini...Semua benda aku nak snap sampaikan anak2 dah boring nak posing and boring jugak kena paksa jadi kamerakids. Tripod pun dah tak sempat nak betulkan, aku main seret jer panjang2 tu... kalut betul la aku ni.. Bukan apa, pakcik driver bagi masa sampai pukul 5 jer gara2 sampai lambat tadi, so kena cergas la skit.. Apapun, kiranya mmg puas la hati aku hari ni.. Dpt jejak kaki ke sini, dpt tangkap gambar byk2.. seronok sgt..!! cuma satu jer yg agak terkilan.. tak sempat nak masuk kedai cenderamata yang besar kat pintu masuk tu sebab dah tak cukup masa. Kononnya bila balik baru nak membeli belah..Mujur jugak la sempat beli fridge magnet masa kat kiosk dlm taman.

Kami sampai balik ke kapal pada jam 6.15. Anak2 habiskan masa dekat kids area dan aku pulak habiskan duit kat kedai duty free.. takperlah, anggap jer hadiah untuk diri sendiri in advance..padahal keje tak siap pun lagi.. hehehe. Malam tu anak2 tidur lena sebab letih seharian berjalan keliling taman. Aku masih sempat lagi menulis serba sikit utk homework yg akan dihantar pada hari rabu 12hb. The next morning kami bangun lambat. Kelam kabut jugak la sekejap.. tapi semuanya under control.. Sampai di Hull, ada taxi dah sedia menunggu so, cepatla skit kami sampai ke train station dan kebetulan train ke Leeds pun dah ada.. Dlm perjalanan aku call sekolah untuk bagitau cikgu bahawa Nurin dan Nazrin akan masuk lambat skit.. rupa2nya kelas Nurin ada trip hari ni... Alamak..bila2 dibincang2 dgn Ms Borthwick, aku akan terus hantar Nurin ke Kirkstall Abbey supaya dia boleh join kawan2 yang lain.. Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar..

Pengalaman yang sgt indah.. gembira dapat merealisasikan impian sendiri dan gembira dapat menggembirakan anak2..

No comments:

Post a Comment