Monday 24 May 2010

Demi masa..

Entri ini ditulis di saat otak sudah mula tepu dengan siri pembacaan yang tidak ada noktah ( at least sampai tahun depan..huhuhuuu.) Setiap orang mempunyai daya tahan yang berbeza. Aku hanya mampu berikan tumpuan sepenuhnya untuk tempoh masa 2 jam saja. Lebih drpd tu, kepala otak akan mula weng..! Nanti mulalah aku nak pikir pasal shopping la...pasal makan la... pasal cerita Hindustan la dan macam2 pasal lagilah kiranya..
Kalau dikira ikut tarikh kalendar, cuma tinggal lebih kurang 20 hari untuk aku submit tugasan pada DYMM encik Supervisor kesayangan. Bunyi macam lama lagi 20 hari tu, tapi kalau ditolak campur darab bahagi dengan tidur, makan, main badminton, layan FB, bergolek2 dgn itu 3 budak hitam, bercarboot, etc... aiyoohhh..berapa hari je yang tinggal..??? Sesungguhnya aku tgh kritikal..!!
Allah bagi semua orang sama rata, 24  jam sehari. Tapi cuba fikir kenapa ada orang yang boleh uruskan 2-3 company sedangkan ada orang yg gagal walaupun sekadar melipat kain. Kenapa ada orang yang boleh ulang alik turun naik Kinabalu dalam seharu semalam sedangkan ada orang yang gagal bangun dari tidur (okey, contoh ini agak melampau..aku tau..). Kenapa ada orang boleh siapkan order catering untuk 2-3 ratus orang sedangkan ada orang yang gagal penuhi permintaan anak untuk makan telur goreng mata kerbau...
Ini semua soal pengurusan masa.. Selagi kita sedar 'siapa' kita dan 'ke mana' kita, Insyallah akan ada jalan yang Allah ilhamkantak kira sekecil mana atau sebesar mana sekalioun tugasan itu. Tapi, yelah kan.. manusia ni mudah lupa. Kadang2 kita ingat dan insaf macam hari ni ajelah yang kita ada untuk buat semua urusan tapi selalunya lupa..! Tu yang jadi kes ada deadline tapi tarikh 'mati' (dead) tu boleh pulak diubah sesuka hati.. So, what the purpose of having deadline when it hardly 'dead'..?? errmm..ikut lu la labuuuu.. sendiri makan pengat, sendiri mau ingat. Aku..?? Insyallah untuk hari ni aku sedar diri bahawa deadline aku dah dekat, tapi kalau esok lusa aku lupa..heh..heh..maafkanlah yea.. Anggap je lah aku ni orang tua nyanyuk.. Aci tak..??

No comments:

Post a Comment