Saturday 15 May 2010

Jalan2 ke Edinburgh


Cadangan asalnya nak bercuti ke Highland dgn Liew dan isteri tapi memandangkan diorang baru balik dr London dan agak kelam kabut, maka urusan booking membooking hotel dan kemana destinasi yang nak dituju tak dapat kami decide dgn baik. Tetiba keluar idea.. ahh, jalan2 tgk Edinburgh je lah..!!  Terus ibu check ticket train..hmm..not bad jugak harga dia.. So, kira confirmlah kami akan berjalan ke utara plak kali ni.

Malam Khamis 29hb, ibu dah mula packing baju.. Satu masalah ibu yg paling besar, ibu selalu rasa baju2 yg nak dibawa tu tak cukup. Puncanya sebab ada satu trip dulu, mmg ibu silap perkiraan masa packing. Akibatnya anak2 ibu tak ada baju nak pakai dan terpakksa kena bershopping pulak. So, rasa cam memikirkan masalah negara pulak everytime packing kain baju untuk kemana2.
30hb, Jumaat - awal pagi ibu dah start masak untuk bekal2 yang akan dibawa. Memandangkan ada sedikit was-was dengan peralatan memasak di rumah Liew, maka ibu decide utk bawa makanan untuk 2 meal.. yang selebihnya makan kat kedai la..Ibu masak nasi lemak sambal bilis banyak juga. Then buat kuih pau kaya plus ayam goreng rempah. Pukul 1.30 ibu pegi amik Nurin n Nazrin kat sekolah. kalau tggu diorang balik ikut time biasa alamatnya tak sempatla nak kejar train..
Dalam pada excited nak berjalan, marah pun ada juga.. train delay dekat setengah jam. Bila train sampai, masyallah..terkejut ibu tgk org punyalah ramai.. langsung tak ada tempat kosong. Bila ada tempat duduk pun, disuruh bangun sebab tempat tu dah direserve. Laaa..manalah ibu tau naik train ke utara ni kena reserve seat dulu.. Selalu tak penah pun sampai kena buat reservation. Maka kami pun duduk la anak-beranak kat atas lantai di ruang pejalan kaki. Siap duduk depan toilet lagi..!! hahaha.. terlentok2 Nazrin dgn Izhan tidur kat situ, langsung tak peduli orang lalu lalang. Dah halfway, tempat duduk kami upgrade sikit. Kali ni kami pegi duduk kat ruang bagasi pulak.. hahaha.. bila ingat balik, kelakar pun ada.. tapi masa tu rasa sedihla.. kesian tgk anak2 ibu.. tapi takper, ibu anggap ni sebagai pelajaran dan pengalaman yang baik untuk semua orang..
 Sampai di Edinburgh, rasa mcm 'eh..eh..aku dah keluar kat dunia lain la..!!" Siyes, mmg rasa terpinga2 kejap.. sebabnya, ibu terasa seperti berada dalam lokasi penggambaran Lord of The Ring..bangunan2 lama yang tegak terpacak di depan mata, semuanya sgt cantik..

Kami sekadar melepas lelah di rumah Liew kurang dr sejam, berkemas dan mengisi perut dengan bekal nasi lemak kerana malam ini kami akan berjalan jauh mendaki Calton Hill. Liew dah belikan tiket untuk menyaksikan Belfane Fire festival. Walaupun masih letih, tapi anak2 ibu happy sungguh. Tak kisah pun diorang kena berjalan jauh. Sekejap sekejap dengar bunyi merengek keletihan tapi kaki melangkah terus. Aduhh..ramainya manusia di atas bukit tu. Kehadiran kami disambut oleh 2 orang 'avatar merah'.. Pose sikit..!! Errm..barangkali silap keputusan kami dtg ke sini. Nyata ia bukan aktiviti yg sesuai utk seisi keluarga kerana rata2 yang datang hampir semuanya para remaja yang lebih senang memekik2  sambil meneguk alkohol dan melepak sakan dgn gang masing2. Lama juga kami tunggu apa sebenarnya aktiviti fire festival ni. Tapi pukulan gendang dan nyalaan apinya masih statik di sebelah sana bukit. Rupanya para penari bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi..entah bila akan sampai ke tempat kami...Akhirnya, kami buat keputusan balik saja memandangkan anak2 semuanya dah berdengkur.. Terpaksalah ibu belanja hot coklat dan muffin nak bagi laju skit berjalan..

Pagi Sabtu selepas breakfast dan menyediakan bekal apa yg patut kami bergerak ke Edinburgh Zoo. Masyallah, sangatlah besar rupanya zoo ni sampai ibu sendiri rasa dah malas nak berjalan. Anak2 bila dapat tgk binatang2 in person mmg seronoklah.. Paling best kat zoo ni, kami berpeluang menyaksikan Penguin Parade.. alaalalaa.. sangatlah kiut..!! terkedek2 jer dia berbaris.. Alkisahnya penguin ni volunteer diri sendiri untuk join parade tu.. Penjaga kandang cuma tggu dan lead the parade, tapi semuanya terpulang kepada diorang sendiri sama ada nak join ke tak. Kalau nasib tak baik takde sekor pun penguin nak berarak, maka takdelah parade utk hari tu.. Kiranya nasib kami baik jugalah sebab byk  penguin yang sudi nak memaradekan diri.. hehe.. Paling tak boleh tahan bila tgk aksi King penguin.. Dia keluar last sekali..Gaya sombong tahap petala bumi.. Dengan mmendadanya..ishh, bajet handsome lah tu.. Macho tapi kiut..!! boleh gitu..?? hahaha..

Selepas tu, kami naik bas untuk kembali ke bandar.  Liew nak bawak jalan2 sekitar Royal Mile. Kat sini ada macam2 tourist attraction. Daripada National Gallery, cathedral, hinggalah Edinburgh Castle yg glamer tu. Kami singgah masuk dulu ke Camera Obscura & World of Illusion. Sgt menarik.. banyak sungguh benda2 ilusi yang dipamerkan. Anak2 mmg suka sangat la dapat mencuba macam2 aktiviti kat dalam tu. Ibu pun puas dpt snap gambar seluruh bandar Edinburgh dan bangunan2 nya yg cantik daripada bumbung. Best..best..!!
Sampai tempat tu nak tutup kami masih lagi sibuk mencuba itu dan ini.. Kemudian kami langsung ke Edinburgh Castle untuk acara fotogediks. Dr jauh nampak cantik sgt tapi bila dah dekat rasa biasa2 jer..Maybe sebab kami cuma boleh bergambar dr luar kat pintu masuk je.. Kalau masuk dlm, tiketnya mahal sgt la pulak dan most of the thing kat dalam tu is about History..ermm..bab2 sejarah ni ibu lemau skit.. so, kami sambung jalan ke lain plak..
Turun dari bukit tu, ada byk kedai2 cenderamata. Sempat la ibu beli 4-5 biji cenderamata kenangan. Lepas ni entah bila pulak la dpt datang lagi kan..!.
Liew kata nak makan chicken cottage malam ni. So, kami semua jalan pelan2 sambil posing sana sini. Tiba2 Nazrin nak terkucil la plak. ermm..mujur jer ada toilet awam yg berdekatan. Tapi terkejut gak ibu sebab toiletnya canggih sgt.. Masuk duit 20p and masuk kat dalm tu semuanya electronic. Bersihh.. Tapi yang kelakar dia ada sign peringatan bahawa tu toilet tu ada timer. Meaning, kalau lebih masa, nanti pintu terbukak sendiri.. So, kalau ada urusan besar dalam tu, kira sendiri mau ingat lah kan..!! hahaha.. Lepas meratah ayam di  Chicken Cottage yg kononnya bukak sampai lewat malam tapi pukul 5ptg jer makanan dah almost finish tu, kami berjalan balik kerumah.. Bersihkan diri, mandi.. and booomm.. ZZZZZ..

Sunday morning, pagi lagi ibu dah bangun and kemas2 bag. Hari ni nak balik dah.. tapi masih byk tempat belum teroka. So, agenda hari ni kami akan ke carboot dulu.. ini dah kira satu kemestian.. Ibu tak senang duduk kalau tak pegi menziarah para seller carboot ni.. nanti jadi alergik.. Hhahah.. Yang menariknya, carbootnya di buat di kawasan parking kereta dalam bangunan. Kat 4th floor pulak tu, so mmg lain dr yg lain.. Byk jugak seller dan banyakkkkk sgt barang2 yg best. Hajat di hati nak beli 1-2 brg jer sebab beg dah berat, tapi ibu end up dgn 3 beg penuh dgn baju2, toys, hand bag and 2 periuk casserole lagi..!! aduhhh...pantang sungguh la ibu ni..pantang jumpa..!! Turun dr carboot, kami naik bas utk pegi makan di restoran Turkish.. Ibu oder pizza yang mana dlm menu punya bunyi macam tersangatlah menariknya.. Sekali sampai rupanya cuma doner meat yag ditabur atas plain pizza..huhuu..ini macam kalu, ibu pun terer buat.. tapi no doubt, sambal cili dia sedap sgt.. Otw back, Lai pin cakap dia takmo join we all jalan2 lagi.. Dia nak balik.. So semua barang carboot tadi dia tolong bawak balik dulu.. Phewww..legaa... kalau tidak, rebeh la bahu ibu..
So, kami sambung jalan ke area universiti.. alahaii..cantiknya bangunan2 dia.. Ibu n kiddies pun macam biasalah..mana boleh lari dari aksi gedik2 kami.. Lepas tu kami mendaki Calton Hill sekali lagi. Masa dtg malam tu ibu dah nampak port baik punya untuk amik gambar.. tu yg pasang hasrat utk dtg balik.. Mmg berbaloi kami termengah2 naik bukit tu lagi.. Hasilnya bykk ibu dapat amik gambar kat sini.. seronok ibu...
Sedar2 rupanya jam dah dekat pukul 5 padahal ibu cadang nak naik train pukul 5 utk balik Leeds..alamakkk..lewat la jawabnya. So, balik rumah pack barang sumer and kami keluar balik utk ke train station. Jenuh doa supaya ada tempat kali ni sebab pagi tadi  Liew tolong call utk buat booking seat, org tu tak bagi..huhuu.. kami sampai on time kat train station and alhamdulillah dpt tempat yang selesa.. Sedih pulak hati nak tinggalkan Liew n Lai Pin.  They were such a great host.
Perjalanan pulang kami ditemani dgn pemandangan indah Scotland.. Dari kawasan ladang, countryside hinggalah lautan luas..semuanya ada.. Cantik sungguh bumi Tuhan.. Ibu rasa sebak..Syukur sangat Allah beri peluang seperti ni... Jam 9 kami sampai di Leeds dan amik taxi utk balik ke rumah.. Akhirnya, home sweet home..ibu rindu duvet ibu...boleh tidur sampai pengsan..zzzzzz...

No comments:

Post a Comment