Wednesday 8 June 2011

Cuti Sekolah

Cuti sekolah datang lagi. Seperti biasa, bukan budak-budak jer yang excited nak bercuti tapi mak budak ni ha yang terlebih pening kepala nak memikirkan kemanala nak di bawak permata hati tu meraih pengalaman baru di bumi Allah yang maha luas ni. So, entry kali ni mummy (kejap aku, kejap mummy, kejap ibu...belasah jer lah ek..ikut sedap mulut jer menyebut...) nak cerita tentang kembara kami berempat...(plus opah dan opahcik secara on off sebenarnya) dalam kesempatan yang ada dalam cuti singkat kali ni. Waa..sebut kembara bunyi macam pegi mengembara sampai ke Antartika jer..muahaha... yg penting jgn tanya soal tarikh, mummy tak ingat..!!

Hari Khamis, selepas exam mummy cakap pada kiddies malam ni ada surprise.. excited kemain la bebudak tu.. tak lain tak bukan mummy belanja diorang gi tgk Nurkasih..heh..heh.. Nurin mmg fanatik habis dgn Nur Amina n Adam.. masa kat UK, mmg menunggu2 TV3 upload citer tu n mmg kitorang tak penah miss. Wp esok masih ada satu paper, tapi dgn selamba kataknya mummy bagi diorang cuti awal. Ala.. rilekla.. confident level mau tinggi beb.. kalau ingat exam tu susah, nanti susah la jadinyer.. hehehe.. padahal sebab  last day tu paper Bahasa Arab, cuba kalau maths ke, BM ke.. science ke.. harus la aku kuarantin budak2 tu kannn...muahaha... Jumaat, sambil lepak2 sebelum gi sekolah mummy call D' Village Resort Melaka utk buat booking for Sat n Sun. Malangnya dah full.. Mmmm..agak dah.. budak2 dah kecewa dah... mujur la ada contact dgn manager Gunung Ledang Resort kann.. dalam pada full booked tu pun, dapat la jugak kami menyelit. Siap dapat family room yang besar gedabak tu lagi.. hehe.. So, esok pagi ke Ledang la kita wehhh..!! anak2 seronok bukan main.. tak ingat dah ada exam Arab menunggu kat sekolah...

Sabtu, pagi2 lagi semangat bukan main kanak2 itu bangun dan bersiap..waaa..kalau nak pegi sekolah macam ni kan best.. tak yah mummy terhegeh2 menjerit suruh bangun bersiap...Perjalanan yanag sangat santai plus meletihkan kaki sebab kereta uzur.. tak boleh langsung nak speed lebih dari 90km sejam maka akan mengaum macam nak roboh enjin la jawabnyer..huhuu.. 11.30 dah sampai Ledang dan kami ada banyak masa untuk meronda-ronda mencuci mata dan mencuci poket di deretan kedai-kedai kain di pekan Tangkak. Owhhhh..patutla dulu sebelum ada Nilai 3,org panggil Tangkak ni syurga kain baju.. Mmg murah giler..!! tak penah jumpa lagi ada kain yg semurah rm7 untuk 4 meter..kualitinyer paham-paham je lah kan.. tapi takde la buruk sgt..... Mummy buat keputusan utk segala macam opah, nenek,tok lang, tok cik bla..bla..bla.. kat kg nun, tahun ni mummy bagi kain jer utk hadiah raya.. tapi takde la yg harga rm7 tu plak kannn.. at least merasa jugak la diorang baju raya bling bling tahun ni... hahaha... Lepas check in, tak sempat pun nak merehatkan kaki yang dah rasa macam kaki gajah ni, anak2 dah ajak mummy terjun kolam...aduhaiii...apa nak buat, terjun jer lah... dgn paksa relanya mummy meng'tanned'kan diri kerana menjaga anak2 yang berkubang dari pukul 1.30 sampai pukul 5.00 ptg.. naik makan, pegi air terjun kejap then sambung lagi mandi pool sampai pukul 7.. naik lebam aku..!! Malam kami pegi makan di restoran 'ala Thai' yang bila oder Kailan ikan masin - takde kak, oder sotong goreng tepung - takde kak, oder udang paprik - takde kak...habis apa yg kejadah ko letak nama restoran cenggitu..??? haiyaa...last2 oder tomyam, sup ekor n telu dadar je lah.. alhmd..rezeki kami malam tu...

* mengantuk dah,,nanti lah sambung...daaa..

No comments:

Post a Comment