Sunday 17 April 2011

sessi recharge lagi-MARKETING POWER..!!

Ahad 17/4/2011.

Selalunyer kalau hari Ahad adalah hari bersenang lenang..hari utk lepak2 depan tv sambil layan paper n nasik lemak bungkus.. Tapi hari ni pagi buta aku dah angkut mak n bapak gi Cheras. Tujuannya hanya satu..kami akan menyertai Seminar Marketing Power yang disampaikan oleh Dr Azizan.. yerpp..HIM AGAIN...!! cos i like Dr Azizan so much.. i adore him so sooo much.. and he has lots and lots and lots to give... and i'm more than willing to accept.. Disebabkan hari ni aku membawa 2 orang warga emas yang sgt aku cintai, maka dapatlah peluang memilih tempat duduk di depan...Alhamdulillah, sekurang-kurangnya mak dan bapak selamat dari berhimpit2 bila pintu masuk dibuka kalau kami masuk bersama crowd yang lain..
Pengisian hari ni boleh dikatakan kelas intro untuk ilmu pemasaran yang lebih meluas.. tapi dalam pada intro-intro pun, byk benda yang aku belajar...byk benda baru yg aku dapat..contohnya tentang kuasa yakin diri bahawa diri kita ini pakar itu dan pakar ini... Bila tahu apa kepakaran kita, barulah boleh letak nilai yang tinggi pada diri sendiri... Aku bangga dan rasa bertuah dapat peluang pegang mic dan berinteraksi dengan dia. Walaupun dia tembak aku terang-terang tapi aku redha sebab aku tahu, niat dia cuma untuk mengajar yang terbaik untuk anak-anak murid dia.. u guys yang masih ingat, sayalah yang ditempelak kerana try test market nak mintak sesuatu daripada Dr Azizan tadi... hehehe.. sebenarnya, nak mintak bersalam dgn dia jer atau tulis something personally from his own handwriting dalam buku nota saya.... Guru kita kena hormat kan.. ! Tapi nampaknya, hari ni tak kesampaian.. Apapun, puas hati dapat luangkan masa untuk seminar yang sgt2 bagus ni..and lebih best bila dapat bawak mak dan bapak bersama-sama.. aku anggap ini sebagai pengzahiran masa kualiti hanya utk kami bertiga dengan pengisian ilmu yg baik. Lama dah tak dating bertiga-tigaan dengan diorang macam ni. Aku harap, bisnes mak dan bapak pun akan bertemu pintu ke arah kejayaan yang lebih besar.. Tadi dah register utk advance class in May.. Can't waitt..!! MESTI lagi POWER...!!  yeayyy...
Terima kasih Dr..sebanyak-banyak bintang di langit..!! wooo...wooo..

4 comments:

  1. Semestinya...!! tgk la sapa cekgunya.. heh..heh..

    ReplyDelete
  2. aminn...you jugak..mudah-mudahan lebih kaya dan berjaya..dunia akhirat...InsyaALLAH..

    ReplyDelete