Tuesday 7 September 2010

Hari Istimewa..

Sekadar coretan ringkas bagi mengingati hari istimewa..

Semalam, 5 September. 34 thn yg lalu mummy lahir menjengah dunia. Opah tak pernah menceritakan sendiri  akan kepayahan yang dia lalui untuk melahirkan mummy. Tapi daripada Opah Chik dan Opah Yang, mummy dpt tahu bahawa opah menanggung kesakitan yang amat sangat sewaktu ingin melahirkan. Mummy songsang semasa di dalam kandungan dan opah pulak ada masalah ketumbuhan di rahim. Menurut cerita, daripada peringkat awal mengetahui kehadiran mummy di dalam rahimnya, opah sudah diberitahu akan komplikasi2 serius yg mungkin timbul jika kandungan diteruskan. Alangkah beraninya opah membuat keputusan nekad utk meneruskan kandungan tanpa mempedulikan kesihatan sendiri. Mummy dilahirkan melalui pembedahan pada subuh 5 September 1976, alhamdulillah sihat sempurna walaupun dengan penuh kepayahan dan dugaan.

Hari ini, apa lagi yang boleh mummy katakan selain mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah atas peluang melihat dunia dari tahun ke tahun. Pengorbanan opah takkan mungkin mummy lupa. Tak mampu rasanya diri mummy nak membalas segala jasa, kasih sayang dan pengorbanan yang telah diberikan opah dan atuk sepanjang membesarkan mummy. Dah besar panjang dan beranak pinak macam ni pun, mummy masih lagi dimanjai oleh atuk dan opah.. sampai hari ni opah masih panggil mummy 'sayang'.. dan atuk jugak, pantang kalau mummy perlu ke mana-mana, sanggup ketepikan semua urusan demi menemani mummy. Kalian nampak sendiri kan..?? itulah kasih sayang namanya... sama jugak seperti mummy kasih dan sayangkan kakak, abang dan adik.

Tahun ini ada kelainan sikit yg mummy rasai bila menyambut hari jadi. Teknologi memudahkan perhubungan..mendekatkan yang dekat dan jauh. Seawal subuh mummy sudah menerima deretan ucapan demi ucapan drpd kawan2, student2 dan saudara mara.. Meriah sungguh wall facebook mummy...dan mummy juga jadi ketagih untuk selalu menjengahnya membaca ucapan2 yang baru masuk.. seronok sungguh. Selebih dari itu, mummy juga isytiharkan cuti untuk diri sendiri dan seperti yang sama2 kita lalui, kita bergolek sakan dari pagi sampai tengah hari, bermain macam2 permainan, kuda-kudaan, lompat-lompatan etc..etc... hahaha..seronok bila sesekali mengkanak2 kan diri... dan paling mumyy happy bila melihat anak2 mummy bukan main bergelak sakan dengan setiap games dan aksi2 lucu yang keluar. Alhamdulillah... tak perlu party besar2 an.. tak perlu hadiah2 mahal.. asalkan dapat melakukan sesuatu yang menyeronokkan bersama org2 tersayang, sudah cukup membuatkan birthday mummy jadi begitu bermakna. Bercakap soal hadiah, mummy cuma terima satu hadiah saja tahun ini tapi itulah hadiah paling istimewa yang pernah mummy terima. Kakak buatkan mummy miniature aquarium siap dgn ikan2 kecik dan seaweed. Tapi yg kelakarnya, mummy kena kaler sendiri ikan2 tu dan terpaksa pulak 'pretending' konon2 tak tau apa2 pasal surprise present kakak ni.. haihh...macam2.. so, celik jer mata semalam kakak dah jerit "happy birthdayyyy..!!' dan kelam kabut nak bagi hadiah misteri dia tu..dan mummy pun dgn penuh keterujaan dan kepretendingan tunjuk excited dgn hadiah kakak...hahaha...seronok sungguh...!!

Sehari lagi dah berlalu... another 364 days for my next bday (insyallah, kalau umur panjang). Doa mummy tak banyak.. mudah-mudahan Allah memberi rahmat dan keberkatan dalam setiap apa yang mummy lalui.. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan pengajian mummy dan boleh dihabiskan dalam tahun depan dan paling utama, mudah-mudahan anak2 mummy menjadi anak2 soleh dan solehah...anak2 bijak yang menjadi penyejuk mata dan penawar hati mummy... anak2 yang kaya akal budi...tahu adap dan tahu menjaga diri....
Ingat nak...kasih sayang mummy tiada sempadan, dan tidak bersyarat..kekal abadi hingga ke hujung nyawa...

No comments:

Post a Comment