Thursday 5 August 2010

Anak bujangku...


Pejam celik pejam celik, cepat sungguh masa berlalu.. Rasa baru lagi mummy bertunggu tangga di dalam wad Hospital Teluk Intan menantikan kelahiran Muhammad Nadzril Izhan. Mengandungkan Izhan, byk sungguh dugaan yang perlu mummy tempoh. Sewaktu kandungan baru berusia 32 minggu, mummy mengalami early conctraction yg agak kuat. Mmg sungguh2 rasa macam nak bersalin. Bila berjumpa Prof, Eugene, Gynae yang menjaga mummy di PPUM, mummy diberi dua pilihan sama ada mahu melahirkan Izhan segera atau bertahan hingga cukup tempoh due date sebenar. Ermm..pening juga dibuatnya. Tapi bila mengenangkan anak cousin mummy yang lubang hidungnya luas sebab terpaksa dimasukkan wayar akibat lahir tidak cukup bulan dan terpaksa pula duduk dlm incubator sehingga betul2 kuat, maka mummy bagitau doktor yang mummy nak Izhan lahir ikut tempoh sebenar. Doktor bagi mummy makan ubat dan diberi injection tah apa benda untuk menguatkan rahim..

Bermulalah tempoh mummy perlu tinggal di wad kerana doktor masih risaukan tahap kesihatan mummy yg tak berapa ok. Memandangkan ayah kerja di Kuantan waktu tu, mummy terpaksa minta ditukarkan ke Hospital Teluk Intan supaya senang atuk dan opah nak jaga mummy. Bila dah agak ok, mummy boleh keluar wad tapi kena ulang alik ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan mingguan. Tiba2 dpt berita bahawa mummy ada anaemia yg agak kritikal..huhuu.. Again, kena masuk hospital balik dan again keluar duduk rumah atuk bila keadaan dah ok skit. Tapi mummy kena jugak pegi hospital hari2 untuk terima suntikan. Masalahnya kena cucuk kat bontot la pulakk... Jenuh mummy mintak kat doktor supaya cucuk kat lengan jer, tapi doktor cakap kalau cucuk kat bontot lagi mujarab..Aiseymennn... redha je lahh.. Bila balik rumah, selang sehari mummy akan alami contraction. Bila semua org kalut dan ready nak pegi hospital (kononnya nak bersalin la..) tup2, contraction lega.. Bukan main notty lagi Izhan..Dari dlm perut dah pandai nak tease mummy.. Sampai la pada satu hari tu, mummy langsung tak rasa Izhan bergerak. Dari pagi sampai pukul 2 petang rasa diam jer..takkan la tidur sepanjang hari kot. Selalu bila mummy usik2, panggil2..Izhan akan bagi respon.. koman2 pun tunjuk siku atau tumit kat mummy., but hari tu senyap terus.. Opah bawak mummy pegi check kat Klinik Jyothi, one of the best known gynae kat Teluk Intan tu. Lepas check, dia suruh mummy pegi hospital terus. Huhuuu..masuk wad lagi.. Kali ni kena tahan 6 hari sebab pergerakan Izhan tak konsisten. Bila dah stabil, doktor benarkan keluar wad, tapi mummy mintak kat doktor nak duduk wad sampai bersalin. Heran doktor tu.. Org lain sibuk nak balik, mummy sibuk nak duduk wad.. Best woo..duduk dlm wad Kelas Pertama..makan sedap, ada bilik sendiri, ada TV, mlm2 nurse dtg teman.. atuk opah pun sentiasa ada temankan mummy. Cuma ayah jer tak ada.. Jam 3 pagi 1 Ogos 2006, mummy alami contraction yg agak kuat. Bila nurse check, bukaan baru 4cm and dia suruh rileks dulu. Selang sejam baru 6 cm tapi sebab bleeding, nurse tolak masuk labour room. Lama jugak la tunggu sampai bukaan cukup and when the time comes, mummy serahkan pada Allah semuanya. Alhamdulillah, walaupun agak payah berbanding kelahiran kakak dan abang, tapi Izhan lahir sihat sempurna bertemu mummy. Bila pertama kali mummy pangku Izhan, menitik airmata..ini dia orangnya yang banyak menduga hati dan kekuatan mummy selama beberapa bulan ni... Semasa Izhan dibersihkan, mummy masih agak lali tapi sempat terdengar kata2 doktor " dia ada sacral dimple".. wahh..dlm hati mummy seronok bukan main sebab Izhan pun akan ada lesung pipit sama macam kakak dan abang. Mana tahu rupanya Sacral Dimple yang disebut2 itu adalah lubang di penghujung saraf tunjang yang boleh menjadi punca kepada kecacatan saraf secara kekal. Sebaik mummy dipindahkan ke wad semula, Izhan dibawa ke unit rawatan rapi untuk pemeriksaan lanjut. 3 hari mummy berulang alik ke sana untuk menyusukan Izhan. Memandangkan kita duduk di KL, dan mummy yakin bahawa treatment di PPUM dlm penyakit2 kanak2 ni lebih bagus, maka mummy minta kes Izhan dipindahkan ke sana saja. Di KL, macam2 ujian lagi yg perlu Izhan lalui. Doktor kata, petanda paling bagus bagi mengesan kecacatan saraf ni, kena tgk sama ada izhan aktif atau tidak.. Hoohoo..bab aktif ni mmg mummy puji melangit, tak boleh lawan. Dan alhamdulillah, kerana  keaktifan itulah maka doktor mengesahkan Izhan bebas dari sebarang simpton penyakit yg lebih serius.. Syukur..

Hari ni, setelah 4 thn berlalu, anak mummy dah pandai mengaku 'dah besar'. Setiap kali mummy tanya, 'how old are you?' pasti jawapannya, '4 years old and i'm big now'. Yerr..besar dah, sampai dah pandai menyimpan cita2 nak kawin dengan Lady Gaga..Aduhaiii...pening la mummy macam ni... Muhammad Nadzril Izhan hari ini sudah menjadi anak bujang yang sangat cheeky. Anak yang bijak mengambil hati dan memujuk setiap kali mummy marah..Anak yang byk akal nak auta mummy untuk dapatkan toys di carboot. Anak yang manja dan kuat memerap sampaikan sanggup berlakon konon2 dah tidur atas sofa semata2 nak suruh mummy angkat  bawak naik atas. Anak yang sentiasa memerlukan rambut mummy utk ditarik2 dan digentel2 sebelum tidur sampai nak nipis dah rambut sebab byk gugur. Anak yang selalu buat senyuman palsu bila disuruh posing semata2 tak mau dengar paksaan brutal mummy. Anak yang akan tuduh abang habiskan semua aiskrim walaupun dia lah orangnya yang berulang alik ke peti ais selagi aiskrin dalam tu tak habis.. Anak yang selalu berjanji untuk membelikan mummy kereta bumblebee black colour bila besar nanti. Anak yang rajin ikut mummy solat walaupun suka bertanya itu ini dlm solat dan tak penahnya ikut hingga selesai mummy bagi salam. Anak yang bila disuruh baca Al-Fatihah sebelum tidur selalu saja jawapannya, 'adik dah baca dalam hati'...
Izhan.. memilikimu, satu anugerah terindah.. Jadilah anak yang sentiasa menjadi penawar hati mummy, anak soleh yang cantik rupa dan cantik jiwa.. Selamat Ulangtahun sayang...

4 comments: