Thursday 30 September 2010

New journey begins..


Mulai hari ini 'percubaan' akan dilakukan untuk mengupdate blog dengan lebih teratur..Diulangi, 'percubaan'... Aku mahu blog ini menjadi catitan perihal hidup yg serba sederhana tapi tersangat menarik ini.

Diam tak diam, dah 10 hari kami pulang ke tanah air. Bits by bits we've tried to adapt ( again..??) the whole surrounding. Betul kata Aunty Hasnah, fizikal dan mental kena kuat.. i'm not worry about physical..tapi mental ni kena amik masa sikit..kena belajar balik untuk menjadi 'rough and tough'. 3 tahun hidup dlm keadaan yang rileks dan santai2, pastinya untuk berubah menjadi sedikit laju itu perlukan adjustment.. well, this is life..!!
Hari ni aku perlu melapor diri semula untuk bertugas di Jabatan Kesenian Melayu, Akademi Pengajian Melayu. Itu tugas rasmi di fakulti. Tugas di kolej, secara tidak rasminya sudah bermula kelmarin bila aku kembali masuk ke Kolej kediaman Kinabalu. Sekarang tinggal urusan permohonan rasmi ke Pejabat TNC HEP. Kerja2 PhD, juga sudah bermula (wp enjin belum panas sepenuhnya..). Dengan lain perkataan, semua perkara sudah kembali berjalan seperti seadanya 3 thn yang lalu... Cuma kali ini, dengan sedikit tekanan masa dan keperluan menuntut gelaran DR..

Well, hidup mmg bukan mudah.. Namun itu bukan lesen untuk menyerah kalah. Dalam setiap kepayahan dan kepahitan, pasti akan ada manisnya.. Cuma bagaimana kita merasai dan menghargai kemanisan itu sahaja yang berbeza kerana setiap manusia punya persepsi yg lain2 juga.. Aku tidak mahu menjadi perfectionist.. aku cuma mahu menjadi seorang manusia baik yang sederhana serba serbi tapi punya kualiti hidup yang mampu membanggakan anak2 dan keluarga... So, untuk hari ini, mulai hari dengan ceria..semangat baru.. keluarkan planner dan tuliskan perkara2 baik yang ingin dilakukan.. Semoga permulaan baru ini menjadi satu fasa yang lebih baik dr sebelumnya...Insyallah...

No comments:

Post a Comment