Monday 15 February 2010

Hujung minggu yang indah




Hari Sabtu dan Ahad merupakan hari yang ditunggu2 saban minggu. Inilah masa untuk melayan malas...masa untuk bergolek2 dengan anak2 dan masa untuk bereksperimentasi di dapur. Minggu ni Sabtu dan Ahad disambut dgn macam2 agenda.  Seawal pagi Sabtu, aku dah bersilat di dapur menyediakan bekal sebab pagi ni perlu tinggalkan anak2 di rumah Kak Maziah. Aku ada training netball lagi hari ni. Aku pergi ke Sport Centre dgn Kak Maziah dan Atie dan sepanjang jalan kami berkongsi cerita perihal kerenah anak2. Lucu sungguh..! At first, its a bit frustrating sebab cuma ada 6 org yang dtg utk latihan. Ermm..apa yang boleh dibuat dgn 6 org..but mujur Hanieda ada geng student Brunei yang tgh training jugak di hall sebelh. So, kitorang join main sama2. It was really fun and memancitkan jugak.. huhuhuu..
When we went home, anak2 dah excited bukan main sebab tgh hari ni kami nak pegi ice skating. So, bersiap apa yang patut, keluar rumah jam 1.30, part kat EC Stoner and walk down the road to Milleneum Square. Wahh..ramainya org dah beratur.. Hezri dgn Akyun dah tggu untuk bagi tiket so it doesnt take long for us to get everything and ready to skate. Puteri cantik manis ibu Nurin Umaira barangkali manusia paling gembira hari ni. Sejak ber ice skating dgn ayah di Sunway Pyramid bulan September lepas, dia dah pasang angan2 nak gi ber skate lagi di Leeds and today is the day. Obviusly she really enjoyed the day. Nazrin Amirul pun dah semakin cekap mengimbang badan. Tahun lepas asyik jatuh berdebuk saja tapi tahun ni nampak dah ok dan ada gaya bila dia skating. ahh...kalau dah nama kanak2, mmg cepat saja dapat menguasai sesuatu benda baru. Tahun ni first experience Izhan, so Ibu mintak kasut yang ada double blade. Kami just wandering araound the kids area je lah sebab Izhan nampak macam gayat lagi. Yang tak best, kejap jer dia nak skating and most of the time dok melepak tepi rink makan lolipop..alahaii.. ibu nak masuk main dia tak bagi pulak.. suruh abang jagakan adik kejap, tak mau pulak..so, ibu tgk je lah org dok lalu lalang berdesup desap kat dalam rink tu... huhuu..takperlah..janji anak2 ibu happy cukuplah..
Ahad, again pagi2 buta dah berperang dgn periuk belanga untuk sediakan bekal. Hari ni agendanya ke carboot Rufforth. Dah lama tak pegi..dgn bantuan encik tom tom, berjaya juga kami sampai. Besar kawasan carbootnya tapi harga tak la murah sgt.. boleh laa.. Anak2 la yang seronok sebab dapat beli macam2 mainan. Ibu..?? ermm..ibu just beli penyapu lidi jer.. mmg dah lama cari pun sebab senang nak sapu carpet n penyapu lidi yang kat rumah tu dah patah2...Ibu tak suka guna vakum..bising..! Selepas selesai agenda menguruskan poket, kami gerak ke York Botanical Garden. Ingatkan ada special park rupanya park kat tgh2 pekan York yang mmg kami dah pegi sebelum ni. Tapi seronok jugak melepak tepi sungai tgk cruise lalu lalang.. and sempat jugaklah ibu berphotoshoot..
It was really a fun days.. Hari ni cuti sekolah dah start for one week. We have no plan yet but tgklah nanti cemana...Ibu teringin nak gi movie. Semalam tgk trailer My Name is Khan cam best jer.. ermm..

No comments:

Post a Comment