Friday 16 March 2012

Nikmat sihat



Salam. hari ni baru nak boleh bangun dan rasa bernyawa sikit. Semalam most of the time aku just baring n tido n baring n tido sepanjang hari. Kalau bangun rasa dunia berpusing 360'. Ini kali kedua aku demam dan lemau satu badan dalam tempoh seminggu.Last week dah demam dah tapi dalam 2hari dah ok.
Inilah namanya ujian. Perit rasanya kalau nikmat sihat ditarik balik walaupun sekejap. Bila badan memboikot tuan macam ni baru la nak terfikir, selama ni Allah bagi kesihatan yang baik adakah cukup aku mensyukurinya... Emm.. rasanya adala sikit kot tapi yang lebih banyaknya adalah 'take for granted'... membiarkan hari berlalu tanpa rasa. Bila sakit barulah tersedar bahawa ujian Allah itu datang dalam keadaan yang tidak dijangka. Maka seharusnya sebagai hamba, aku seharusnya sentiasa menyediakan diri dan hati untuk terima apa saja ujian dalam apa jua keadaan dengan penuh redho dan keikhlasan. Bila sakit barulah tahu memikirkan nasib orang lain yang mengidap 1001 jenis penyakit di dunia ni. Aku baru pening lalat bila demam.. macam mana pula org lain yang bergantung hidup pada mesin.....yang bergantung pada ubat-ubatan... yang  bergantung pada entah apa jenis terapy...dan macam-macam lagi....

Sakit yang melibatkan tubuh badan barangkali kesakitan  yang lebih senang ditangani. Makan ubat + rehat secukupnya, insyallah tubuh akan kembali bekerja seperti biasa. Tapi bagaimana pulak nak menangani sakit hati ek.. ? kalau hati di dalam sebu jer dengan kesakitan yang tak tertanggungkan, itu pun dah termasuk kategori nikmat sihat yang ditarik balik kan...? ermm..untuk kesakitan yang sebegini, selalunya memerlukan perhatian rohani. Orang yang selalu sakit hati adalah orang yang tidak ikhlas atau mungkin juga tidak redha dengan apa yang menyebabkan dia sakit tu.. kalau dia terima 'kesakitan' itu sebagai satu cubitan halus untuk mengingatkannya kembali tentang hakikat kehidupan, mesti sakit itu tidaklah terasa sangat. Aku sendiri kalau ada masa-masa yang mula nak terasa sakit yang kategori ni, first thing aku buat ialah tarik nafas panjang2 dan istigfar banyak2. Selalunya berkesan sebab dalam sekejapan entah ke mana menghilangnya rasa sakit hati tu.... Tak rugi untuk selalu memusing keadaan kepada sesuatu yang lebih positif...berfikir yang baik-baik tentang apa saja ujian mendatang dan paling penting ikhlas terima ujian itu....kerana yang akan mendapat nikmat kebaikannya di kemudian hari, bukanlah org lain... tetapi diri sendiri jugak kan..! Cakap memang senang, tapi nak melakukannya bukan mudah... betul tu..! tapi ada juga pepatah yang mengatakan..hendak seribu daya...

apa benda la aku membebel ni... dari cerita demam dah jadi sesi motivasi plak ek... hentam sajalah labuuu....heh..heh..

No comments:

Post a Comment