Monday 26 April 2010

fotogediks Harrogate


Dah lama ibu berangan nak buat photoshooting kat 'The Stray' Harrogate. Kalau tgk gambar dlm google images tu, mmg sentiasa buat hati bercelaru lah kiranya.. Sangat cantik..!! Mau tidak, dengan barisan pokok Cherry Blossom yang ditanam melintasi padang, bayangkan sajalah bagaimana rupanya bila bunga berkembang..Subhanallah..
Dekat 2 minggu juga merancang dlm kepala otak bila time yg sesuai nak pegi. Isnin lepas, bila lalu depan Central Library, ibu terkejut besar sebab 2 pokok Cherry Blossom yg gebu berkembang elok minggu sebelumnya, dah habih gondol..merah2 tunas daun je yang ada..Alamak..!! ini tak boleh jadi.. Kalau within a few days ibu tak pegi city jer pokok tu dah habis menggugurkan bunganya, mesti yang dekat Harrogate pun lebih kurang jugak... Gagal la mission ibu nanti. So, dari Isnin ke Jumaat itulah yg asyik ibu fikirkan.. Nak pegi lepas sekolah takut tak sempat pulak sebab kena berkejar balik.
Sabtu..pagi2 buta ibu dah bangun dgn semangatnya. Siapkan bf dan bekal untuk dibawak ke Harrogate. Anak2 pulak liat nak bangun. Tok tik tok tik jam 9.00 baru keluar  rumah. Sempat lagi singgah di Morrison kejap. Masa tggu free city bus, ibu pegi tanya staff Subway, mana pegi Subway halal yg dulu bukak depan Leeds Grand Theare tu. Mujur la tak jauh pindahnya. So, sebagai umpan supaya model2 cilik ibu bagi kerjasama yg bagus hari ni, ibu janji akan bawak diorang makan kat Subway..Uishhh melompat suka anak2. Mmg fav diorang la tu, especially dgn Meatball Marinara kat Subway tu..
Dipendekkan cerita, bila sampai di Harrogate ibu n kiddies berjalan jauh jugalah untuk sampai ke padang tu. On the way nampak pokok Cherry Blossom yg dah lebat daunnya.. Huuuhuu..rasa kecewa sgt.. Dah rasa macam nak patah balik jer.. tapi alang2 dah sampai kan, baik teruskan ajer planning. So, bila sampai kat 'The Stray' tu kami pun berposing sakan lah.. meliuk lintuk, pusing kiri..pusing kanan, sengeh sana sengeh sini.. sampai la letih nak beraksi. Agak2 model dah mula nak hangin ibu suruh rilex dulu n jamu dgn bekal yang dibawa.. emosi model kena jaga beb..nanti gambar tak berseri..!!  Lama jugak kami kat situ. On the way nak balik masa kami melintasi padang untuk ke Harrogate town, barulah ibu terperasan bahawasanya Cherry Blossom tu belum kembang pun lagi.. rasa tak percaya pulak.. belek2 lagi kat dahan2 pokok.. eh, betul lah..!! dia tak kembang lagi..!! Yeayyyy..seronoknya ibu.. Alhamdulillah, mudah-mudahan tercapai la impian ibu nak berphotosession dgn 'The Stray'.. Confirm, kami akan dtg lagi..
Hati pun dah lapang..ibu bawak anak2 jalan2 sekitar Harrogate.. tak pusing rata pun sebab semua dah excited nak balik dan menjamu selera di Subway.. Hari yang indah bersama hati2 yang bahagia.. Syukur..

No comments:

Post a Comment