Thursday 24 February 2011

Bagaikan Puteri

Yes..hari ni aku menjadi puteri untuk tempoh masa satu jam setengah... dan dayang aku adalah seorang amoi comel yang setia memicit2 jerawat aku hingga langsai semuanya... setia memicit2 kepala aku sampai aku rasa melayang nak tido... heh..heh.. wehh.. aku masih straight okayyy... takkan la bila takde laki, bertukar menjadi tuttt..plak kot.. aku pegi facial la tadi.. saja nak try best sgt ke facial produk mahal tu.. kalau tgk iklan kat merata riti, dengan testimoni di kalangan artis2 yg curlasst..nampak macam hebat.. so aku pun nak jugak merasa kehebatannya tu... but have to admit.. walaupun sengsara rasa pipi aku di picit2 dan dikorek untuk keluarkan blackhead n whitehead degil, tapi rasa leganyaaaa lepas tu.. rasa macam nak suruh dia ulit muka aku sampai malam, bersambung ke subuh and sambung lagi sampai siang esoknya..hahaha..melampau..!! dan dek kerana keasyikan muka tahap tepung gomak ku ini di belai2, maka tak terasa duit melayang beratus2 hengget..!!
kalau org dulu-dulu, tak payah pun sibuk2 nak pegi facial.. lawa jugak..!! even lebih sadis, makcik penah cakap, anak dara zaman dulu yang mana ada jerawat tu, petuanya kena sental muka kena kain basahan lelaki yang dicuri.. yaa betull.. DICURI..!! dengan lain perkataan, kain basahan tu kena senyap2 di ambil dari bilik air/ampaian tanpa sapa2 pun tahu dan tonyoh la muka tu secukup rasa.. erkkk..tergamak ker nak sental muka dengan kain basah... untuk makluman, bukan sehelai kain suci murni yang dibasahkan okayy... tapi kain yang digunakan sebagai kain basahan setiap kali mandi...dah la hak milik lelaki sahaja pulak tu.. waima saudara kandung sendiri, rasanya kalau aku hidup zaman tu tak tergamak aku nak ikut petua ni... ngeeeee...geli wehhh... nasib baik hidup zaman sekarang.. kena bayar mahal pun aku redha....sebab mmg kelass layanan yang aku dapat... masuk bilik treatment tu wangiiii jer.. diiringi alunan lagu2 yg mendayu-dayu.. ditemani amoi yang lemah gemalai.. aku tanya sepatah dia jawab 2-3 patah.. mmg serba-serbi terasa mewah.. dan sejujurnya aku terasa sgt kaya sepanjang sessi facial tadi.. hehehe...

thx SKII.. :)

No comments:

Post a Comment