Monday 21 June 2010

belajarlah memandu secara berhemah...

Segalanya bermula 2 bulan lepas bila kuda besiku buat hal. Tiba2 dia keluar bau hangit. Terus terang cakap aku mmg tak tau apa2 pasal kereta, maka dipendekkan cerita maka untuk perjalanan pulang hari tu terpaksalah tukar driver.. Disebabkan driver baru ni tak tau jalan (almaklumlah..dtg ke UK untuk melancong kan..) maka kami pun ikut jelah belakang kereta kawan.Konvoi lah kiranya ni.. Tapi yelah kan..kalau dah kata nak kena tu, mmg akan kena jugak. Selang beberapa hari aku dapat surat saman speed trap. Memandu melebihi had laju di kawanan 30mph.. Hehehe.. apo nak di kato.. sengih je lah..

Menariknya, dtg sekali bersama surat saman tu ialah tawaran untuk menyertai 'Speed Awareness Course' . Oppss sebelum tu perlu dijelaskan, bagi pemandu2 di UK ni, kami diberikan 12 point. Kalau ada saman or anything yg melanggar undang2, maka point ini akan dipotong. Aku pun tak sure sgt, tapi dgr2 cerita, kalau sampai 6 point kena potong maka lesen tu akan digantung.. So, untuk kesalahan melebihi had laju ni,3 point akan dipotong.. TETAPI... haaa..ada tapinya.. they were being so nice dengan menawarkan pemandu terbabit utk menyertai course di mana secara tidak langsung, saman tidak dikenakan dan point juga tidak dipotong.. Cuma kena bayar yuran penyertaan sebanyak GBP60.00 (which is sama dgn jumlah saman kalau kita memilih utk di saman). So, dgn kata lain, pemandu ada option..nak kena saman dan  dipotong 3 point atau masuk course dan tak perlu pening pasal saman tu.. Aku..?? tentulah pilih untuk masuk course.. Sayang point beb.. aku nak bawak keta lama lagi kat UK ni.

Maka proses pun bermula.. kena jawab surat saman tu, bagi details lesen..alamat etc..etc.. then dia balas balik bagi tau sama ada kita confirm diterima masuk course atau kena saman. Then kena call Kirklee Council (agensi yg uruskan hal2 berkaitan Speed Awareness Course ni) untuk bayar yuran melalui potongan debit card, tetapkan tarikh dan tempat course yang kita pilih. Kemudian dapat surat confirmation and get ready for your course... Ermm.. segala2nya selesai dgn mudah.. dan paling penting efisien. Itu dah mmg budaya kerja orang sini. Pada aku, depa ni mmg betul2 menepati konsep cepat dan tepat.

14/6/2010, tarikh yang aku persetujui utk menyertai course tersebut. Mula2 agak confuse bila dia sebut Middleton Grove. Rupanya bila dpt confirmation letter dan check map..owhhh.. dekat Beeston jer.. Kelas tu bermula pada jam 1.30 tgh hari tapi peserta kena on time.. Haa..ni satu lagi budaya yang aku suka.. Kalau kata 1.30 tu, jgnla mengada2 nak buat2 lengah macam kita selalu buat kat Malaysia.. Alamatnya dipersilakan keluar la jawabnya.. tak pun paling kurang dia akan bagi sindiran tajam dengan cara paling sweet sekali... hehehe.. so, sendiri mau ingatlah.. Selesai urusan pendaftaran, kami bebas memilih meja mana nak duduk dan dengan grup mana. Aku tak kisah, main belasah jer.. so dapat semeja dgn Kevin, Mel, Tazz, Claire, dan Khatryn..semuanya ramah2 belaka.

Pengendalian kelasnya agak simple. 4 hrs in total with 2 breaks in between. Penceramah ada dua org, Joey dan Gary.. Walaupun semua peserta adalah dari kalangan yang memandu laju namun, langsung tiada tekanan seolah2 kita ni adalah pesalah. Penyampaian kursus berlangsung dlm suasana santai dan penuh gelak ketawa. After all, Gary kata course ini bukan hukuman..ini hanyalah sekadar satu bentuk penyebaran ilmu yang dilakukan secara tidak langsung kepada pemandu2 di UK. Dlm hal ini mereka sgt menekankan soal 'awareness'. Maknanya, apabila kita memandu di jalan raya, kita bukan hanya dealing with our own machine and ourself..but also about everybody else..so, mmg kena alert dengan persekitaran..pedestrian, motorist, cyclist..etc..etc.. Byk ilmu baru yang aku dapat daripada kursus ni. Salah satu yang aku rasa sgt penting.. selama ini kita mengambil sikap sambil lewa ketika memandu terutama di kawasan 20mph atau 30mph. Menurut statistik, kadar kemalangan yang melibatkan kematian sangat tinggi di kawasan ini dan bukannya di motorways di mana kita boleh memecut lebih laju. Logiknya, kawasan ini adalah kawasan berkepadatan tinggi, kawasan dlm bandar, kawasan sekolah etc..etc..dan pastinya orang/bukan orang yang disekitar tu lebih byk..dan sekaligus perlu meninggikan lagi tahap tumpuan pemanduan kita (sepatutnyalah..!). Satu perkara yang agak mengejutkan, jika kita memandu selaju 35mph di kawasan 30mph dan kemalangan berlaku, sebenarnya impak lebihan 5mph itulah yang sebenarnya boleh menyebabkan kematian disebabkan kesan hentaman.. Hmm..baru la aku tau...

Seperkara lagi yg menarik perhatian dan fikiran aku, Gary ada tunjukkan beberapa video kemalangan jalan raya. Salah satu daripadanya berkaitan kesedihan ahli keluarga yang ditinggalkan mangsa, bagaimana mereka meratapi kehilangan dan kepayahan meneruskan hidup tanpa orang tersayang. Aku rasa sebak bukan kerana sedih dgn luahan perasaan diorang tu, tapi sebak dalam kesyukuran kerana aku dilahirkan sebagai Islam..punya pegangan agama dan iman sebagai benteng pertahanan diri bagi menerima sesuatu sebagai takdir Tuhan yang sentiasa ada kebaikan di sebaliknya.. Mereka ini langsung tiada 'rasa' itu. Memetik kata si ayah mangsa.. i dont have life after she's gone.. abih tu.. yang ko dah hidup selama beberapa tahun ni..apa benda..?? maknanya ko masih boleh teruskan hidup walaupun dalam kesedihan yang dalam, tetapi ko takmo terima hakikat bahawa setiap kejadian itu ada sebab dan akibatnya. Hishh..suka korang lah..

Budaya makan2 beriya semasa course mmg takde dlm hidup org putih ni. Ni memang aku dah nampak melalui siri2 course yang aku sertai di universiti. Dalam kelas kami ni cuma ada teh, kopi dan biskut semata2. Setiap peserta dipelawa utk amik minuman atau biskut sebelum sesi bermula. Kalau sesi tgh berjalan jgn la gatal2 nak bangun pi amik air kecuali kalau nak pi toilet. Depa anggap macam kita menganggu kelancaran program. Hmm..kalau budaya ni aku bawak balik ke Malaysia, boleh ke agak2..?? hehehe.. segan nak jawap.. (u know i now la kann..;p). Overall aku mmg happy dgn course ni. Satu pengalaman baru untuk aku. Keluar jer dr kelas, terus insaf.. bawak kereta betoi2 ikut sign2 yg ada.. slow mo jer.. kira mmg berhemah habislah.. Tapi, macam biasalah..selalunya semangat aku mmg tahap hangat2 taik semut jer.. kihkihkih.. kalau tidak, takde la sampai aku mengumpul 7 saman setahun masa kat Mesia dulu.. Tapi balik ni, boleh jadi baik skit kot... aku takmo org mati atas jalanraya tu sebab aku..dan aku jugak tak sanggup tinggalkan anak2 aku dengan cara macam tu.. Mati itu pasti dan kita tak tau bagaimana dan dengan cara apa.. tapi dlm hal2 di jalan raya ni, kalau kita boleh pilih untuk menjadi lebih berhemah..apa salahnya kan..?? Pilihan tu kan di tangan kita...

No comments:

Post a Comment