Monday 26 April 2010

Reminder


Sewaktu meninjau2 di ruangan Facebook pagi ini, hati tersentak membaca link yang dishare oleh seorang sahabat maya. Berita tentang kemunculan matahari dari sebelah barat. Bukankah itu petanda bahawa hari akhir semakin dekat..? Ya Allah, betapa hati ini insaf.. betapa hambamu ini selalu lupa dan lalai. Bila dikejutkan dengan berita sebegini, datang satu rasa di dalam hati.. Rasa yang terlalu sukar untuk digambarkan.
Hati mula tertanya2..Apakah bekalku di sana nanti..? Apakah ibadahku selama ini diterima..? Dalam golongan manakah aku akan dimasukkan..? Berapa beratkah hukuman yang harus aku lalui..?? Adakah ibu bapaku meredhakan aku sebagai anak..? Apakah suamiku meredhakan aku dlm tempoh Allah memberi peluang kepada aku untuk menjadi  isterinya..?  Apakah sudah aku jalankan tanggungjawab menjaga amanah2 Allah itu dengan baik..? Aduhh..banyak sungguh persoalan yang berlegar2 di minda.
Mati itu pasti..Hari akhir itu juga pasti.. sudah termaktub di dalam kitab Allah sejak lama dahulu tapi sering sahaja diabaikan manusia. Dan aku salah seorang darinya.
Ya Allah..ampunkan kejahilanku, kedaifanku, keculasanku...

No comments:

Post a Comment