Monday 22 March 2010

Pencarian ilmu tidak ada titik akhirnya

Alhamdulillah, hari ini ibu dipilih Allah untuk meyertai sessi pelajaran tajwid dan iqra'. Ibu ingat lagi, masa sekolah rendah ibu antara murid yang disayangi ustazah kerana pandai baca Al-Quran. Masa sekolah menengah, ibu selalu disuruh ustaz membaca petikan ayat2 Al-Quran di hadapan rakan2. Ustaz kata bacaan ibu lengkap dgn tajwid yang betul. Ermm.. alhamdulillah, masa ibu duduk dengan Opahcik dan Tok Nek, ibu pegi belajar mengaji dengan Tok Ngah. Masa tu ibu baru darjah 4. Lebih kurang 10 tahun umur ibu masa tu.Tok Ngah ni garang bukan main orangnya. Rotan panjang sentiasa ada di sebelah dia, tapi seingat ibu tak penah pulak ada sapa2 di kalangan kami yang pergi belajar mengaji dgn Tok Ngah tu penah kena rotan. Kena gertak selalu la.. Bila baca tersekat2 atau bunyi sebutan tak betul atau baca tak ikut hukum tajwid, haa  siapla berdesing rotan tu di pukul ke lantai. Bunyinya mmg menggegarkan jiwa dan raga ibu.. Tapi Tok Ngah tu mmg guru yang baik. Daripada dialah byk ilmu tajwid yang ibu belajar.
Itu cerita lebih kurang 25 thn dulu. Hari ini ibu masuk kelas iqra dan tajwid semula setelah berapa tahun meninggalkan sesi kelas sebegini. Ya Allah, byk benda yang ibu dah lupa terutama bab sifat2 bunyi huruf. Terasa seperti baru bertatih semula. Itulah dia anak2..ilmu kalau tidak kita praktikkan begitulah jadinya. Mudahnya ia hilang dari ingatan kita. Ambil pengajaran dari pengalaman ibu hari ni. Ilmu yang kita dapat  terutama sekali ilmu agama, rajin2lah diulang2 dan dipraktikkan selalu. Tidak ada istilah rugi dalam pencarian ilmu kerana ia tidak akan pernah berkurang melainkan bertambah jua. Ilmu yang kita ada sekarang ini hanyalah setitis daripada selautan ilmu Allah. Kejarlah..carilah..selongkarlah sebanyak mungkin..tidak akan ada ruginya. Namun, dalam dunia serba maju dan moden ini, hati2 anakku. Cari ilmu yang bermanfaat..jangan dicari yang merosakkan. Kita manusia ini, dikurniakan Allah akal fikir dan hati budi yang luhur...maka berfikirlah..gunakan di jalan kebaikan, bukan keburukan.. Ingat tu  yer sayang..

No comments:

Post a Comment