Monday 15 March 2010

Hadiah kasih sayang

Hari ini barangkali hari yang paling menggembirakan buat puteri cantik manis ibu, Nurin umaira. Berbulan2 dia menahan perasaan bila setiap kali ibu beralasan " Nanti sayang, kalau ada rezeki, nanti kita beli". " Insyallah kakak, one day u will get it" dan macam2 ayat power lagi yang ibu beri untuk menyabarkan dia. Nampaknya mmg rezeki nurin hari ni. Walaupun sekadar barang second hand, tapi suka sangat2 dia. Mujur jugak dia sendiri ternampak benda tu di atas meja seller di carboot Wetherby pagi tadi. Masa dia nampak, ada sorang mat saleh yang tgh menawar harga. Nurin bisik pada ibu, "mummy i want that thing" . Ibu kata "sabar..kalau dia tak jadi beli, kita beli yer". Dia pun dengan penuh harapan berdiri di sebelah mat saleh tu menyaksikan scene tawar menawar. Bila mat saleh tu blah, terserlah muka seronok Nurin. Yeayy..!! dia kata..  So, turn ibu la pulak menawar harga tapi sikit pun tak boleh kurang. Memikirkan inilah benda yang sgt2 dia harapkan dari bulan ke bulan, dan agaknya mmg nak jadi rezeki Nurin sebab ibu bawak duit lebih hari ni, maka ibu pun beli aje lah NINTENDO DS kegilaan Nurin tu.. Bukan main happy Nurin. Dia cakap "mummy, u are the best mum i ever had".. hahaha.. kelakar la pulak.. macam la awak ada byk ibu kakak oii.. sabar je lah.. Bila di carboot Rufforth (hehe..meriah sungguh acara bercarboot ibu hari ni), ada pulak seller yang jual perkakasan games. Ibu tgk ada charger kereta untuk DS tu so ibu fikir baik beli in case pegi jalan mana2 nanti anak2 ibu boleh main game dlm kereta. Bila di check balik dgn model DS yang ibu beli, laaaa barulah perasan rupa2nya console DS yang ibu beli tadi antara model yang bagus. Ingatkan cikai2 jer.. and terkejut ibu tgk harga DS yang sama di Rufforth 35 pound lebih mahal dari yang ibu beli di Wetherby tu. Alhamdulillah..rezeki Nurin. Memandangkan ada lebihan budget untuk hadiah Nurin ni, ibu beli another 2 extra games. Melompat2 suka anak2 ibu. Dalam kereta Nurin and Nazrin bergilir2 lima minit sorang mencuba permainan baru.

Anak, ibu mahu kamu tahu bahawa kasih sayang ibu tak boleh diukur dgn hadiah atau wang ringgit. Kasih sayang ibu jauh lebih tinggi nilainya berbanding apa saja harta dunia. Ingat sayang, hidup ini tidaklah begitu mudah. Dalam setiap liku2 kehidupan yang perlu kalian lalui, pasti ada ujian dan dugaannya, namun kasih sayang yang mengikat kukuh rasa hati kita akan memudahkan perjalanan itu. Andai satu masa nanti kalian tersungkur, bangunlah dengan berani..teruskan langkahmu..Jangan takut kerana ibu sentiasa menjaga kamu. Ketahuilah, doa seorang ibu tidak berhijab dan doa ibu kamu ini sentiasa mengiringi langkahmu..tanpa gagal. Anak-anak..ibu sayang kamu semua...ikhlas, tidak bersyarat..dunia dan akhirat..

No comments:

Post a Comment