Salam pagi Selasa...hari ni entah angin apa yg melanda, rasa telebih rajin plak nak menulis... sambil2 tunggu time nak pg kelas ni, meh kita membebel sikit... mak ni bukan apa, 2-3 hari ni bila bukak fb tak habis2 orang dok cakap pasal isu boikot mc d. Kalau satu dua status yg bg komen isu tu kira boleh baca lagi...tapi kalau dah berlambak, pastu dengan komen2 yang macam 'ko ni sebenarnya faham ke tidak isu ni, ke ko sesajer nak nampak up to date sebab semua org tgh kecoh pasal boikot mc d n ko pun nak join sekaki jugak..??' hadoyaii...ni la yang orang tua-tua cakap, sebab mulut badan binasa ni... hehe... well, yes isu palestin ni bukan something yg kita boleh pandang remeh. It is something yang kita perlu ambik berat dan beri sokongan sepenuhnya (sepatutnyalah...). Sebab walau apapun keadaannya isu yang melibatkan agama dan kemanusiaan sejagat apatah lagi melibatkan saudara seagama, maka haruslah kita bertindak sewajarnya. Ibarat cubit paha kanan, paha kiri terasa juga... Akur bahawa setiap individu ada cara tersendiri dalam menyatakan pendirian masing2. Akur juga bahawa hak untuk bertindak itu adalah kepunyaan peribadi...ikut kitalah asalkan tidak melanggar syariat. Demikian juga halnya dengan isu boikot mc donald ni...ada yang sgt beriya-iya sampaikan habis dikutuknya orang2 lain yang pegi beratur amik burger free tu...tak pasal2 dalam pada niat nak menyokong perjuangan saudara2 kita di Palestin sana, yang menjanjkan pahala, dah jadi satu dosa lain plak sebab menempelak orang sesuka hati. And pada yang beratur pi amik burger tu pulak, kita tau ke hati perut dan niat mereka..? Mungkin ada yang beranggapan, 'dah bagi free, aku amik la...rezeki jgn ditolak..' mungkin jugak ada yang fikir 'baik pegi amik jer...dah dia baik hati sgt nak bagi..duit makan aku hari ni boleh aku gi derma kat mana2 pertubuhan yang membantu palestin ' or maybe jugak ada yang fikir 'ada aku kisah orang nak boikot ke apa...yang aku derma secara tetap tiap2 bulan tu pun dah kira bagus..apa nak kecoh2'. See, terlalu banyak interpretasi yang boleh di ambil kira dari satu senario and it is all depends on perceptions.
Pada aku, isu boikot- memboikot ni bukan isu baru. Ianya isu tenggelam timbul. Bila bumi Palestin dihujani bom, bila Yahudi bertndak ganas, masa tu lah semangat berkobar2. Nak boikot Mc D..nak boikot coca-cola and macam2 jenis boikot lagi. Pendek kata mmg pantang la tercuit isu Palestin kira mmg melenting sakanlah kita. Tapi perasan tak, bila Yahudi senyap..bila media senyap, kita pun senyap macamkan kesakitan dan penderitaan umat Islam Palestin tu pun lenyap begitu saja. Padahal semua maklum bahawa penderitaan dan kekejaman yang terpaksa diharungi itu bukan bernoktah begitu saja. Terlalu banyak rentetan kesakitan kesan peperangan sama ada dari segi fizikal, mental mahupun spiritual. Tapi di mana kita di masa-masa isu ini reda. Adakah semangat dan sokongan yang ditunjukkan sama panas bahangnya..?
Perjuangan menentang Yahudi sudah termaktub dalam kitab Allah sejak lama dulu. Sudah dinyatakan perihal kekejaman ini dengan jelasnya. Tinggal lagi sejauh mana kita menyahut seruan untuk sama-sama menyokong dan mendokong perjuangan Islam dan melawan anasir jahat ini. Sokongan, bantuan dan perjuangan biarpun sedikit asalkan istiqamah pasti ada ganjaran dari Allah sama ada diperlihatkan dengan jelas kepada kita atau tetap terus menjadi rahsia yang Khalik untuk DIA menetapkannya. Semudah-mudah berdoa atau semampu-mampu menderma, hulurkan bantuan dengan keikhlasan.Itu paksi keberkatan. Maka tak perlulah mengetuk tong kosong terlalu bising..buat digelak dek orang jer sudahnya. Kerana yang hanya nampak di mata (at least kat mata mak ni ha..) hanyalah semangat ' hot hot chicken shit' adanya.
when i feel like mumbling, i can be anything.. from the ocean to the outer space, i can be in between. From the sengal friend to the strict mummy, i can be witty. well, i'm just being me..!
Tuesday, 20 November 2012
Monday, 19 March 2012
Dia nak datang...!!
Ok, last 2 weeks dpt email dari Ibrahim. Katanya dia n family nak dtg Malaysia lagi. Kali ni diorang akan stay lebih kurang 2 minggu kot sebab dia ada meeting kat IJN and somemore ada wedding ceremony. Ibrahim asking to see me....of course aku akan cuba penuhi pelawaan dia. Must be a lots new updates nak kena catch up.. Btw, Ibrahim adalah kawan Mat saleh yg aku kenal masa duduk UK dulu. Actually aku nyaris dah nak kawin dengan dia. Tapi jodoh tak cukup kuat kott...Agaknya kalau jadi, silap2 aku dah ada 2 anak comey-comey mata biru....hahaha..verangan..!! Apapun, dia sangat baik orangnya. Walaupun antara kami hanya sempat dating few times, and then takde apa-apa, but we remains as a good friend. Ibrahim antara manusia yang percayakan aku sepenuh hati dan dia pernah tolong aku dalam satu masalah yg agak besar juga.. for that, aku bersyukur sgt ada kawan yg macam dia...
Katanya nak jumpa aku ptg ni...tapi takde call apa pun lagi...haiiiihh..entah jadi entahkan tidak ni...
Katanya nak jumpa aku ptg ni...tapi takde call apa pun lagi...haiiiihh..entah jadi entahkan tidak ni...
Saturday, 17 March 2012
2nd place for Tarian Cina
Well, malam tadi telah berlangsung pertandingan bagi bagi kategori tarian tradisional Cina dan India untuk Festival Seni 2012. KK8 hantar penyertaan untuk kedua-dua kategori ni. And aku pun mengangkut anak-anak pi tgk anak-anak buah bertanding. Memberi sokongan padu kekdahnya kannnn... Overall, happy dengan effort dan komitmen yang ditunjukkan. They were doing it soooo well.. aku tau diorang mmg dah all out malam tadi.
Result time..!! KK8 dalat tempat kedua bagi tarian cina.....happpyyyyyy..!!! frankly, mmg aku menaruh harapan lebih sikit pada group ni. they were very consistent through out the training session and mmg nampak persediaan towards Feseni tu dah dibuat sejak awal lagi. They deserve to win..!! Bagi tarian India, kami tak dpt apa2 tempat... ok, agak sedih di situ tapi its ok..they already do the best... yg penting dapat pengalaman yg sangat berharga. The rest of the result aku tak tau, sebab sebelum pengumuman lagi kami anak-beranak dah kuar dewan. Lapar tahap kebulur kowttt.... maka berderet-deretlah kami pegi menziarahi Mapley SS14. Anak-anak teringin laksa
Result time..!! KK8 dalat tempat kedua bagi tarian cina.....happpyyyyyy..!!! frankly, mmg aku menaruh harapan lebih sikit pada group ni. they were very consistent through out the training session and mmg nampak persediaan towards Feseni tu dah dibuat sejak awal lagi. They deserve to win..!! Bagi tarian India, kami tak dpt apa2 tempat... ok, agak sedih di situ tapi its ok..they already do the best... yg penting dapat pengalaman yg sangat berharga. The rest of the result aku tak tau, sebab sebelum pengumuman lagi kami anak-beranak dah kuar dewan. Lapar tahap kebulur kowttt.... maka berderet-deretlah kami pegi menziarahi Mapley SS14. Anak-anak teringin laksa
Friday, 16 March 2012
Nikmat sihat
Salam. hari ni baru nak boleh bangun dan rasa bernyawa sikit. Semalam most of the time aku just baring n tido n baring n tido sepanjang hari. Kalau bangun rasa dunia berpusing 360'. Ini kali kedua aku demam dan lemau satu badan dalam tempoh seminggu.Last week dah demam dah tapi dalam 2hari dah ok.
Inilah namanya ujian. Perit rasanya kalau nikmat sihat ditarik balik walaupun sekejap. Bila badan memboikot tuan macam ni baru la nak terfikir, selama ni Allah bagi kesihatan yang baik adakah cukup aku mensyukurinya... Emm.. rasanya adala sikit kot tapi yang lebih banyaknya adalah 'take for granted'... membiarkan hari berlalu tanpa rasa. Bila sakit barulah tersedar bahawa ujian Allah itu datang dalam keadaan yang tidak dijangka. Maka seharusnya sebagai hamba, aku seharusnya sentiasa menyediakan diri dan hati untuk terima apa saja ujian dalam apa jua keadaan dengan penuh redho dan keikhlasan. Bila sakit barulah tahu memikirkan nasib orang lain yang mengidap 1001 jenis penyakit di dunia ni. Aku baru pening lalat bila demam.. macam mana pula org lain yang bergantung hidup pada mesin.....yang bergantung pada ubat-ubatan... yang bergantung pada entah apa jenis terapy...dan macam-macam lagi....
Sakit yang melibatkan tubuh badan barangkali kesakitan yang lebih senang ditangani. Makan ubat + rehat secukupnya, insyallah tubuh akan kembali bekerja seperti biasa. Tapi bagaimana pulak nak menangani sakit hati ek.. ? kalau hati di dalam sebu jer dengan kesakitan yang tak tertanggungkan, itu pun dah termasuk kategori nikmat sihat yang ditarik balik kan...? ermm..untuk kesakitan yang sebegini, selalunya memerlukan perhatian rohani. Orang yang selalu sakit hati adalah orang yang tidak ikhlas atau mungkin juga tidak redha dengan apa yang menyebabkan dia sakit tu.. kalau dia terima 'kesakitan' itu sebagai satu cubitan halus untuk mengingatkannya kembali tentang hakikat kehidupan, mesti sakit itu tidaklah terasa sangat. Aku sendiri kalau ada masa-masa yang mula nak terasa sakit yang kategori ni, first thing aku buat ialah tarik nafas panjang2 dan istigfar banyak2. Selalunya berkesan sebab dalam sekejapan entah ke mana menghilangnya rasa sakit hati tu.... Tak rugi untuk selalu memusing keadaan kepada sesuatu yang lebih positif...berfikir yang baik-baik tentang apa saja ujian mendatang dan paling penting ikhlas terima ujian itu....kerana yang akan mendapat nikmat kebaikannya di kemudian hari, bukanlah org lain... tetapi diri sendiri jugak kan..! Cakap memang senang, tapi nak melakukannya bukan mudah... betul tu..! tapi ada juga pepatah yang mengatakan..hendak seribu daya...
apa benda la aku membebel ni... dari cerita demam dah jadi sesi motivasi plak ek... hentam sajalah labuuu....heh..heh..
Tuesday, 21 February 2012
Cabaran Menu Sihat
breakfast: karipap 1 biji
snack : 3 sudu kek batik
lunch : nasi sesenduk + sayur2 + telur masin (yg x masin langsung)
aktiviti:
jogging 15 mi
rowing machine 10 min
Sunday, 29 January 2012
Belum bertajuk
Catitan waktu mengisi ruang kebosanan
Redup rasa yang menjerut
Memintal halus untaian sepi
menjadi tali-tali sunyi
Menyakitkan....
Irama alam kaku beku
Dalam teriakan selepas gerimis
seperti tahu makna pilu
yang mencakar-cakar kalbu
gugur lagi airmataku
Esok mentari muncul lagi
Akan ku hirup sinar hangatnya
Dakaplah hati sayuku
Kembalikan riangnya
Ubatkan rindu ini..
Redup rasa yang menjerut
Memintal halus untaian sepi
menjadi tali-tali sunyi
Menyakitkan....
Irama alam kaku beku
Dalam teriakan selepas gerimis
seperti tahu makna pilu
yang mencakar-cakar kalbu
gugur lagi airmataku
Esok mentari muncul lagi
Akan ku hirup sinar hangatnya
Dakaplah hati sayuku
Kembalikan riangnya
Ubatkan rindu ini..
Wednesday, 2 November 2011
New challenge has come...:)
Kebetulan Lyana mengajak kami semua join Penang Bridge Run. Masa mula2 aku mmg tak amik port pun... tak minatla acara berlari2 riang tapi penat setengah nak mamps ni... aku lagi suka main bola...tak kiralah bola jaring ker..bola tampar ker.. bowling kerr.. takpun karom pun aku layann... tapi, jogging...?? running...?? ewwww...!! Dek kerana desakan hati yang memaksa aku supaya kembali bersukan dan berdiet demi membuang lemak2 tepu yang sayang sangat kat aku ni, maka aku pun bagitau Lyana aku nak join jugak.. tu pun dah hari last registration baru aku terhegeh-hegeh nak register. Dah la takde online banking nak buat bayaran, kecoh pulak la mencari kengkawan mintak tolong registerkan. Last2 pukul 11.30 malam Lyana tolong setelkan semua urusan.. thx L...!!
Sekarang satu masalah baru plak timbul... kena mencari balik semangat untuk start jogging and build up stamina + muscles. Latihan pertama bermula di Tasik Perdana. Dengan semangat waja aku jogging keliling tasik tu. Baru 2 round setengah dah pancit. Tapi ada 2 perkara best aku dapat bila ke Tasik Perdana. Pertama, aku dapat satu port yg sgt best utk jadi 'my own place'. Di tepi tasik, ada itik2 putih berenang, ada 3 water fauntain yang cantik dan paling best kalau pegi pagi2 buta, bila time matahari naik, cahaya dia menyimbah tu mmg mabeles..cam dalam filem..!! Lepas penat pusing tasik, kat sinilah aku berhenti streching and sambung dgn sesi layan jiwa. Perkara kedua yang aku suka bila ke Tasik Perdana ialahhh...heh..heh.. akan ada aktiviti menjamu mata... kuang3... bab ni tak leh cerita lebih2...sapa nak tau kena pegi jogging kat Tasik Perdana di petang minggu... hahaha...Selepas percubaan pertama jogging jarak jauh ni, nak tau apa komplikasi dia..?? Huhuuu..kesakitan yang teramat sangat..!! Otot perut aku jadi keras semacam.. nak pusing kiri kanan pun seksa.. belum campur dengan muscle pain kat betis, kat kaki, kat lengan..pendek citer satu badan sakit la kiranya...!! Jenuh aku memujuk semangat diri sendiri..
Sekarang, after about 10 days start dgn rutin berjogging ni, everything seems to be good.. Even aku rasa lebih energetic. Malam2 lebih senang nak tido dengan lenanya (siap mimpi gi tgk Jaclyn Victor nyanyi lagi malam tadi), lebih senang bangun subuh (maka aku berjaya mengurangkan kadar subuh gajah ku...yeayyy..) dan boleh tgk cermin dengan perasaan yang lebih seronok walaupun kalau ditimbang, berat aku masih dok macam tu jugak...hehehe.. takper positive thinking.. aku bukan nak kurus serta-merta pun...aku nak lebih sihat sket dan ada muscle ketul2 sket dan nampak lebih slender sket dan lebih aware dengan food intake dannn kalau lebih slim pun apa salahnya...ahakkks..:p
Citer panjang2 pun buat orang menyampah.. baru berjogging sket nak kecoh se alam maya... hehee.. ada aku kesah..? apapun, another 18 days to go... my project anak marathon is under progress... i choose this experience and i will make it as beautiful and meaningful ever... aja aja fighting Cikseri..!!
Mari kita amik 'bau' dulu...
This is the event...tapi aku join yg kategori 'anak' marathon jeww... takper, starting point..!!
Perut 6 packs tuuuuu.... Kellass ko Jah...!!
erkkk... harap2 aku tak jadi gini nanti.... ngeeee...
sebab aku nak jadi gini....yeayyyy...!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)






