Ok, last 2 weeks dpt email dari Ibrahim. Katanya dia n family nak dtg Malaysia lagi. Kali ni diorang akan stay lebih kurang 2 minggu kot sebab dia ada meeting kat IJN and somemore ada wedding ceremony. Ibrahim asking to see me....of course aku akan cuba penuhi pelawaan dia. Must be a lots new updates nak kena catch up.. Btw, Ibrahim adalah kawan Mat saleh yg aku kenal masa duduk UK dulu. Actually aku nyaris dah nak kawin dengan dia. Tapi jodoh tak cukup kuat kott...Agaknya kalau jadi, silap2 aku dah ada 2 anak comey-comey mata biru....hahaha..verangan..!! Apapun, dia sangat baik orangnya. Walaupun antara kami hanya sempat dating few times, and then takde apa-apa, but we remains as a good friend. Ibrahim antara manusia yang percayakan aku sepenuh hati dan dia pernah tolong aku dalam satu masalah yg agak besar juga.. for that, aku bersyukur sgt ada kawan yg macam dia...
Katanya nak jumpa aku ptg ni...tapi takde call apa pun lagi...haiiiihh..entah jadi entahkan tidak ni...
when i feel like mumbling, i can be anything.. from the ocean to the outer space, i can be in between. From the sengal friend to the strict mummy, i can be witty. well, i'm just being me..!
Monday, 19 March 2012
Saturday, 17 March 2012
2nd place for Tarian Cina
Well, malam tadi telah berlangsung pertandingan bagi bagi kategori tarian tradisional Cina dan India untuk Festival Seni 2012. KK8 hantar penyertaan untuk kedua-dua kategori ni. And aku pun mengangkut anak-anak pi tgk anak-anak buah bertanding. Memberi sokongan padu kekdahnya kannnn... Overall, happy dengan effort dan komitmen yang ditunjukkan. They were doing it soooo well.. aku tau diorang mmg dah all out malam tadi.
Result time..!! KK8 dalat tempat kedua bagi tarian cina.....happpyyyyyy..!!! frankly, mmg aku menaruh harapan lebih sikit pada group ni. they were very consistent through out the training session and mmg nampak persediaan towards Feseni tu dah dibuat sejak awal lagi. They deserve to win..!! Bagi tarian India, kami tak dpt apa2 tempat... ok, agak sedih di situ tapi its ok..they already do the best... yg penting dapat pengalaman yg sangat berharga. The rest of the result aku tak tau, sebab sebelum pengumuman lagi kami anak-beranak dah kuar dewan. Lapar tahap kebulur kowttt.... maka berderet-deretlah kami pegi menziarahi Mapley SS14. Anak-anak teringin laksa

Friday, 16 March 2012
Nikmat sihat
Salam. hari ni baru nak boleh bangun dan rasa bernyawa sikit. Semalam most of the time aku just baring n tido n baring n tido sepanjang hari. Kalau bangun rasa dunia berpusing 360'. Ini kali kedua aku demam dan lemau satu badan dalam tempoh seminggu.Last week dah demam dah tapi dalam 2hari dah ok.
Inilah namanya ujian. Perit rasanya kalau nikmat sihat ditarik balik walaupun sekejap. Bila badan memboikot tuan macam ni baru la nak terfikir, selama ni Allah bagi kesihatan yang baik adakah cukup aku mensyukurinya... Emm.. rasanya adala sikit kot tapi yang lebih banyaknya adalah 'take for granted'... membiarkan hari berlalu tanpa rasa. Bila sakit barulah tersedar bahawa ujian Allah itu datang dalam keadaan yang tidak dijangka. Maka seharusnya sebagai hamba, aku seharusnya sentiasa menyediakan diri dan hati untuk terima apa saja ujian dalam apa jua keadaan dengan penuh redho dan keikhlasan. Bila sakit barulah tahu memikirkan nasib orang lain yang mengidap 1001 jenis penyakit di dunia ni. Aku baru pening lalat bila demam.. macam mana pula org lain yang bergantung hidup pada mesin.....yang bergantung pada ubat-ubatan... yang bergantung pada entah apa jenis terapy...dan macam-macam lagi....
Sakit yang melibatkan tubuh badan barangkali kesakitan yang lebih senang ditangani. Makan ubat + rehat secukupnya, insyallah tubuh akan kembali bekerja seperti biasa. Tapi bagaimana pulak nak menangani sakit hati ek.. ? kalau hati di dalam sebu jer dengan kesakitan yang tak tertanggungkan, itu pun dah termasuk kategori nikmat sihat yang ditarik balik kan...? ermm..untuk kesakitan yang sebegini, selalunya memerlukan perhatian rohani. Orang yang selalu sakit hati adalah orang yang tidak ikhlas atau mungkin juga tidak redha dengan apa yang menyebabkan dia sakit tu.. kalau dia terima 'kesakitan' itu sebagai satu cubitan halus untuk mengingatkannya kembali tentang hakikat kehidupan, mesti sakit itu tidaklah terasa sangat. Aku sendiri kalau ada masa-masa yang mula nak terasa sakit yang kategori ni, first thing aku buat ialah tarik nafas panjang2 dan istigfar banyak2. Selalunya berkesan sebab dalam sekejapan entah ke mana menghilangnya rasa sakit hati tu.... Tak rugi untuk selalu memusing keadaan kepada sesuatu yang lebih positif...berfikir yang baik-baik tentang apa saja ujian mendatang dan paling penting ikhlas terima ujian itu....kerana yang akan mendapat nikmat kebaikannya di kemudian hari, bukanlah org lain... tetapi diri sendiri jugak kan..! Cakap memang senang, tapi nak melakukannya bukan mudah... betul tu..! tapi ada juga pepatah yang mengatakan..hendak seribu daya...
apa benda la aku membebel ni... dari cerita demam dah jadi sesi motivasi plak ek... hentam sajalah labuuu....heh..heh..
Tuesday, 21 February 2012
Cabaran Menu Sihat
breakfast: karipap 1 biji
snack : 3 sudu kek batik
lunch : nasi sesenduk + sayur2 + telur masin (yg x masin langsung)
aktiviti:
jogging 15 mi
rowing machine 10 min
Sunday, 29 January 2012
Belum bertajuk
Catitan waktu mengisi ruang kebosanan
Redup rasa yang menjerut
Memintal halus untaian sepi
menjadi tali-tali sunyi
Menyakitkan....
Irama alam kaku beku
Dalam teriakan selepas gerimis
seperti tahu makna pilu
yang mencakar-cakar kalbu
gugur lagi airmataku
Esok mentari muncul lagi
Akan ku hirup sinar hangatnya
Dakaplah hati sayuku
Kembalikan riangnya
Ubatkan rindu ini..
Redup rasa yang menjerut
Memintal halus untaian sepi
menjadi tali-tali sunyi
Menyakitkan....
Irama alam kaku beku
Dalam teriakan selepas gerimis
seperti tahu makna pilu
yang mencakar-cakar kalbu
gugur lagi airmataku
Esok mentari muncul lagi
Akan ku hirup sinar hangatnya
Dakaplah hati sayuku
Kembalikan riangnya
Ubatkan rindu ini..
Wednesday, 2 November 2011
New challenge has come...:)
Kebetulan Lyana mengajak kami semua join Penang Bridge Run. Masa mula2 aku mmg tak amik port pun... tak minatla acara berlari2 riang tapi penat setengah nak mamps ni... aku lagi suka main bola...tak kiralah bola jaring ker..bola tampar ker.. bowling kerr.. takpun karom pun aku layann... tapi, jogging...?? running...?? ewwww...!! Dek kerana desakan hati yang memaksa aku supaya kembali bersukan dan berdiet demi membuang lemak2 tepu yang sayang sangat kat aku ni, maka aku pun bagitau Lyana aku nak join jugak.. tu pun dah hari last registration baru aku terhegeh-hegeh nak register. Dah la takde online banking nak buat bayaran, kecoh pulak la mencari kengkawan mintak tolong registerkan. Last2 pukul 11.30 malam Lyana tolong setelkan semua urusan.. thx L...!!
Sekarang satu masalah baru plak timbul... kena mencari balik semangat untuk start jogging and build up stamina + muscles. Latihan pertama bermula di Tasik Perdana. Dengan semangat waja aku jogging keliling tasik tu. Baru 2 round setengah dah pancit. Tapi ada 2 perkara best aku dapat bila ke Tasik Perdana. Pertama, aku dapat satu port yg sgt best utk jadi 'my own place'. Di tepi tasik, ada itik2 putih berenang, ada 3 water fauntain yang cantik dan paling best kalau pegi pagi2 buta, bila time matahari naik, cahaya dia menyimbah tu mmg mabeles..cam dalam filem..!! Lepas penat pusing tasik, kat sinilah aku berhenti streching and sambung dgn sesi layan jiwa. Perkara kedua yang aku suka bila ke Tasik Perdana ialahhh...heh..heh.. akan ada aktiviti menjamu mata... kuang3... bab ni tak leh cerita lebih2...sapa nak tau kena pegi jogging kat Tasik Perdana di petang minggu... hahaha...Selepas percubaan pertama jogging jarak jauh ni, nak tau apa komplikasi dia..?? Huhuuu..kesakitan yang teramat sangat..!! Otot perut aku jadi keras semacam.. nak pusing kiri kanan pun seksa.. belum campur dengan muscle pain kat betis, kat kaki, kat lengan..pendek citer satu badan sakit la kiranya...!! Jenuh aku memujuk semangat diri sendiri..
Sekarang, after about 10 days start dgn rutin berjogging ni, everything seems to be good.. Even aku rasa lebih energetic. Malam2 lebih senang nak tido dengan lenanya (siap mimpi gi tgk Jaclyn Victor nyanyi lagi malam tadi), lebih senang bangun subuh (maka aku berjaya mengurangkan kadar subuh gajah ku...yeayyy..) dan boleh tgk cermin dengan perasaan yang lebih seronok walaupun kalau ditimbang, berat aku masih dok macam tu jugak...hehehe.. takper positive thinking.. aku bukan nak kurus serta-merta pun...aku nak lebih sihat sket dan ada muscle ketul2 sket dan nampak lebih slender sket dan lebih aware dengan food intake dannn kalau lebih slim pun apa salahnya...ahakkks..:p
Citer panjang2 pun buat orang menyampah.. baru berjogging sket nak kecoh se alam maya... hehee.. ada aku kesah..? apapun, another 18 days to go... my project anak marathon is under progress... i choose this experience and i will make it as beautiful and meaningful ever... aja aja fighting Cikseri..!!
Mari kita amik 'bau' dulu...
This is the event...tapi aku join yg kategori 'anak' marathon jeww... takper, starting point..!!
Perut 6 packs tuuuuu.... Kellass ko Jah...!!
erkkk... harap2 aku tak jadi gini nanti.... ngeeee...
sebab aku nak jadi gini....yeayyyy...!!!
Thursday, 14 July 2011
Semoga ayah cepat sembuh...
Semalam masa tgh tunggu Nurin n Nazrin keluar sekolah, En Daddy ada call Izhan.. lepas dua beranak tu dah bersembang pung pang pung pang, aku dengar En Daddy cakap dia nak balik kampung sebab Wan nak kena pegi hospital. Owhh..baru teringat last week En daddy ada msg bagitau pasal bekas ayah mentuaku itu tgh tak berapa sihat skrg ni.. Aku pun rebut tipon dari Izhan sebab nak tau sangat apa cerita sebenarnya pasal ayah ni.
En Daddy bagitau lately ni ayah selalu sakit dada.. So bila pi check doktor, sah kata ada sakit jantung. So esok diorang nak bawak ayah pi Hospital Sg. petani untuk buat proper check up.. Aku risau sangat sebab aku sayanggg sangat kat ayah. Walaupun antara aku dengan En Daddy dah berpisah, tapi pada aku hubungan dengan mak n ayah sana aku tetap jaga sampai bila2.. They were such a wonderful person.. Rasanya payah la untuk aku jumpa mak dan ayah mentua yang sebaik dan sesporting diorang... Ok, back tu the story, hari ni aku msg adik (adik bongsu En. Daddy) utk tau keadaan ayah.. Adik cakap nanti dia explain tapi ada bad news sikit...huhuhuuu..hati aku bertambah gundah gulana bila dgr ada bad news.. kenapa..?? what happen..?? tell me the story la...!! tapi aku paham, maybe diorang masih bz di hospital. So, ptg tadi sementara tggu Nurin n Nazrin kuar sekolah, aku call En. Daddy... katanya ayah kena menjalani operation.. aku tak paham sgt apa yg dia terangkan sebab hati dan kepala otak dok pikir..hahh..?? operation...?? Katanya ada blocked pada blood vessel ke apa tah.. n kena buat bypass operation kat IJN... Doctor cakap kos maybe dalam 30-40k..mak aihh..byknyerr...!! Harap2 dipermudahkan jalan untuk ayah menjalani operation tu... kali ni aku sedih sikit sebab rasa cam...alahaiii..kalaulah aku ni kaya, aku tanggung semua kos tu..sebab aku pun nak berbakti pada ayah walaupun aku ni sekadar orang luar sekarang..apakan daya, hidup aku sendiri pun masih tak berapa stabil lagi...makanya, yang pasti aku akan bantu ayah dari segi doa-doa. Manalah tau kot-kot ada kebaikan yang penah aku buat dan menjadi penyebab untuk Allah memberi sesuatu kepada aku, maka aku nak mintak sihatkanlah ayah kembali seperti sedia kala...
Tapi nak jadi cerita malam ni sempat bersms dgn Yani, member opis aku yang mana ayah dia pun sakit jantung n tgh buat treatment kat IJN.. katanya semua kos boleh dicover aka FOC kalau isteri atau anak2 keje gomen... alhamdulillah..Allah beri kemudahan dari segi itu.. semoga semua urusan merawat ayah dipermudahkan Allah.. u guys, tolong doakan yer untuk bekas ayah mentua yang aku sayang.. Haji Ghazali Bin Hashim.. semoga ayah cepat sembuh..

Subscribe to:
Posts (Atom)