Sunday, 17 April 2011

sessi recharge lagi-MARKETING POWER..!!

Ahad 17/4/2011.

Selalunyer kalau hari Ahad adalah hari bersenang lenang..hari utk lepak2 depan tv sambil layan paper n nasik lemak bungkus.. Tapi hari ni pagi buta aku dah angkut mak n bapak gi Cheras. Tujuannya hanya satu..kami akan menyertai Seminar Marketing Power yang disampaikan oleh Dr Azizan.. yerpp..HIM AGAIN...!! cos i like Dr Azizan so much.. i adore him so sooo much.. and he has lots and lots and lots to give... and i'm more than willing to accept.. Disebabkan hari ni aku membawa 2 orang warga emas yang sgt aku cintai, maka dapatlah peluang memilih tempat duduk di depan...Alhamdulillah, sekurang-kurangnya mak dan bapak selamat dari berhimpit2 bila pintu masuk dibuka kalau kami masuk bersama crowd yang lain..
Pengisian hari ni boleh dikatakan kelas intro untuk ilmu pemasaran yang lebih meluas.. tapi dalam pada intro-intro pun, byk benda yang aku belajar...byk benda baru yg aku dapat..contohnya tentang kuasa yakin diri bahawa diri kita ini pakar itu dan pakar ini... Bila tahu apa kepakaran kita, barulah boleh letak nilai yang tinggi pada diri sendiri... Aku bangga dan rasa bertuah dapat peluang pegang mic dan berinteraksi dengan dia. Walaupun dia tembak aku terang-terang tapi aku redha sebab aku tahu, niat dia cuma untuk mengajar yang terbaik untuk anak-anak murid dia.. u guys yang masih ingat, sayalah yang ditempelak kerana try test market nak mintak sesuatu daripada Dr Azizan tadi... hehehe.. sebenarnya, nak mintak bersalam dgn dia jer atau tulis something personally from his own handwriting dalam buku nota saya.... Guru kita kena hormat kan.. ! Tapi nampaknya, hari ni tak kesampaian.. Apapun, puas hati dapat luangkan masa untuk seminar yang sgt2 bagus ni..and lebih best bila dapat bawak mak dan bapak bersama-sama.. aku anggap ini sebagai pengzahiran masa kualiti hanya utk kami bertiga dengan pengisian ilmu yg baik. Lama dah tak dating bertiga-tigaan dengan diorang macam ni. Aku harap, bisnes mak dan bapak pun akan bertemu pintu ke arah kejayaan yang lebih besar.. Tadi dah register utk advance class in May.. Can't waitt..!! MESTI lagi POWER...!!  yeayyy...
Terima kasih Dr..sebanyak-banyak bintang di langit..!! wooo...wooo..

Wednesday, 13 April 2011

My 101 wish list

Aku mula terjebak dalam dunia buku2 motivasi ni sejak thn 2009. Sebelum tu just baca sikit2 ruangan2 motivasi dalam majalah or tgk Dr Fadzillah Kamsah membebel dalam TV. But, in the early months of 2009, entah macam mana terpikat dgn clip The Secret dalam youtube. Tak puas hati dengan video sekerat tu, maka aku berusaha gi cari VCD yang complete and jumpa sekali dgn bukunya yang meletop kebabom tu.. so, thats the start of my obsession on motivational thingy.. i've been exploring Law of Attraction, Subconscious Mind thingy, Jack Canfield, Bob Proctor, Oprah's website, ELT technic and the list goes on.. That is how i survived myself through out the nightmare journey, in the middle of nowhere, alone... after divorced. And of course with lots and lots of prayers and doas and solat malam..

However, i'm just an imperfect person. Bila semangat tgh menggebu-gebu, everything seems easy to me, tapi bila down mulalah the small-little-voice tu nak bikin jiwakacau... its normal la kannn.. ! So, its become an up and down process every now and then. Lately i'm back into positive momentum track. Syukur Alhamdulillah, kali ni dah upgrade skit. Aku dah jumpa mentor yg sgt hebat utk tolong guide aku. He is the most adorable man i ever met in this world.. Serius..dia sgt hebat.. !! and to complete my homework from the IMKK program, i want to share my 101 wish list with u all. This list has been started in 2009 and i have achieved some of it..

 In random order;
1. Finish report, chapters and Phd Thesis by 2011 and become Dr Rozita - on going but nearly there..:)
2. DSLR D80/D90 - done, i bought Canon EOS 450D
3. Kereta hitam yang cantik - Harrier or Lexus
4. Catering services
5. My own bungalow
6. Publish papers local/international
7. Menulis buku antologi puisi - dah start
8. Menulis buku motivasi - dah start
9. Jaga spiritual, jaga iman, jaga solat - ongoing n never ending process
10. Become a consultant for malay arts and culture
11. Brilliant kids - few achievements already
12. Kedai makan sendiri
13. Bakery sendiri - Buddies Delight in progress
14. Have my own company - wedding planner, catering, photography
15.Savings - 500k by 2016
16. Millionaire - the soonest possible
17. Beli tanah - i aim for tanah depan rumah mak
18. Beli rumah - kondominium with pool and Semi-D with 5 rooms
19. Bawak mak, pak n acik go for umrah/haji
20. Bungee jumping - target New Zealand.
21. Acne free - getting better fr time to time
22. Cuti2 Malaysia every 3 months.
23. Cuti2 world - target: Paris, Venice, Taj Mahal, Switzerland
24. Debt free by 2012
25. Re-marry - in progress..;)
26. 2 more kids - i want daughters
27. Sponsor rumah anak yatim - better attachment with Umi
28. monthly allowance to mak/pak
29. Pengetua kolej UM
30. Contribute something for SMSP
31. Winning contest - i aim for Alza in 2011
32.Shopping spree every year - my best therapy ever
33. Cruise holiday - achieve..! Keukonhof Trip 2010
34. Become established author
35. Built up yayasan keluarga
36. Covergirl in magazine
37. Charity work- NGOs
38. Social activities - NGOs
39. Repair rumah mak
40. Kereta baru to bapak
41.High post in workplace
42. Healthy and wealthy
43. Sponsor masjid/surau
44. Meet M. NAsir
45. Maintain 48-54kg - tgh usaha keras
46. Good eye sight - thinking of LASIK
47. my own dance group
48. More 'collection' of ilmu agama
49. Outdoors activities/active lifestyle - Kinabalu for 3rd time this July
50. Romantic moments with my man
51. Redangkalong, Sipadan, Tioman - eager for diving
52. Intl. driving licence - UK licence by april 2010
53. Gold savings - target 250gram by 2012
54. FFA acc - dah start.
55. Honeymoon to Maldives + Bali
56. Back packing - Asia countries
57. Join IKS projects to help orang2 kampung
58. Participate in singing contest
59.Become a part of high class community
60. Meet Azah Aziz/ Mak Engku
61. Be friend with outstanding motivator - meet Billi Lim on jan 2011 and on going learning with Dr Azizan.
62. My own novels
63. Nurin- Cambridge, Nazrin - Oxford, Izhan - Edinburgh
64. My wedding attire - white+dark green or cream + marron or silver + blue
65. Healthy and wonderful sexual life
66. My rumah rehat - near tasik or tepi laut
67. Kebun buah-buahan
68. Pampering myself more often - spa, massage, etc..
69. Trip to Safari - aim of Afrika
70. My own popular blog
71. Down memory lane to UK
72. Masuk kursus make up
73. Join more cooking class
74. participate in TV programme
75. Naik helikopter
76. Hot air ballon
78. consistent exercise - jogging/kickboxing - on going
79. Adam come here a.s.a.p
80. my cuppies become popular intown
81. Istiqamah solat malam + dhuha
82. Taman Negara trip with kiddies
83. Cherry picking, apple picking, pear picking - target september 2011
84. Pass VIVA excellently
85. Register Haji by 2011/2012
89. Change family lifestyle - paradigm shift
90. Jaga achik sampai bila2
91. Persian kitten
92. Glitz and glamour dresses - channel, vera wang, tom abg saufi
93. Know more about computer
94. Become agent insurance - trying new thing and challenge myself
95. Reunion frequently with old friends
96. Presentable in anything i do
97. To smile more and approachable to everbody
98. Got high sense of respect from people
99. MLM business
100. Good kenduri + reception during 'my day'
101. FINANCIAL INDEPENDENT the soonest possible.

Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa sebarang tindakan. So, MESTI bertindak... !!

Monday, 4 April 2011

Orang luar biasa

Dia cakap...kalau boleh menjadi luar biasa, kenapa pilih untuk menjadi biasa-biasa... orang luar biasa tak byk cakap tapi byk action.. orang luar biasa tak boleh jadi siput....orang luar biasa anti dengan biawak atau biawaks....orang luar biasa M.E.S.T.I ada fast action.. dan macam2 ler lagi yang dia cakap...

fuhhh.. kepala otak aku mmg dibasuh cukup2, di clorox dan di bleaching bersih2 untuk buang semua karat2 dan sampah sarap yang tersumbat selama 35thn.. ye lahhh..takde la bersih sampai tahap sufi agung plak, tapi paling penting aku lebih kenal diri sendiri skrg.. untuk kenal org kita kena kenal diri sendiri dulu.. untuk sayang orang kita kena sayang diri sendiri dulu...law of atrraction pun cakap, like attracts like... what u give u get back... uuulalalala...terasa cam motivator plak aku..!!

Btw, sgt bersyukur Allah beri peluang ni.. i dont give a damn apa org nak cakap...kata aku sengal sebab gi kursus tah hapa ke benda ni, kata aku bodoh pi buang duit gitu2 jer untuk dgr org bercakap... suka hati aku la kan kalau memilih untuk membayar ratus2 malah ribu2 pun untuk dgr org membebel..atau kalau nak free, aku bukak radio pun boleh.. tapi pilihan kan kat tgn masing2.. apa yang penting, aku tau apa yg aku buat..dan mmg ini yang aku cari...sebab aku nak lebih tahu ttg future aku.. org yg berjaya ialah orang yg membuat jalan cerita dia sendiri..bukan yg sekadar menunggu dan ikut flow dgn kehidupan..and lepas tu membebel kenapa org lain hebat..kenapa org lain kaya..jeles tgk orang lain senang...sakit hati tgk orang lain bahagia...haa..sebijik biawak kan..!! dok terjelir2..terkebil2 bijik mata tapi dok tang tu jugak...opss..

3 hari yg sgt hebat..jumpa kawan2 baru...jumpa orang2 yg berjaya..dgr cerita2 yang best2...menangis dgn sharing2 yang memilukan... terkedu dgn ketukan2 yang menyedarkan kepala otak...excited dgn ilmu2 yang tak penah aku tahu atau kalau tahu pun aku tak amik port sebelum ni..dan paling best sedar diri tentang siapa sebenarnya hamba Allah yang dibagi nama Rozita Ahmad ni.. Mudah-mudahan apa yang aku dapat ni melekat kuat dalam kepala dan dalam hati...diberkati Allah ilmu2 ni..dan diizinkanNya untuk aku berjaya macam orang2 berjaya yang terdahulu...

Maka, aku nak share a few of my things to do list:
1) All out for PhD
2) My kids deserve the best from me
3) Lebih alert dgn hati mak dan bapak n nak bagi lebih byk to them
4)Expand bisnes kecik yg ada supaya BESARRR
5) Start tabung FFA aku
6) Start Gold savings
7) Memberi ruang dan peluang kepada hati sendiri supaya menjadi taman yg cantekk..

Insyallah..

p/s: Dia mmg sangat luar biasa...!! Dr Azizan Osman, my mentor....;)

Thursday, 24 March 2011

semangat yang hilang...


Hari ni hari yang menjatuhkan rasa seronoknya aku tergedik2  mengejar bola setelah hampir beberapa minggu tak reti-reti bahasa nak stop bersukan. Semuanya sebab mulut takde insurans seorang pemain bola jaring yang menjadi 'partner' aku hari ni.. partner la dah aku kena guide dia and dia guide aku... choii... Adat dlm permainan bila kita tersenggol bahu atau terlaga bontot atau sengaja menyiku2 manja untuk memberi kesan psiko kepada pihak lawan..Aku yakin semua team buat macam tu.. Serious, aku tak suka disenggol dan tak suka menyenggol.. aku rasa cam lemas kalau org nak blocked aku dekat2 sampai boleh terbau nafas dia yg tercungap2 cam ayam kena sembelih tu kann.. Maka seboleh mungkin aku akan larikan diri kalau terjumpa species gini.. Aku lebih redho lari jauh2 keliling court dgn harapan dia give up nak kejar aku (padahal selalunya aku pun akan semput + pancit sama... hahahaha..).Tapi hari ni, setelah beberapa insiden yang sgt membarakan amarah aku, aku mula rasa tak worth it main secara tulus mulus suci murni macam minyak masak pemeringkatan dua kali tu..Buang karan kalau dipertemukan dengan pemain bola jaring yang perasan diri mereka sedang bermain ragbi, ditambah pula dgn kerenah berukrasi sang pengadil yang sentiasa menutup mata dan membisukan wisel apabila pihak lawan melanggar undang2 permainan. Bila dah 2-3 kali aku perli2 manja pun masih buat2  tak paham, maka its time to take action.. i have to be a lil bit rough...barulah sama level dengan engkorang punya rentak kan kekdahnya.. Dan tatkala itulah terpacul bahasa kesat yang sgt membuatkan kepala otak aku terpusing 360 darjah. Helloo...i am much older than you ok.. serious aku kesian dengan mak ayah kamu yang punya anak sekurang ajar ini.. Ikutkan hati geram mmg nak sgt aku balas balik dgn ayat yg lebih power supaya dia belajar utk menghormati org dan faham dgn istilah semangat kesukanan. Tapi mujurlah kesabaran masih kuat berlegar2 di hati dan di kepala aku.. Untuk apa mencipta publisiti murahan berlawan kata dgn budak2 tak cukup umur yg baru belajar hidup ni.. tak worth it langsung..! Maka, penyelesaiannya, biarlah teguran itu dibuat oleh kakak paling senior yg kami ada supaya mereka lebih menghormati...tapi dgr citer, jenis tak boleh terima teguran jugak kaum2 tu... suka koranglah...
Sekurang-kurangnya terima kasih sebab hari ni aku belajar satu benda, kalau dah akal letak di lutut, maka busuklah mulut dan besarlah parut...bila amarah meraja hati, semangat sukan terkubur mati...gone with the wind..
Aku..?? macam ni jugak..aku main utk suka2 jer..koman2 hari ni terbako lagi 2-3 ratus kalori aku..aku marah cam semut, kejap jer... tapi kalau korang nak hangin ker nak pasang bom ke dlm court tu, minggu depan aku main jugak lagi..apa ada hal...!! muahahaha...

Monday, 14 March 2011

Otot ketul2...

fuhh...bestnyer kalau otot lengan aku ni boleh jadi berketul2 macam linda hamilton dalam citer terminator tu.. fuhh..fuh... ni dah masuk 3 mggu dok tergedik2 melompat sana sini main netball la, bowling la...layan volleyball dgn student la..dan macam2 mak nenek sukan lagi, tapi berat aku tak turun pun.. lengan tak ketul2 pun... huhuu...takperlah..janji aku buat benda yang aku suka nak buat..Sekarang ni tgh musim Sukan Staff Universiti Malaya. So, balik keje (atau kengkadang tak masuk opis belah petang pun..) terus bersiap turun padang.. Sabtu lepas, dah setel dgn game carrom..sajer suka2.. tapi entah apa nasib, nama dah diambik untuk latihan team universiti.. tah yer tah tidak la tu... yang kelakar, akak player universiti yang aku layan main sampai lajak ke rubber set tu bercakap dgn geng dia kata aku main pakai strategi...kuwang3...nak gelak golek2... dia tak tau, strategi aku is.."hentam sajalah labuuu..." it was like serious, aku mmg main hentam jer.. Petang Sabtu tu jugak lepas amik kiddies balik dari Taekwando, kalut ribut gi the curve plak untuk game Bowling, pertandingan antara staf2 APM.. yang ni aku mmg enjoy sakan..seronok main dgn sesama geng sambil2 melayan anak2 pun bertanding.. to my own surprise, aku menang tempat PERTAMA hokayyy... kihkihkih... and also dapat hadiah lucky draw juger... kihkihkih lagi... really enjoyable..

Semalam, Sunday  game Futsal start as early as 8.30...huhuuu sgt bercinta nak bangun awal di hari minggu yang nyamannn... Plus, mengenangkan betapa tak retinya aku nak main tendang2 ni.. tendang angin terer la... tapi pegi jugakla sebab dah kasi nama.. perghh..ngeri seh main futsal.. latihan dahla pegi sekali jer.. so, tah hapa istilah yg diorang dok pekik2, aku buat donno jer.. lantak korangla.. janji bola dtg kat aku, aku tendang.. kalau bola dtg kat opponent, pun aku tendang kasik keluar..muahahaha.. after 4 games, end up Zon 6 yg aku wakili berjaya pegi ke final.. ok, aku cuak..!! sebab kami kena lawan dengan zon 1 yang sememang-memangnya terer.. ada 3-4 pemain universiti dalam itu team..aiyohh..!! watever it is, belasah jer lahh kann... kami kalah 3-1 akhirnya.. tapi kira oklah dengan daya usaha yang buat aku rasa nak putus nyawa tu... balik rumah letih tahap gaban..aku tidur jer sampai petang.. bila bangun tgk2 kaki dah bengkak2 di sana sini.. sakit dowhhhh...sob..sob..sob...
 Hari ni, Isnin ada game netball plak.. untuk kategori veteran.. ya, diulangi dgn jelas - kategori veteran.. hahaha...aku dah tua ok...dah layak main utk veteran...hahaha..gelakkan diri sendiri.. tapi i really enjoy the game.. nama aje veteran,. tapi tenaga dua2 team mengalahkan muda-mudi.. nyaris tak pancit gak aku tadi.. kami berjaya mengalahkan zon 5 dgn 10-4. kira ok la tu kannn.. esok main lagi, lawan dgn sapa plak tah.. aku bukan amik port sgt bab lawan sapa-sapa ni..aku tau nak main jer.. kalau menang kira bonus la.. kalau tak menang, koman2 pun 2-3 ratus kalori aku dah terbakor... kita bakorrr ajerr...!! muahahaha.. minggu depan akan main netball lagi untuk kategori senior plak.. minggu depan lagi satu akan ada game volleyball plak.. fuhhhh... fuhhhh..harap2 semuanya ok.. mudah-mudahan dijauhkan dari sebarang kecederaan..
i just love myself.. love being me for doing things i enjoy the most..!! AJA AJA FIGHTING ITA...!! otot ketul2 is otw..muahahaha...

Friday, 4 March 2011

puzzled..!!

ok, tika dan waktu ini aku tgh puzzled... bukan pening tak dapat siapkan jigsaw puzzle, tapi mmg kepala otak dah weng..! macam2 yg dtg dalam fikiran.. analoginyer begini.. pernah tak korang rasa bila pegi kedai makan yg ada macam2 mak nenek menu tu, and tetiba rasa confused tak tau nak makan apa... rasa macam, kalau oder yang ni takut terlebih kolesterol plak..kalau oder yang tu, udang sikit plak..oder yang nun, pedas sgt plak.. padahal semuanya menggoda iman..tapi, takkan kita nak oder semua kan..?? ada puzzle di situ... atau agak rumit skit, tiba2 dalam tempoh masa yg dekat ada 2-3 orang mamat dark, tall n hensem plus kaya raya tgh usha2 line nak tackle kita.. pening kan..?? yang sana nampak sgt beriman, penyayang dan sangattt bergaya dengan kereta sportnya.. yang sini nampak sgt caring, kelakar dan model majalah la pulakkk lagi.. yang nun, ermmm..ada karisma, sportman, dannn..opsss anak datuk rupanya...!! wahhh...mana satu mau pilih...?? maka kita pun melayan secara seadil-adilnya... kalau pegi deting terpaksa buat susunan jadual agar  tidak terkantoi...dan bermulalah episod bangun malam untuk beristikharah kaedahnya.. kenapa...?? kerana ada puzzle di situ...

Puzzle aku bukan soal memilih satu antara dua atau memilih satu antara dua tiga.. TIDAK...!! puzzle aku penuh dengan pertanyaan2... pendek kata mmg memenuhi kriteria kaedah membuat soalan - what, where, when, why and how..emakkkk...anakmu wenggg...!! seorang sahabat pernah berpesan..kalau kita terlalu byk berfikir, rentikan ajelahh..buang karan...!! buat semak otak nak buat apa..?? pilih aje mana2 tindakan penyelesaian yang pertama terlintas di kepala atau di hati and jalan terus and jgn pandang belakang lagi dah... ermm... Kalau ikut teori Billi Lim, betul la tu.. we must have guts to failed.. berani gagal..?? berani la...sebabbb... never go never know kan..!! masalahnya ini bukan nak menyelesaikan apa2 masalah..ini cuma keserabutan dalam kepala yg penuh tanda tanya dengan situasi yang berlaku skrg... situasi apa tu, biarlah rahsia.. (jawapan standard Siti Nurhaliza kekdahnya kannnn...).. wait for another few days lah..insyallah selesailah ke'weng'an aku ni... apa yang penting, ada rasa happy dalam hati walaupun kepala agak penat memikirkan..why..why..why.... ;p ;p

Thursday, 24 February 2011

Bagaikan Puteri

Yes..hari ni aku menjadi puteri untuk tempoh masa satu jam setengah... dan dayang aku adalah seorang amoi comel yang setia memicit2 jerawat aku hingga langsai semuanya... setia memicit2 kepala aku sampai aku rasa melayang nak tido... heh..heh.. wehh.. aku masih straight okayyy... takkan la bila takde laki, bertukar menjadi tuttt..plak kot.. aku pegi facial la tadi.. saja nak try best sgt ke facial produk mahal tu.. kalau tgk iklan kat merata riti, dengan testimoni di kalangan artis2 yg curlasst..nampak macam hebat.. so aku pun nak jugak merasa kehebatannya tu... but have to admit.. walaupun sengsara rasa pipi aku di picit2 dan dikorek untuk keluarkan blackhead n whitehead degil, tapi rasa leganyaaaa lepas tu.. rasa macam nak suruh dia ulit muka aku sampai malam, bersambung ke subuh and sambung lagi sampai siang esoknya..hahaha..melampau..!! dan dek kerana keasyikan muka tahap tepung gomak ku ini di belai2, maka tak terasa duit melayang beratus2 hengget..!!
kalau org dulu-dulu, tak payah pun sibuk2 nak pegi facial.. lawa jugak..!! even lebih sadis, makcik penah cakap, anak dara zaman dulu yang mana ada jerawat tu, petuanya kena sental muka kena kain basahan lelaki yang dicuri.. yaa betull.. DICURI..!! dengan lain perkataan, kain basahan tu kena senyap2 di ambil dari bilik air/ampaian tanpa sapa2 pun tahu dan tonyoh la muka tu secukup rasa.. erkkk..tergamak ker nak sental muka dengan kain basah... untuk makluman, bukan sehelai kain suci murni yang dibasahkan okayy... tapi kain yang digunakan sebagai kain basahan setiap kali mandi...dah la hak milik lelaki sahaja pulak tu.. waima saudara kandung sendiri, rasanya kalau aku hidup zaman tu tak tergamak aku nak ikut petua ni... ngeeeee...geli wehhh... nasib baik hidup zaman sekarang.. kena bayar mahal pun aku redha....sebab mmg kelass layanan yang aku dapat... masuk bilik treatment tu wangiiii jer.. diiringi alunan lagu2 yg mendayu-dayu.. ditemani amoi yang lemah gemalai.. aku tanya sepatah dia jawab 2-3 patah.. mmg serba-serbi terasa mewah.. dan sejujurnya aku terasa sgt kaya sepanjang sessi facial tadi.. hehehe...

thx SKII.. :)