Tinggal lagi 7 hari jer.... hati perut aku yang dup-dap-dup-dap... 3hb Jan, ketiga3 ninja aku akan masuk sekolah.. huwaaaaa....kenapa mummy yang sebak sebu dalam dada ni.. like, damn serious, aku takot wooo... masa kat UK, pun alami perasaan yang sama tapi tak de lah cuak sgt sebab tau kiddies ada member melayu yang satu kes jugak...sama2 baru masuk sekolah.. Kat sini, kerisauannyer lain skit.. budak2 lain dah kenal kengkawan satu kelas.. dah kenal cikgu cikgi.. anak2 aku ni, baru nak masuk ke sistem baru Malaysia terchenta yang penuh dgn berita2 yang kurang menyeronokkan hati. Masalah beg berat, masalah makanan kat kantin mahal.. masalah cikgu cikgi yang double standard dgn budak2 yang baru balik oversea...etc..etc..huwaaaa...boleh ke anak2 aku hadapi semua tuuu..??? ke aku patut jadi bodyguard tepi pintu kelas tiap2 hari.. ataupun, mintak keje jadi cleaner kat sekolah tu semata2 nak mengintip kot ada sapa2 yang buli anak2 aku..ala2 aflin shauki dalam papadom tu kannnn... ahakss.. standard artis idea sengal aku ni..!!
Semalam, balik dari outing dgn daddy, 3 ninjas masing2 sengih tunjuk beg baru dgn botol air baru. Meh mummy tgk sket..! humang aiii....gila mahal.. !! beg sekolah jer pun sampai rm129 hengget sebijik.. huhuuu...nasib la daddy yang belanja... pagi ni plak, pegi melawat kedai buku kat sekolah Sri Petaling .. Dah siap belikan sekali buku2 keperluan untuk abang n kakak.... pun mahal jugak..!! Dalam kereta aku terfikir.. campur tolak darab bahagi, untuk sorang anak paling koman pun kena spend lebih kurang 3-4 rat termasuk buku, beg, baju, kasut sumer... ermm..bayangkan kalau org yang berpendapatan lebih rendah tetapi ada anak2 yang lebih ramai dari aku ni.. subhanallah.. sure every time musim sekolah bukak, kepala jadi tiung..tiung... Maka dengan itu, tak reti2 lagi nak bersyukur.. ?? Ya allah, terima kasih dan infiniti syukur kerana memberi rezeki yang secukupnya untuk aku dan anak2.. walaupun tak la semewah mana, tapi apa yang dapat aku dan en daddy sediakan untuk anak2 merupakan sesuatu yang sangat aku hargai.. Dengan pengorbanan materi yang sedikit ini, jadikanlah anak-anakku anak yang tahu menghargai... tahu menilai akan kesusahan orang lain dan jadikan mereka hamba-hamba kecilmu yang tahu bersyukur..
at tis moment, aku di ofis bertemankan puteri cantik manis yang tgh bersemangat buat latihan Bahasa Inggeris dgn buku yang baru dibeli tadi.. sejuk rasa hati.. :)
when i feel like mumbling, i can be anything.. from the ocean to the outer space, i can be in between. From the sengal friend to the strict mummy, i can be witty. well, i'm just being me..!
Monday, 27 December 2010
Monday, 13 December 2010
Rajuk
Maka pada siapa ingin ku layangkan berita
Tentang cinta dan rindu
Andai bulan jadi igauan
Maka pada siapa harus ku sebarkan angin
Yang bercerita tentang perit dan pedih
Andai mentari sudah kelam sinarnya
Maka pada siapa harus ku tangiskan rajuk ini
Andai senyum sudah berlalu
Tawa manakah yg perlu ku lakonkan lagi
Andai sedu meneman tidur
Hati manakah yang harus ku sentuh lagi
Andai kasih kering di tabir janji

Sunday, 12 December 2010
sekejap begitu sekejap begini
3-4 hari ni byk betul benda yang berlaku... daripada cerita kehilangan sekecik2 benda sampailah hilang sebesar2 benda.. sekaligus dlm satu hari Khamis yg indah.. Sepatutnya aku panik tahap maksima, tapi alhamd, perasaan kekalutan itu masih boleh di kawal dek tak mahu menyusahkan hati perut anak2 yang nampak sgt muka cemasnya bila tgk mummy ke hulu ke hilir mencari 'benda' yang hilang.. Petang itu kami bertandang ke Balai polis..huuuhuu.. tmpat yang agak2 mengecutkan hati aku sejak kecik lagi.. entah, asal sebut polis jer takut.. asal sebut polis jer takut.. ni la akibat sistem pengajaran zaman dulu-dulu yang suka sgt memomokkan anak2 dengan pak polisi... Kalau kat UK, polis tu dianggap kawan.. budak2 seronok jumpa polis dan polis pun ramah mesra muka manis dengan semua orang.. takdelah macam polis Mesia ni, orang nak tanya jalan pun dah tarik muka garang Sarjan Misai....Ewww... Tapi ada satu rahsia pasal polis ni. Aku ni walaupun takut2 dengan polis, tapi masa sekolah dulu penahla berangan nak jadi polis. Sebabnya aku rasa, bila aku sendiri jadi polis, barulah aku tak takut polis dah.. hahaha..bijak tak teori aku..?? Tapi sebenarnya aku nak jadi polis sebab aku suka sgt2 dengan uniform diorang.. tahla, aku rasa cam smart giler jer kalau pompuan pakai uniform polis tu.. cam srikandi yg gagah perkasa sungguh..!! Oppss.. melalut citer polis plak.. patah balik..patah balik...!!
Jumaat, hari yang kalut.. tak perlu bagitau kat sini kenapa aku kalut.. Agaknya kalau aku pakai prepaid, Habis top-up rm50 aku setelkan dlm sehari tu jer.. entah2 lebih.. menjelang petang, masalah hampir selesai tapi rupanya Allah belum izinkan untuk selesai sepenuhnya.. Kena menunggu lagi nampaknya.. Takperlah, asalkan semua urusan berjalan dengan lancar..
Sabtu- barangkali aku dah mereng hari ni.. tiba2 rasa semangat sungguh..!! Rasa happy jer... rasa melayang jer.. asyik berangan jer... asyik sengih jer... hahahah... bila anak2 dah keluar dengan Encik Daddy (seperti biasa, weekend masa dengan daddy), aku amik kesempatan pegi gym.. malam tadi aku ada baca artikel menarik ttg penjagaan kesihatan.. dek teruja dengan tips2 membuang lemak dalm artikel tu, maka tu yg dengan kadar segera aku start work out balik ni.. aktiviti yg agak lama ditinggalkan sejak balik ke Msia.. Kalau kat Leeds rajin jugak menziarahi gym and diet mendiet ni.. Kat sini nak diet..?? huhh.. mmg kena disiplin tahap dewa dewi la jawabnya.. Diet asyik hancur jer.. usahkan makanan kat kedai yg macam2 tu, makanan kat dewan makan kolej ni pun aku dah tak tahan... hahahahaammpeehh.... Sabtu juga aku ambik kesempatan untuk membalas email seseorang. Kesian, dah 3 mggu aku buat dia menunggu...Sama ada tindakan ni betul atau tidak kita sama2 tgk apa hasilnya dalam sedikit masa lagi...Mudah2 an Allah berikan yg terbaik dalam setiap tindakan dan keputusan aku.. GAMBATE..!! AGI IDUP AGI NGELABAN....!!
Ahad, hari ni.. sunyi... anak2 masih di rumah daddy.. Mmg rasa kosong bila anak2 tak ada. Aku dengan anak2 mmg sangat rapat.. macam isi dengan kuku.. Jangan tanya, siapa yg paling rapat sebab mmg tak boleh jawab..semuanya best buddy aku.. setiap masa terluang yg ada aku gunakan sepenuhnya untuk bermain2, bersembang2, melalak melolong, main masak2, main cikgu2, tak lupa juga bertazkirah, berceramah agama, bebel macam mak tiri etc..etc... anak2 adalah segala-galanya bagi aku.. kalau boleh kemana pegi pun aku nak angkut diorang.. (and mmg aku angkut pun, kecuali ke ofis jer tak). Mak penah cakap, kalau dah asyik berkepit dengan anak jer 24 jam, bila masa nak jeling2 orang lain.. Ha ah ek..lupa la plak bab tu.. kihkihkih.. ala rilek la mak,, orang sekarang tak yah jeling depan2.. jeling2 dalam fb pun jadi.. dalam YM pun jadi.. ini bukan zaman mengintai anak dara masak ikut celah dinding dapur lagi...
Hmm...sementara rumah aman ni, aku kena la buat apa yg patut.. Petang nanti, once partner in crime aku balik, banyak la projek crime kitorang.. so, pagi ni sessi gym..checked..! mandikan kucing..checked..! basuh kain..checked..! masak..kejap lagi, keje sekolah..?? err...err.. ok, aku buat sekarang.. so, bye u ols..aku nak buat keje sekolah dulu...!!
Sunday, 28 November 2010
Tetamu datang membawa berkat...
Sabtu, 27 November 2010..
Kalau mengikut perancangan asal, hari ni mummy nak bawa anak2 pegi ke serdang.. Tgk dalam suratkabar, nampak macam menarik jer acara2 yang ada kat Pameran MAHA tu.. bila cerita pada Nurin, melompat la Cek Mek tu..suka sangat dia kalau tau ada benda2 berkaitan nature ni.. Mummy tunjuk kat Nurin keratan akhbar tu.. mmg banyak sungguh aktiviti yang dah dijadualkan dalam pameran tu.. So, dengan excitednya kami menunggu ketibaan Sabtu walaupun dalam hati ada sedikit belah bahagi sebab dah tau sangat dah kalau pameran macam ni dah confirm la jalan jammed and sesak sendat manusia kat situ.. Satu keadaan yang selalu mummy cuba elakkan.. rimas wehh..!!
Tetapi, itu perancangan manusia. perancangan Allah lain pulak.. Dalam jam 11.30, tgh mummy duduk2 di meja kerja, sepupu mummy yang tinggal kat Kuantan tu call kata dah sampai kat Gate KL.. Aikk..ingatkan tak jadi nak datang.. semalam dia call kata nak singgah dalam perjalanan ke Klang tapi katanya akan call dulu. sebab senyap jer terus mummy ingatkan tak jadi dah.. Seronok dapat jumpa Pak Ngah, Mak Ngah n kakak2 tu kan..anak2 mummy mesti tak ingat kat diorang kan..? Dulu sebelum kita pegi UK, kita ada jugak pegi rumah diorang.. Alhamdulillah, pertemuan hari ni mengembalikan kemesraan yang terjurang dek jarak sepanjang kita merantau.. dan paling penting pertemuan ini juga menjalinkan semula silaturrahim antara dua keluarga bersaudara..
Selepas keluarga Pak Ngah balik, kita just melepak kat rumah.. nak keluar pun dah malas.. Kawan mummy call ajak keluar makan2.. tapi rasa mcm berbelah bahagi la pulak.. Lepas maghrib, mummy dapat call dari Mak Lang Pizah kata nak dtg rumah kita.. Alhamdulillah...syukur..rumah kita didatangi tetamu lagi.. makanya mummy kena keluar la pi Pasar Malam sat cari juadah apa yang patut nak hidang kat tetamu. Kalau nak masak2 mmg tak sempat dah, lauk pun tak berapa ada.. Tapi ujian Allah datang dalam keadaan yang tidak kita duga.. Elok jer lepas mummy membeli belah dan ready nak balik, kereta pulak tak boleh start. Jenuh jugak la mummy try tapi tetap macam tu jugak. dia buat donnn jer.. akhirnya balik naik teksi je lahh.. Mummy seronok dapat jumpa Mak lang, Pak lang, Nabilah n Faris.. kalau nak tggu balik penang baru jumpa, entah bila la... sibuk pun sama, segan pun sama.. Alhamdulillah, Allah gerakkan hati mereka untuk datang menziarahi kita..
Itulah dia nak.. ikatan silaturrahim ni, kalau kita jaga...banyak berkatnya.. tetamu yang datang ke rumah, tak kiralah siapa pun layanlah dengan baik ye... Orang tua2 selalu pesan, tetamu tu datang bawak rezeki, kena layan elok2.. rezeki di sini, bukan bermakna buah tangan yang mereka bawa semata-mata.. tapi lebih luas pengertiannya. Kadang2 kita tak nampak, barangkali keberkatan dan rahmat yang Allah beri dalam silaturrahim itu dibalas dengan sesuatu yang lain..bukan material ukurannya. Islam sangat menggalakkan perbuatan menghormati tetamu. Dalam ikatan persaudaraan yang terjalin itu, ada kemanisan yang barangkali tidak terjangkau akal kita untuk menanggapinya. Lagipun, tidak ada had dan sempadan dalam sebarang perbuatan baik kan...! Maka, pesan mummy, kalau ada orang nak datang bertandang, terimalah dengan hati terbuka dan penuh keikhlasan.. layanlah tetamu sebaik-baiknya, hidangkanlah apa yang patut.. jangan pula sampai tetamu rasa serik nak singgah lagi.. tetamu datang membawa berkat kepada kita nak...

Saturday, 6 November 2010
Opps, i did it again...;p
Menyesal ker..??? ada rasa nak hantuk kepala ke dinding..?? NO... hahaha.. malam tadi marathon lagi... cabaran menghabiskan novel dalam sekali hadap dan aku berjaya..!! aje giler..!! kalaulah sepanjang malam tadi aku mengadap thesis silap2 dah siap lagi 2 sub-topic...huhuuu. Tapi untuk semalam dan hari ni malas bercakap pasal thesis lah..! Pagi ni aku bangun dengan senyum lebar.. rasa macam diri di tarik masuk ke dalam ceritu itu.. teringat balik semua memori daun pisang masa zaman remaja.. mencintai dan dicintai, admire and being admired, berkirim salam saban hari antara kegiatan kurang ilmiah yang sangat disukai. Its been a part of campus life, even jatuh hukum wajib..!! hahaha..Kematangan yang makin menyerlah lewat musim2 kerjaya juga mencuit rasa. Rania, nama yang comel, secomel orang... Fakhrul yang cool, dan Haidi yang tegar menyimpan rahsia...aku jadi nanar diulit babak demi babak.. Aduhh Zara Amani, pandainya kamu mengadun cerita..
u ols out there, go grab a copy...! Pada aku novel ni mmg best, cukup segala perencahnya.. err.. tapi kalau korang jeis yang suka dengan ayat2 jiwang karat yang meleleh barangkali kureng sikit la kot.. Aku suka jalan penceritaan yang smooth, gaya bahasa yang sempoi (ibarat bercakap dengan kawan baik yang sama tahap kesengalannya) dan watak yang jelas perwatakannya.. and i got it in a complete package with this one..
Enjoyy...!!

Wednesday, 27 October 2010
apa dah jadi...???
Apa dah jadi..??? blog dah bersawang... !!! kan dah cakap dah..selalu jer lah azam jadi projek hangat2 taik semut.. mode: ketuk kepala sendiri..
Byk benda dah berlaku for this past few weeks.. malas nak ulas satu2..just utk ingatan diri sendiri, antara yang pentingnya adalah ketibaan kontena dr UK yg sangat dinantikan pada hari Selasa (berapa hb tah..lupa sudehh..)
Byk dugaan rupanya sebelum nak boleh dptkan semua barang2 tu di tangan.. Seawal jam 12 tgh hari kami dah ready dgn lori yang di sewa dari Teluk Intan, sampailah akhirnya jam 10.30 malam baru barang selesai dikeluarkan dari gudang di West Port.. Jam 2.30 pagi baru selamat sampai ke rumah mak. Syukur..syukur...walaupun penat tapi bila amelihat semua kotak2 selamat sampai, leganya rasa... Excited punya pasal, malam tu jugak operasi membuka beberapa kotak yang rasa2 macam penting. Pukul 5 baru tido...zzzzz..mmg tahap pengsan..
Di KL, Nurin n Nazrin dah start tuition BM dan agama.. So far so good. Penguasaan Bm diorang pun nampaknya makin ok.. Nurin siap boleh cakap ikut slang indon lagi..huhuu.. ni semua gara2 sinetron citer Alisa kat TV3 tu.. tiap2 hari tepat jer kol 2, dia dah ready depan TV..apa yg best sgt citer tu pun entahla..
Aktiviti kolej pun semakin byk yang memerlukan tindakan segera. Berdasarkan observation secara kasar, mmg byk benda yang perlu diperbaiki especially perkara2 yang melibatkan staf. Now, tgh siapkan pengisian program utk staf and hopefully everything going smooth and clear. Tggu lah update terkini cerita ttg bengkel staf ni nanti.. Aktiviti student pun banyak.. Now masih dlm proses nak mengenali student dgn lebih dekat. Selepas 3 thn, tak byk benda yang berubah sama ada dari segi mentaliti, sikap, etc..etc.. Baru kelmarin barisan pengurusan berjumpa dgn JIK and byk juga isu2 yg ditimbulkan. Bab student ni kena pelan2 skit.. Kena perlu bentuk keserasian dulu.. i'm a total stranger to them..
Study..? Baru selesai sesi pertemuan dgn pengarah APM.. haihh..seems like byk benda kena buat utk Kelab Ijazah Tinggi.. Some sort of sharing experiences, ideas etc..etc.. Bab ni personally think that mind setting tu kena ubah.. Mmg banyak benda dr Leeds yg perlu dibawa masuk ke sini.. Takperlah..pelan2... fokus kena betul.. takut nanti aku pulak yang balik ke sistem dan cara lama.. owhh tidakk.. kena move fwd..move fwd..
Student consultation went well...Bila dah lama tak mengadap student one to one, sesekali buat consultation macam ni mmg seronok. i'm sorry for being quite hard tapi itulah cara yang perlu korang ikut kalau nak jadi my student..ok anak2 sekeliannn... hehehe...
Skrg..masa utk rehattt... layan lagu sikit..layan jiwa sikit... layan zikir sikit... Esok akan datang lagi dengan seribu satu cerita baru.. just keep the faith and cheers...!!

Monday, 11 October 2010
Main2 colour
Salam...
ini catitan utk peristiwa semalam, Sabtu 9/10/2010.. terlambat update sebab penyakit M dtg menyerang...kehkehkeh.. Mulai skrg, setiap hari Sabtu adalah hari bujangku sebab the ninjas akan menghabiskan masa dgn encik daddy. So, i have my own time for yak yak yeahh...
Semalam aku ke rumah Ida, besfren dunia akhirat aku tulahh... Agenda nya, nak belajar mendekorasi kek. Ida mmg dah lama terer bab kek...tgk gaya kek yg dia buat, ermmm mmg boleh tahan.. Kecuali bab bunga2 ros tu jer lah.. hehehe.. Ekceli, aku tak berapa berkenan dgn design2 kek yg meriah sgt.. aku suka yg sempoi... Tapi yang semalam tu sebabkan aku mmg tak reti langsung bab2 mendesign kek, maka dgn muka ikan puyu nyer aku pegi jugaklah.. Sekaligus boleh gak tolong sikit2 preparation dia utk open house hari ni..
Dipendekkan cerita, sessi mendesign kek semalam berlangsung dgn sgt havoc. Anak murid sgt degil dan suka melawan cikgu occayy... hahaha.. apo nak buek, dah kawan baik sendiri.. banyak la aku punya songeh yg dia kena layan.. Mek (ida punya mak) pun pening agaknya tgk aku...sori yer mek...hehehe.. Kalau belajar dgn org lain mmg confirmla aku jadi anak murid paling inesen sekali..tulus mulus suci murni gitu...ahaks..
so, inilah antara hasil kerastangan aku yer...layannnn...
Yang ni aku tolong serabutkan dengan kepingan2 coklat tu jer.. tapi lawa gak kan..!!
Balik rumah..zzzzz...bila bangun dah confirmla lapar giler kan..nak jadi citer, time aku pegi kedai makan kat belakang utk order mee goreng basah n nasi goreng kampung, sekalinya Abg zul n kak long, tokey kedai buat kedai terbuka plak... haihh.. rezeki jgn ditolak...sodappp..!!
Alhamdulillah, satu lagi hari yg berlalu dengan indah... :)

| hasil bila tgn dah ok skit...yg masa tgn ketar, cepat2 aku makan..buruk sehhh.. muahahah.. |
| Ni hasil secara berjemaah, aku + ida + mek za... dengan mek n achik sebagai pasukan pemerhati |
| Ni hasil yg dah siap sebelum aku sampai... aku hate yellow, tapi CC ni nampak sgt comeyyy.. |
Yang ni aku tolong serabutkan dengan kepingan2 coklat tu jer.. tapi lawa gak kan..!!
Balik rumah..zzzzz...bila bangun dah confirmla lapar giler kan..nak jadi citer, time aku pegi kedai makan kat belakang utk order mee goreng basah n nasi goreng kampung, sekalinya Abg zul n kak long, tokey kedai buat kedai terbuka plak... haihh.. rezeki jgn ditolak...sodappp..!!
Alhamdulillah, satu lagi hari yg berlalu dengan indah... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)