Sunday, 28 November 2010

Tetamu datang membawa berkat...

Sabtu, 27 November 2010..

Kalau mengikut perancangan asal, hari ni mummy nak bawa anak2 pegi ke serdang.. Tgk dalam suratkabar, nampak macam menarik jer acara2 yang ada kat Pameran MAHA tu.. bila cerita pada Nurin, melompat la Cek Mek tu..suka sangat dia kalau tau ada benda2 berkaitan nature ni.. Mummy tunjuk kat Nurin keratan akhbar tu.. mmg banyak sungguh aktiviti yang dah dijadualkan dalam pameran tu.. So, dengan excitednya kami menunggu ketibaan Sabtu walaupun dalam hati ada sedikit belah bahagi sebab dah tau sangat dah kalau pameran macam ni dah confirm la jalan jammed and sesak sendat manusia kat situ.. Satu keadaan yang selalu mummy cuba elakkan.. rimas wehh..!!

Tetapi, itu perancangan manusia. perancangan Allah lain pulak.. Dalam jam 11.30, tgh mummy duduk2 di meja kerja, sepupu mummy yang tinggal kat Kuantan tu call kata dah sampai kat Gate KL.. Aikk..ingatkan tak jadi nak datang.. semalam dia call kata nak singgah dalam perjalanan ke Klang tapi katanya akan call dulu. sebab senyap jer terus mummy ingatkan tak jadi dah.. Seronok dapat jumpa Pak Ngah, Mak Ngah n kakak2 tu kan..anak2 mummy mesti tak ingat kat diorang kan..? Dulu sebelum kita pegi UK, kita ada jugak pegi rumah diorang.. Alhamdulillah, pertemuan hari ni mengembalikan kemesraan yang terjurang dek jarak sepanjang kita merantau.. dan paling penting pertemuan ini juga menjalinkan semula silaturrahim antara dua keluarga bersaudara..

Selepas keluarga Pak Ngah balik, kita just melepak kat rumah.. nak keluar pun dah malas.. Kawan mummy call ajak keluar makan2.. tapi rasa mcm berbelah bahagi la pulak.. Lepas maghrib, mummy dapat call dari Mak Lang Pizah kata nak dtg rumah kita.. Alhamdulillah...syukur..rumah kita didatangi tetamu lagi.. makanya mummy kena keluar la pi Pasar Malam sat cari juadah apa yang patut nak hidang kat tetamu. Kalau nak masak2 mmg tak sempat dah, lauk pun tak berapa ada.. Tapi ujian Allah datang dalam keadaan yang tidak kita duga.. Elok jer lepas mummy membeli belah dan ready nak balik, kereta pulak tak boleh start. Jenuh jugak la mummy try tapi tetap macam tu jugak. dia buat donnn jer.. akhirnya balik naik teksi je lahh.. Mummy seronok dapat jumpa Mak lang, Pak lang, Nabilah n Faris.. kalau nak tggu balik penang baru jumpa, entah bila la... sibuk pun sama, segan pun sama.. Alhamdulillah, Allah gerakkan hati mereka untuk datang menziarahi kita..

Itulah dia nak.. ikatan silaturrahim ni, kalau kita jaga...banyak berkatnya.. tetamu yang datang ke rumah, tak kiralah siapa pun layanlah dengan baik ye... Orang tua2 selalu pesan, tetamu tu datang bawak rezeki, kena layan elok2.. rezeki di sini, bukan bermakna buah tangan yang mereka bawa semata-mata.. tapi lebih luas pengertiannya. Kadang2 kita tak nampak, barangkali keberkatan dan rahmat yang Allah beri dalam silaturrahim itu dibalas dengan sesuatu yang lain..bukan material ukurannya. Islam sangat menggalakkan perbuatan menghormati tetamu. Dalam ikatan persaudaraan yang terjalin itu, ada kemanisan yang barangkali tidak terjangkau akal kita untuk menanggapinya. Lagipun, tidak ada had dan sempadan dalam sebarang perbuatan baik kan...! Maka, pesan mummy, kalau ada orang nak datang bertandang, terimalah dengan hati terbuka dan penuh keikhlasan.. layanlah tetamu sebaik-baiknya, hidangkanlah apa yang patut.. jangan pula sampai tetamu rasa serik nak singgah lagi.. tetamu datang membawa berkat kepada kita nak...

Saturday, 6 November 2010

Opps, i did it again...;p

Menyesal ker..??? ada rasa nak hantuk kepala ke dinding..?? NO... hahaha.. malam tadi marathon lagi... cabaran menghabiskan novel dalam sekali hadap dan aku berjaya..!! aje giler..!! kalaulah sepanjang malam tadi aku mengadap thesis silap2 dah siap lagi 2 sub-topic...huhuuu. Tapi untuk semalam dan hari ni malas bercakap pasal thesis lah..! Pagi ni aku bangun dengan senyum lebar.. rasa macam diri di tarik masuk ke dalam ceritu itu.. teringat balik semua memori daun pisang masa zaman remaja.. mencintai dan dicintai, admire and being admired, berkirim salam saban hari antara kegiatan kurang ilmiah yang sangat disukai. Its been a part of campus life, even jatuh hukum wajib..!!  hahaha..Kematangan yang makin menyerlah lewat musim2 kerjaya juga mencuit rasa.  Rania, nama yang comel, secomel orang... Fakhrul yang cool, dan Haidi yang tegar menyimpan rahsia...aku jadi nanar diulit babak demi babak.. Aduhh Zara Amani, pandainya kamu mengadun cerita..

u ols out there, go grab a copy...! Pada aku novel ni mmg best, cukup segala perencahnya.. err.. tapi kalau korang jeis yang suka dengan ayat2 jiwang karat yang meleleh barangkali kureng sikit la kot.. Aku suka jalan penceritaan yang smooth, gaya bahasa yang sempoi (ibarat bercakap dengan kawan baik yang sama tahap kesengalannya) dan watak yang jelas perwatakannya.. and i got it in a complete package with this one..





Enjoyy...!!

Wednesday, 27 October 2010

apa dah jadi...???

Apa dah jadi..??? blog dah bersawang... !!! kan dah cakap dah..selalu jer lah azam jadi projek hangat2 taik semut.. mode: ketuk kepala sendiri..

Byk benda dah berlaku for this past few weeks.. malas nak ulas satu2..just utk ingatan diri sendiri, antara yang pentingnya adalah ketibaan kontena dr UK yg sangat dinantikan pada hari Selasa (berapa hb tah..lupa sudehh..)
Byk dugaan rupanya sebelum nak boleh dptkan semua barang2 tu di tangan.. Seawal jam 12 tgh hari kami dah ready dgn lori yang di sewa dari Teluk Intan, sampailah akhirnya jam 10.30 malam baru barang selesai dikeluarkan dari gudang di West Port.. Jam 2.30 pagi baru selamat sampai ke rumah mak.  Syukur..syukur...walaupun penat tapi bila amelihat semua kotak2 selamat sampai, leganya rasa... Excited punya pasal, malam tu jugak operasi membuka beberapa kotak yang rasa2 macam penting. Pukul 5 baru tido...zzzzz..mmg tahap pengsan..

Di KL, Nurin n Nazrin dah start tuition BM dan agama.. So far so good. Penguasaan Bm diorang pun nampaknya makin ok.. Nurin siap boleh cakap ikut slang indon lagi..huhuu.. ni semua gara2 sinetron citer Alisa kat TV3 tu.. tiap2 hari tepat jer kol 2, dia dah ready depan TV..apa yg best sgt citer tu pun entahla..

Aktiviti kolej pun semakin byk yang memerlukan tindakan segera. Berdasarkan observation secara kasar, mmg byk benda yang perlu diperbaiki especially perkara2 yang melibatkan staf. Now, tgh siapkan pengisian program utk staf and hopefully everything going smooth and clear. Tggu lah update terkini cerita ttg bengkel staf ni nanti.. Aktiviti student pun banyak.. Now masih dlm proses nak mengenali student dgn lebih dekat. Selepas 3 thn, tak byk benda yang berubah sama ada dari segi mentaliti, sikap, etc..etc.. Baru kelmarin barisan pengurusan berjumpa dgn JIK and byk juga isu2 yg ditimbulkan. Bab student ni kena pelan2 skit.. Kena perlu bentuk keserasian dulu.. i'm a total stranger to them..

Study..? Baru selesai sesi pertemuan dgn pengarah APM.. haihh..seems like byk benda kena buat utk Kelab Ijazah Tinggi.. Some sort of sharing experiences, ideas etc..etc.. Bab ni personally think that mind setting tu kena ubah.. Mmg banyak benda dr Leeds yg perlu dibawa masuk ke sini.. Takperlah..pelan2... fokus kena betul.. takut nanti aku pulak yang balik ke sistem dan cara lama.. owhh tidakk.. kena move fwd..move fwd..
Student consultation went well...Bila dah lama tak mengadap student one to one, sesekali buat consultation macam ni mmg seronok. i'm sorry for being quite hard tapi itulah cara yang perlu korang ikut kalau nak jadi my student..ok anak2 sekeliannn... hehehe...

Skrg..masa utk rehattt... layan lagu sikit..layan jiwa sikit... layan zikir sikit... Esok akan datang lagi dengan seribu satu cerita baru.. just keep the faith and cheers...!!

Monday, 11 October 2010

Main2 colour

Salam...

ini catitan utk peristiwa semalam, Sabtu 9/10/2010.. terlambat update sebab penyakit M dtg menyerang...kehkehkeh.. Mulai skrg, setiap hari Sabtu adalah hari bujangku sebab the ninjas akan menghabiskan masa dgn encik daddy. So, i have my own time for yak yak yeahh...

Semalam aku ke rumah Ida, besfren dunia akhirat aku tulahh... Agenda nya, nak belajar mendekorasi kek. Ida mmg dah lama terer bab kek...tgk gaya kek yg dia buat, ermmm mmg boleh tahan.. Kecuali bab bunga2 ros tu jer lah.. hehehe.. Ekceli, aku tak berapa berkenan dgn design2 kek yg meriah sgt.. aku suka yg sempoi... Tapi yang semalam tu sebabkan aku mmg tak reti langsung bab2 mendesign kek, maka dgn muka ikan puyu nyer aku pegi jugaklah.. Sekaligus boleh gak tolong sikit2 preparation dia utk open house hari ni..

Dipendekkan cerita, sessi mendesign kek semalam berlangsung dgn sgt havoc. Anak murid sgt degil dan suka melawan cikgu occayy... hahaha.. apo nak buek, dah kawan baik sendiri.. banyak la aku punya songeh yg dia kena layan.. Mek (ida punya mak) pun pening agaknya tgk aku...sori yer mek...hehehe.. Kalau belajar dgn org lain mmg confirmla aku jadi anak murid paling inesen sekali..tulus mulus suci murni gitu...ahaks..
so, inilah antara hasil kerastangan aku yer...layannnn...
hasil bila tgn dah ok skit...yg masa tgn ketar, cepat2 aku makan..buruk sehhh.. muahahah..



Ni hasil secara berjemaah, aku + ida + mek za... dengan mek n achik sebagai pasukan pemerhati

Ni hasil yg dah siap sebelum aku sampai... aku hate yellow, tapi CC ni nampak sgt comeyyy..

       Yang ni aku tolong serabutkan dengan kepingan2 coklat tu jer.. tapi lawa gak kan..!!

Balik rumah..zzzzz...bila bangun dah confirmla lapar giler kan..nak jadi citer, time aku pegi kedai makan kat belakang utk order mee goreng basah n nasi goreng kampung,  sekalinya Abg zul n kak long, tokey kedai  buat kedai terbuka plak... haihh.. rezeki jgn ditolak...sodappp..!!
Alhamdulillah, satu lagi hari yg berlalu dengan indah... :)

Sunday, 3 October 2010

Twisted Sunday..

Pagi:
Mode ceria.. bgn tido lepak2 baca novel, pukul 10 keluar dgn achik, bf kat kedai mamak makan nasik lemak daun pisang. Then meredah market Jalan Othman membeli keperluan memasak utk seminggu. Excited tgk macam2 jenis ikan dan sayur yang sekian lama di rindui semasa di sana. Balik rumah, lepak lagi sambil baca suratkhabar hari minggu yg kaya dengan pelbagai cerita dan gossip2 liarrr.. Seterusnya acara main masak2.
Menu:
Patin masak tempoyak
Siput masak lemak dengan pucuk manis
Sambal udang petai
Ikan goreng
sambal tempoyak+budu.

Alhamdulillah untuk rezeki hari ini.. Insyallah, ada masa akan update resepi dan gambar2 di lain entri

Petang:
Mode sedih.. menerima berita yang sgt menyakitkan jiwa raga...Cemburu..risau dan takut sebenarnya.. Allah, Allah..Allah...lapangkanlah hati ini dari memikirkan perkara2 yg tidak enak.. Permudahkan kehidupan kami anak-beranak..

Malam:
Alhmd..anak2 kembali ke pangkuan setelah beberapa hari bersama Encik daddy..rindunya hanya Allah yang tahu.. sekarang aku punya sebab utk senyum dan ketawa wp dalam hati masih ada gundahnya..

Thursday, 30 September 2010

permulaan yang baik..

OK, skrg dah selamat bersenang lenang dan berehat di rumah.. beberapa perkara dah setel utk hari ni.
1) report duty di APM
2) hntr surat ke BSM dan amik borang
3) amik cek kat Pejabat bendahari and bank in kan..
4) isi top up (mahal nak mampos..seriusly menyampah,but no choice kecuali berhenti guna tipon...!)

Secara kebetulan APM buat majlis sambutan hari raya.. seronok dpt jumpa semula hampir semua kawan2 sekerja..yang mana tgh cuti belajar pun ramai yang datang.. Just a moment i get back from BSM, Dr. Indra dtg mintak aku bacakan syair pada majlis tu..haa..?? terkejut katak dibuatnya.. 3 thn tak penah sekali mengalun syair, ini pulak nak perform dpn audience...hehehe..gigil beb...apapun, belasah jer lahhh..who cares..!! lagipun duet dgn Shafa yang mmg dah fofular iteww...so, end up ok jer.. majlis yg sempoi dgn makanan2 yg sgttt meriahh..tapi lebih meriah lagi dengan pertemuan semula dgn kawan2.. mmg best..!!

Malam, kebosanan tahap maksima.. 3 hari jer boleh tahan  bersendiri tanpa anak2.. hari ni aku dah kalah dah.. huhuu..kiddies at this moment dah balik Penang ikut encik daddy... esok, lepas keje akan merempit terus ke kampung utk amik achik, balik tido kat t.intan and Saturday noon will be re-united again dgn kiddies di KL.. haii..cepatla masa berlalu.. rindu my 3 ninjas..

New journey begins..


Mulai hari ini 'percubaan' akan dilakukan untuk mengupdate blog dengan lebih teratur..Diulangi, 'percubaan'... Aku mahu blog ini menjadi catitan perihal hidup yg serba sederhana tapi tersangat menarik ini.

Diam tak diam, dah 10 hari kami pulang ke tanah air. Bits by bits we've tried to adapt ( again..??) the whole surrounding. Betul kata Aunty Hasnah, fizikal dan mental kena kuat.. i'm not worry about physical..tapi mental ni kena amik masa sikit..kena belajar balik untuk menjadi 'rough and tough'. 3 tahun hidup dlm keadaan yang rileks dan santai2, pastinya untuk berubah menjadi sedikit laju itu perlukan adjustment.. well, this is life..!!
Hari ni aku perlu melapor diri semula untuk bertugas di Jabatan Kesenian Melayu, Akademi Pengajian Melayu. Itu tugas rasmi di fakulti. Tugas di kolej, secara tidak rasminya sudah bermula kelmarin bila aku kembali masuk ke Kolej kediaman Kinabalu. Sekarang tinggal urusan permohonan rasmi ke Pejabat TNC HEP. Kerja2 PhD, juga sudah bermula (wp enjin belum panas sepenuhnya..). Dengan lain perkataan, semua perkara sudah kembali berjalan seperti seadanya 3 thn yang lalu... Cuma kali ini, dengan sedikit tekanan masa dan keperluan menuntut gelaran DR..

Well, hidup mmg bukan mudah.. Namun itu bukan lesen untuk menyerah kalah. Dalam setiap kepayahan dan kepahitan, pasti akan ada manisnya.. Cuma bagaimana kita merasai dan menghargai kemanisan itu sahaja yang berbeza kerana setiap manusia punya persepsi yg lain2 juga.. Aku tidak mahu menjadi perfectionist.. aku cuma mahu menjadi seorang manusia baik yang sederhana serba serbi tapi punya kualiti hidup yang mampu membanggakan anak2 dan keluarga... So, untuk hari ini, mulai hari dengan ceria..semangat baru.. keluarkan planner dan tuliskan perkara2 baik yang ingin dilakukan.. Semoga permulaan baru ini menjadi satu fasa yang lebih baik dr sebelumnya...Insyallah...