Saturday, 24 July 2010

Nanti mummy fikir...

Nurin bagi idea suruh jual laptop dia tu.. Dia kata laptop dia tu tak best, skrin kecik...Ermm.. byk cengkadak betul la minah ni.. Dah ada laptop sendiri pun dah kira bagus, ni banyak pulak songeh dia.. Tapi betul jugak, mummy pun tak berapa syok nak guna laptop Nurin..Alasannya, sama macam yg dia cakap tu la.. tak puas pandang.. hehehe..
Mummy fikir2, kalau jual laptop kakak ni, nanti mummy gantikan dengan desktop yg macam abang jer.. best pun best.. smart pun smart.. Plus, untung2 ada lagi duit lebih, boleh beli DSi baru. Takpun, mummy boleh top up skit utk beli set nintendo Wii.. bolehla mummy bersenam sakan dgn game exercise tu..waaa..verangann la pulakkkk...!! Tapi, nak jual kat mana ek..?? kat ebaykah..?? atau kat exchange shop tu jer..? Ermm..leceh betul la bab2 gini... malas betul.. Nantilah mummy fikir macam mana nak buat..

p/s: Ada sapa2 yang berminat nak beli mini notebook Nurin.. ??

Hari yg meletihkan.. (ye kerr..?? )

Lama tak update blog..dah bersawang dah..

Awal pagi mummy agak kalut dgn preparation breakfast kakak n abang.. hari ni masak simple jer. Sanwich tuna + jagung..Itupun diorang dah suka sangat dah..tak jemu2, asyik mintak yang tu jer.. Baguslah.. senang sikit keje mummy.. hehehe.. Bila anak2 dah pegi sekolah, mummy dgn adik jer tinggal. Cadang nak hntr adik ke rumah Aunty Sue awal skit sebab mummy cadang nak pegi library. Tapi disebabkan kedatangan sms yang bagitau kata ada duit masuk melalui Western Union, mummy pun melompat bersiap and bersilat di dapur siapkan lunch dan bekal adik pulak..  Kena hntr adik cepat2 ni.. Sebelum urusan beli dan belah, mummy sempat ke Central Library sekejap, uruskan apa yg patut...

Alhamdulillah, hari ni mummy dapat jugak akhirnya belikan hadiah kawin paksu. Dahla tak dapat balik, dpt hantar hadiah sebagai tanda ingatan pun jadilahhh...harap2 paksu sukalah hendaknya dgn perfume yg mummy beli ni. Lepas tu sempat jugakla mummy merayap kejap ke Mark& Spencer. Dah lama teringin nak makan biskut mini bites yg beraneka perisa tu.. so, hari ni dah dapat dah... Apa lagi ek,, ermm..haa..mummy sempat beli 2 helai seluar jeans lagi hari ni. Dlm kepala dok nak kumpul baju keje, tapi bila keluar asyik tersangkut dgn jeans jerr.. Yang dah masuk kotak nak pos balik dah ada dalam 12 helai.. ni dok beli lagi.. Kalau balik nanti boleh pegi mengajar pakai jeans takper la jugak...huhuuu..
Balik rumah, pi amik adik and keluar balik untuk amik kakak and abang balik sekolah.. Dah janji mummy sendiri akan dtg amik hari ni sebab last day sekolah..Mummy pun nak say gud bye kat cikgu cikgi yang baik budiman tu... Seperti biasa, otw back tu, dah confirm la mummy.kena pau aiskrim kat Londis.. isk..sik.. tah apa yg best sgt kedai tu pun tak taulah, asyik nak berziarah ke situuuu jer budak2 ni.. Geram dibuatnya kadang2 tu.. tapi hari ni mummy kasi can...hehehe..

Petang, acara wajib mummy ialah tido sekejap merehatkan badan.. Padahal bukan ada buat keje berat pun. hahaha.. Malam, lepas makan kami just lepak2 tgk movie cerita Zorro.. nothing special pun sebenarnya hari ni.. tapi mummy happy. Alhamdulillah, syukur sgt dengan hari2 yang kami lalui di sini.. Sederhana serba serbi tapi penuh kebahagiaan..

Monday, 21 June 2010

Ita Jr in the making..


Hari ni mummy happy...nak gelak Sarip dol sat.. MUAHAHAHA...
First time in her life, Nurin try sambal tempoyak and to my surprise, she like it..!! OMG..OMG....kuingatkan anakku ini taik KARI rupa-rupanya terselit jugak gene tempoyak tu.. hahahah.. akak suka dikk..

Hmm.. sekarang baru lah layak untuk proceed the making of Ita Jr.. After all Nurin mmg byk copy paste aku.. bab rupa jer dia tak ikut.. mujurla pulak kan.. sebab dia nyata2 lebih lawo dari mummy dia yg sengal ni...Hahaha.. Nurin orangnya cool... pandai simpan rahsia...pandai amik hati orang.. sebijik macam aku..!! Nurin seorang anak yang bijak dlm pelajaran, pandai menaakul sesuatu perkara dan pandai menilai baik dan buruk...sebijik aku..!! Nurin jugak jenis yg tak amik insurance mulut. Benda yang dia tak puas hati dia akan blow out gitu2 jer... sebijik macam aku jugak...!! Kalau marah, dia akan jerit and up to the max, dia akan hempas pintu.. laaagiii sebijik macam aku masa zaman kanak2 ribena dulu...hahaha..

Tapi itu pengamatan aku setakat hari ni.. Aku bangga punya anak seperti dia. Aku mahu dia menjadi perempuan yang jauh lebih baik dari aku dalam segenap hal. Aku mahu dia menjadi seorang perempuan anggun yang cantik serba serbi. Bijak akal fikir, bijak akal budi....aku mahu Nurin umaira menjadi teladan kepada adik2. Walaupun sekarang dia tension amat dgn anak bujang ku yg berdua tu, tapi aku tahu..dlm hati dia sayangkan diorang... Syukur, walaupun hanya dia satu-satunya puteri, namun dialah penyeri...

belajarlah memandu secara berhemah...

Segalanya bermula 2 bulan lepas bila kuda besiku buat hal. Tiba2 dia keluar bau hangit. Terus terang cakap aku mmg tak tau apa2 pasal kereta, maka dipendekkan cerita maka untuk perjalanan pulang hari tu terpaksalah tukar driver.. Disebabkan driver baru ni tak tau jalan (almaklumlah..dtg ke UK untuk melancong kan..) maka kami pun ikut jelah belakang kereta kawan.Konvoi lah kiranya ni.. Tapi yelah kan..kalau dah kata nak kena tu, mmg akan kena jugak. Selang beberapa hari aku dapat surat saman speed trap. Memandu melebihi had laju di kawanan 30mph.. Hehehe.. apo nak di kato.. sengih je lah..

Menariknya, dtg sekali bersama surat saman tu ialah tawaran untuk menyertai 'Speed Awareness Course' . Oppss sebelum tu perlu dijelaskan, bagi pemandu2 di UK ni, kami diberikan 12 point. Kalau ada saman or anything yg melanggar undang2, maka point ini akan dipotong. Aku pun tak sure sgt, tapi dgr2 cerita, kalau sampai 6 point kena potong maka lesen tu akan digantung.. So, untuk kesalahan melebihi had laju ni,3 point akan dipotong.. TETAPI... haaa..ada tapinya.. they were being so nice dengan menawarkan pemandu terbabit utk menyertai course di mana secara tidak langsung, saman tidak dikenakan dan point juga tidak dipotong.. Cuma kena bayar yuran penyertaan sebanyak GBP60.00 (which is sama dgn jumlah saman kalau kita memilih utk di saman). So, dgn kata lain, pemandu ada option..nak kena saman dan  dipotong 3 point atau masuk course dan tak perlu pening pasal saman tu.. Aku..?? tentulah pilih untuk masuk course.. Sayang point beb.. aku nak bawak keta lama lagi kat UK ni.

Maka proses pun bermula.. kena jawab surat saman tu, bagi details lesen..alamat etc..etc.. then dia balas balik bagi tau sama ada kita confirm diterima masuk course atau kena saman. Then kena call Kirklee Council (agensi yg uruskan hal2 berkaitan Speed Awareness Course ni) untuk bayar yuran melalui potongan debit card, tetapkan tarikh dan tempat course yang kita pilih. Kemudian dapat surat confirmation and get ready for your course... Ermm.. segala2nya selesai dgn mudah.. dan paling penting efisien. Itu dah mmg budaya kerja orang sini. Pada aku, depa ni mmg betul2 menepati konsep cepat dan tepat.

14/6/2010, tarikh yang aku persetujui utk menyertai course tersebut. Mula2 agak confuse bila dia sebut Middleton Grove. Rupanya bila dpt confirmation letter dan check map..owhhh.. dekat Beeston jer.. Kelas tu bermula pada jam 1.30 tgh hari tapi peserta kena on time.. Haa..ni satu lagi budaya yang aku suka.. Kalau kata 1.30 tu, jgnla mengada2 nak buat2 lengah macam kita selalu buat kat Malaysia.. Alamatnya dipersilakan keluar la jawabnya.. tak pun paling kurang dia akan bagi sindiran tajam dengan cara paling sweet sekali... hehehe.. so, sendiri mau ingatlah.. Selesai urusan pendaftaran, kami bebas memilih meja mana nak duduk dan dengan grup mana. Aku tak kisah, main belasah jer.. so dapat semeja dgn Kevin, Mel, Tazz, Claire, dan Khatryn..semuanya ramah2 belaka.

Pengendalian kelasnya agak simple. 4 hrs in total with 2 breaks in between. Penceramah ada dua org, Joey dan Gary.. Walaupun semua peserta adalah dari kalangan yang memandu laju namun, langsung tiada tekanan seolah2 kita ni adalah pesalah. Penyampaian kursus berlangsung dlm suasana santai dan penuh gelak ketawa. After all, Gary kata course ini bukan hukuman..ini hanyalah sekadar satu bentuk penyebaran ilmu yang dilakukan secara tidak langsung kepada pemandu2 di UK. Dlm hal ini mereka sgt menekankan soal 'awareness'. Maknanya, apabila kita memandu di jalan raya, kita bukan hanya dealing with our own machine and ourself..but also about everybody else..so, mmg kena alert dengan persekitaran..pedestrian, motorist, cyclist..etc..etc.. Byk ilmu baru yang aku dapat daripada kursus ni. Salah satu yang aku rasa sgt penting.. selama ini kita mengambil sikap sambil lewa ketika memandu terutama di kawasan 20mph atau 30mph. Menurut statistik, kadar kemalangan yang melibatkan kematian sangat tinggi di kawasan ini dan bukannya di motorways di mana kita boleh memecut lebih laju. Logiknya, kawasan ini adalah kawasan berkepadatan tinggi, kawasan dlm bandar, kawasan sekolah etc..etc..dan pastinya orang/bukan orang yang disekitar tu lebih byk..dan sekaligus perlu meninggikan lagi tahap tumpuan pemanduan kita (sepatutnyalah..!). Satu perkara yang agak mengejutkan, jika kita memandu selaju 35mph di kawasan 30mph dan kemalangan berlaku, sebenarnya impak lebihan 5mph itulah yang sebenarnya boleh menyebabkan kematian disebabkan kesan hentaman.. Hmm..baru la aku tau...

Seperkara lagi yg menarik perhatian dan fikiran aku, Gary ada tunjukkan beberapa video kemalangan jalan raya. Salah satu daripadanya berkaitan kesedihan ahli keluarga yang ditinggalkan mangsa, bagaimana mereka meratapi kehilangan dan kepayahan meneruskan hidup tanpa orang tersayang. Aku rasa sebak bukan kerana sedih dgn luahan perasaan diorang tu, tapi sebak dalam kesyukuran kerana aku dilahirkan sebagai Islam..punya pegangan agama dan iman sebagai benteng pertahanan diri bagi menerima sesuatu sebagai takdir Tuhan yang sentiasa ada kebaikan di sebaliknya.. Mereka ini langsung tiada 'rasa' itu. Memetik kata si ayah mangsa.. i dont have life after she's gone.. abih tu.. yang ko dah hidup selama beberapa tahun ni..apa benda..?? maknanya ko masih boleh teruskan hidup walaupun dalam kesedihan yang dalam, tetapi ko takmo terima hakikat bahawa setiap kejadian itu ada sebab dan akibatnya. Hishh..suka korang lah..

Budaya makan2 beriya semasa course mmg takde dlm hidup org putih ni. Ni memang aku dah nampak melalui siri2 course yang aku sertai di universiti. Dalam kelas kami ni cuma ada teh, kopi dan biskut semata2. Setiap peserta dipelawa utk amik minuman atau biskut sebelum sesi bermula. Kalau sesi tgh berjalan jgn la gatal2 nak bangun pi amik air kecuali kalau nak pi toilet. Depa anggap macam kita menganggu kelancaran program. Hmm..kalau budaya ni aku bawak balik ke Malaysia, boleh ke agak2..?? hehehe.. segan nak jawap.. (u know i now la kann..;p). Overall aku mmg happy dgn course ni. Satu pengalaman baru untuk aku. Keluar jer dr kelas, terus insaf.. bawak kereta betoi2 ikut sign2 yg ada.. slow mo jer.. kira mmg berhemah habislah.. Tapi, macam biasalah..selalunya semangat aku mmg tahap hangat2 taik semut jer.. kihkihkih.. kalau tidak, takde la sampai aku mengumpul 7 saman setahun masa kat Mesia dulu.. Tapi balik ni, boleh jadi baik skit kot... aku takmo org mati atas jalanraya tu sebab aku..dan aku jugak tak sanggup tinggalkan anak2 aku dengan cara macam tu.. Mati itu pasti dan kita tak tau bagaimana dan dengan cara apa.. tapi dlm hal2 di jalan raya ni, kalau kita boleh pilih untuk menjadi lebih berhemah..apa salahnya kan..?? Pilihan tu kan di tangan kita...

Wednesday, 2 June 2010

Gatal tangan (1)


Menyusuri jalan kenangan
Merentasi momen-momen indah lewat musim dingin
Lalu bertanya aku kepada angin
Tentang erti kasih dan rindu
Semilir bayu menyapa hati
Barangkali memberi erti
Kasih itu setia
Rindu itu nafsu
Pantas, mana satukah mauku..?
Pada kelopak butir2 wangi di laman bumi
Langit tersenyum..suka..
Biru cerah hilang guruhnya
Pelangi datang dengan sorakan
Kicau-kicauan menjerit..membingit..
Anak kecil menadah angin dalam pintalan mimpi siang
Dan buih cinta bertukar senyuman
Aduh..
Kasih itu lekat di hati...

Aduhaii anak...

Izhan: Mummy...i'm sad...(sambil buat muka ikan puyu)
Mummy: Why..?
Izhan:  Because u marah me
Mummy: Do you know why i marah you..?
Izhan: Why..?
Mummy: Because u didnt listen to me..
Izhan: Mummy..
Mummy: Yupp..
Izhan: i'm sorry..
Mummy: Its ok babe
Izhan: Mummy...
Mummy: Yupp
Izhan: I need a hug..
Mummy: ok..come here

*mummy hug her lil' teddy bear for nearly 2 mins

Izhan: Mummy..!! Let me go..!!
Mummy: No i can't..
Izhan: Pleaseeeee
Mummy: ok..u can go now..
Izhan: Bye mummy..(sambil keluar bilik n turun ke bawah)

* Dari bawah dia melaung

Izhan: I LOVE YOU MUMMYYY.....!!!!
Mummy: I KNOWWWW...!!!!

what a beautiful life....thank you Allah..

Monday, 24 May 2010

Demi masa..

Entri ini ditulis di saat otak sudah mula tepu dengan siri pembacaan yang tidak ada noktah ( at least sampai tahun depan..huhuhuuu.) Setiap orang mempunyai daya tahan yang berbeza. Aku hanya mampu berikan tumpuan sepenuhnya untuk tempoh masa 2 jam saja. Lebih drpd tu, kepala otak akan mula weng..! Nanti mulalah aku nak pikir pasal shopping la...pasal makan la... pasal cerita Hindustan la dan macam2 pasal lagilah kiranya..
Kalau dikira ikut tarikh kalendar, cuma tinggal lebih kurang 20 hari untuk aku submit tugasan pada DYMM encik Supervisor kesayangan. Bunyi macam lama lagi 20 hari tu, tapi kalau ditolak campur darab bahagi dengan tidur, makan, main badminton, layan FB, bergolek2 dgn itu 3 budak hitam, bercarboot, etc... aiyoohhh..berapa hari je yang tinggal..??? Sesungguhnya aku tgh kritikal..!!
Allah bagi semua orang sama rata, 24  jam sehari. Tapi cuba fikir kenapa ada orang yang boleh uruskan 2-3 company sedangkan ada orang yg gagal walaupun sekadar melipat kain. Kenapa ada orang yang boleh ulang alik turun naik Kinabalu dalam seharu semalam sedangkan ada orang yang gagal bangun dari tidur (okey, contoh ini agak melampau..aku tau..). Kenapa ada orang boleh siapkan order catering untuk 2-3 ratus orang sedangkan ada orang yang gagal penuhi permintaan anak untuk makan telur goreng mata kerbau...
Ini semua soal pengurusan masa.. Selagi kita sedar 'siapa' kita dan 'ke mana' kita, Insyallah akan ada jalan yang Allah ilhamkantak kira sekecil mana atau sebesar mana sekalioun tugasan itu. Tapi, yelah kan.. manusia ni mudah lupa. Kadang2 kita ingat dan insaf macam hari ni ajelah yang kita ada untuk buat semua urusan tapi selalunya lupa..! Tu yang jadi kes ada deadline tapi tarikh 'mati' (dead) tu boleh pulak diubah sesuka hati.. So, what the purpose of having deadline when it hardly 'dead'..?? errmm..ikut lu la labuuuu.. sendiri makan pengat, sendiri mau ingat. Aku..?? Insyallah untuk hari ni aku sedar diri bahawa deadline aku dah dekat, tapi kalau esok lusa aku lupa..heh..heh..maafkanlah yea.. Anggap je lah aku ni orang tua nyanyuk.. Aci tak..??