Friday, 16 March 2012

Nikmat sihat



Salam. hari ni baru nak boleh bangun dan rasa bernyawa sikit. Semalam most of the time aku just baring n tido n baring n tido sepanjang hari. Kalau bangun rasa dunia berpusing 360'. Ini kali kedua aku demam dan lemau satu badan dalam tempoh seminggu.Last week dah demam dah tapi dalam 2hari dah ok.
Inilah namanya ujian. Perit rasanya kalau nikmat sihat ditarik balik walaupun sekejap. Bila badan memboikot tuan macam ni baru la nak terfikir, selama ni Allah bagi kesihatan yang baik adakah cukup aku mensyukurinya... Emm.. rasanya adala sikit kot tapi yang lebih banyaknya adalah 'take for granted'... membiarkan hari berlalu tanpa rasa. Bila sakit barulah tersedar bahawa ujian Allah itu datang dalam keadaan yang tidak dijangka. Maka seharusnya sebagai hamba, aku seharusnya sentiasa menyediakan diri dan hati untuk terima apa saja ujian dalam apa jua keadaan dengan penuh redho dan keikhlasan. Bila sakit barulah tahu memikirkan nasib orang lain yang mengidap 1001 jenis penyakit di dunia ni. Aku baru pening lalat bila demam.. macam mana pula org lain yang bergantung hidup pada mesin.....yang bergantung pada ubat-ubatan... yang  bergantung pada entah apa jenis terapy...dan macam-macam lagi....

Sakit yang melibatkan tubuh badan barangkali kesakitan  yang lebih senang ditangani. Makan ubat + rehat secukupnya, insyallah tubuh akan kembali bekerja seperti biasa. Tapi bagaimana pulak nak menangani sakit hati ek.. ? kalau hati di dalam sebu jer dengan kesakitan yang tak tertanggungkan, itu pun dah termasuk kategori nikmat sihat yang ditarik balik kan...? ermm..untuk kesakitan yang sebegini, selalunya memerlukan perhatian rohani. Orang yang selalu sakit hati adalah orang yang tidak ikhlas atau mungkin juga tidak redha dengan apa yang menyebabkan dia sakit tu.. kalau dia terima 'kesakitan' itu sebagai satu cubitan halus untuk mengingatkannya kembali tentang hakikat kehidupan, mesti sakit itu tidaklah terasa sangat. Aku sendiri kalau ada masa-masa yang mula nak terasa sakit yang kategori ni, first thing aku buat ialah tarik nafas panjang2 dan istigfar banyak2. Selalunya berkesan sebab dalam sekejapan entah ke mana menghilangnya rasa sakit hati tu.... Tak rugi untuk selalu memusing keadaan kepada sesuatu yang lebih positif...berfikir yang baik-baik tentang apa saja ujian mendatang dan paling penting ikhlas terima ujian itu....kerana yang akan mendapat nikmat kebaikannya di kemudian hari, bukanlah org lain... tetapi diri sendiri jugak kan..! Cakap memang senang, tapi nak melakukannya bukan mudah... betul tu..! tapi ada juga pepatah yang mengatakan..hendak seribu daya...

apa benda la aku membebel ni... dari cerita demam dah jadi sesi motivasi plak ek... hentam sajalah labuuu....heh..heh..

Tuesday, 21 February 2012

Cabaran Menu Sihat


Ok, seriously aku seram sejuk dengan keadaan badan sendiri sekarang. Aku punya digital scale dah rosak la pulak tapi rasanya mmg confirm dah naik balik ni. So rasanya dah sampai masa untuk aku bagi extra care pada tubuh badan sendiri. Rutin berjoging 3-4 kali seminggu akan diteruskan tapi skrg nak cuba start food intake journal plak... plus and cuba update food and activities dalam apps baru tu.... so, lets start...

breakfast:  karipap 1 biji
snack : 3 sudu kek batik
lunch : nasi sesenduk + sayur2 + telur masin (yg x masin langsung)




aktiviti:
jogging  15 mi
rowing machine 10 min

Sunday, 29 January 2012

Belum bertajuk

Catitan waktu mengisi ruang kebosanan

Redup rasa yang menjerut
Memintal halus untaian sepi
menjadi tali-tali sunyi
Menyakitkan....

Irama alam kaku beku
Dalam teriakan selepas gerimis
seperti tahu makna pilu
yang mencakar-cakar kalbu
gugur lagi airmataku

Esok mentari muncul lagi
Akan ku hirup sinar hangatnya
Dakaplah hati sayuku
Kembalikan riangnya
Ubatkan rindu ini..

Wednesday, 2 November 2011

New challenge has come...:)


Aku ni memang bangsa tak reti duduk diam agaknya... Ada jer benda2 baru yang aku fikirkan dalam kepala otak aku ni. Kadang2 sesajer nak layan kepala, maka aku biarkan fikiran menerawang jauh memikirkan benda2 yang ada masanya logik, ada masanya mengarut, ada masanya kelakar dan ada masanya memang buang masa...!! Lately, aku terasa kecik hati dengan diri sendiri sebab everytime tgk cermin, hati aku memboikot tuannya dengan kata-kata nista yang menyakitkan... Ko ni banyak lemak la...ko ni dah gumuks la... tayar spare dah berlapis-lapis la.. dan 1001 kutukan lagi... Amboii2...tak oleh dibiarkan ni...!! Maka aku perlu mencabar diri sendiri.

Kebetulan Lyana mengajak kami semua join Penang Bridge Run. Masa mula2 aku mmg tak amik port pun... tak minatla acara berlari2 riang tapi penat setengah nak mamps ni... aku lagi suka main bola...tak kiralah bola jaring ker..bola tampar ker.. bowling kerr.. takpun karom pun aku layann... tapi, jogging...??  running...?? ewwww...!!  Dek kerana desakan hati yang memaksa aku supaya kembali bersukan dan berdiet demi membuang lemak2 tepu yang sayang sangat kat aku ni, maka aku pun bagitau Lyana aku nak join jugak.. tu pun dah hari last registration baru aku terhegeh-hegeh nak register. Dah la takde online banking nak buat bayaran, kecoh pulak la mencari kengkawan mintak tolong registerkan. Last2 pukul 11.30 malam Lyana tolong setelkan semua urusan.. thx L...!!

Sekarang satu masalah baru plak timbul... kena mencari balik semangat untuk start jogging and build up stamina + muscles. Latihan pertama bermula di Tasik Perdana. Dengan semangat waja aku jogging keliling tasik tu. Baru 2 round setengah dah pancit. Tapi ada 2 perkara best aku dapat bila ke Tasik Perdana. Pertama, aku dapat satu port yg sgt best utk jadi 'my own place'. Di tepi tasik, ada itik2 putih berenang, ada 3 water fauntain yang cantik dan paling best kalau pegi pagi2 buta, bila  time matahari naik, cahaya dia menyimbah tu mmg mabeles..cam dalam filem..!! Lepas penat pusing tasik, kat sinilah aku berhenti streching and sambung dgn sesi layan jiwa. Perkara kedua yang aku suka bila ke Tasik Perdana ialahhh...heh..heh.. akan ada aktiviti menjamu mata... kuang3... bab ni tak leh cerita lebih2...sapa nak tau kena pegi jogging kat Tasik Perdana di petang minggu... hahaha...Selepas percubaan pertama jogging jarak jauh ni, nak tau apa komplikasi dia..?? Huhuuu..kesakitan yang teramat sangat..!! Otot perut aku jadi keras semacam.. nak pusing kiri kanan pun seksa.. belum campur dengan muscle pain kat betis, kat kaki, kat lengan..pendek citer satu badan sakit la kiranya...!! Jenuh aku memujuk semangat diri sendiri..

Sekarang, after about 10 days start dgn rutin berjogging ni, everything seems to be good.. Even aku rasa lebih energetic. Malam2 lebih senang nak tido dengan lenanya (siap mimpi gi tgk Jaclyn Victor nyanyi lagi malam tadi), lebih senang bangun subuh (maka aku berjaya mengurangkan kadar subuh gajah ku...yeayyy..) dan boleh tgk cermin dengan perasaan yang lebih seronok walaupun kalau ditimbang, berat aku masih dok macam tu jugak...hehehe.. takper positive thinking.. aku bukan nak kurus serta-merta pun...aku nak lebih sihat sket dan ada muscle ketul2 sket dan nampak lebih slender sket dan lebih aware dengan food intake dannn kalau lebih slim pun apa salahnya...ahakkks..:p

Citer panjang2 pun buat orang menyampah.. baru berjogging sket nak kecoh se alam maya... hehee.. ada aku kesah..? apapun, another 18 days to go... my project anak marathon is under progress... i choose this experience and i will make it as beautiful  and meaningful ever... aja aja fighting Cikseri..!!

Mari kita amik 'bau' dulu...

This is the event...tapi aku join yg kategori 'anak' marathon jeww... takper, starting point..!!

Perut 6 packs tuuuuu.... Kellass ko Jah...!!

erkkk... harap2 aku tak jadi gini nanti.... ngeeee...

sebab aku nak jadi gini....yeayyyy...!!!

Thursday, 14 July 2011

Semoga ayah cepat sembuh...

       Semalam masa tgh tunggu Nurin n Nazrin keluar sekolah, En Daddy ada call Izhan.. lepas dua beranak tu dah bersembang pung pang pung pang, aku dengar En Daddy cakap dia nak balik kampung sebab Wan nak kena pegi hospital. Owhh..baru teringat last week En daddy ada msg bagitau pasal bekas ayah mentuaku itu tgh tak berapa sihat skrg ni.. Aku pun rebut tipon dari Izhan sebab nak tau sangat apa cerita sebenarnya pasal ayah ni.

       En Daddy bagitau lately ni ayah selalu sakit dada.. So bila pi check doktor, sah kata ada sakit jantung. So esok diorang nak bawak ayah pi Hospital Sg. petani untuk buat proper check up.. Aku risau sangat sebab aku sayanggg sangat kat ayah. Walaupun antara aku dengan En Daddy dah berpisah, tapi pada aku hubungan dengan mak n ayah sana aku tetap jaga sampai bila2.. They were such a wonderful person.. Rasanya payah la untuk aku jumpa mak dan ayah mentua yang sebaik dan sesporting diorang... Ok, back tu the story, hari ni aku msg adik (adik bongsu En. Daddy) utk tau keadaan ayah.. Adik cakap nanti dia explain tapi ada bad news sikit...huhuhuuu..hati aku bertambah gundah gulana bila dgr ada bad news.. kenapa..?? what happen..?? tell me the story la...!!  tapi aku paham, maybe diorang masih bz di hospital. So, ptg tadi sementara tggu Nurin n Nazrin kuar sekolah, aku call En. Daddy... katanya ayah kena menjalani operation.. aku tak paham sgt apa yg dia terangkan sebab hati dan kepala otak dok pikir..hahh..?? operation...?? Katanya ada blocked pada blood vessel ke apa tah.. n kena buat bypass operation kat IJN... Doctor cakap kos maybe dalam 30-40k..mak aihh..byknyerr...!! Harap2 dipermudahkan jalan untuk ayah menjalani operation tu... kali ni aku sedih sikit sebab rasa cam...alahaiii..kalaulah aku ni kaya, aku tanggung semua kos tu..sebab aku pun nak berbakti pada ayah walaupun aku ni sekadar orang luar sekarang..apakan daya, hidup aku sendiri pun masih tak berapa stabil lagi...makanya, yang pasti aku akan bantu ayah dari segi doa-doa. Manalah tau kot-kot ada kebaikan yang penah aku buat dan menjadi penyebab untuk Allah memberi sesuatu kepada aku, maka aku nak mintak sihatkanlah ayah kembali seperti sedia kala...

Tapi nak jadi cerita malam ni sempat bersms dgn Yani, member opis aku yang mana ayah dia pun sakit jantung n tgh buat treatment kat IJN.. katanya semua kos boleh dicover aka FOC kalau isteri atau anak2 keje gomen... alhamdulillah..Allah beri kemudahan dari segi itu..  semoga semua urusan merawat ayah dipermudahkan Allah.. u guys, tolong doakan yer untuk bekas ayah mentua yang aku sayang.. Haji Ghazali Bin Hashim.. semoga ayah cepat sembuh..

Tuesday, 12 July 2011

to the next level she go..!!

Nak cerita tentang pencapaian Nurin pada hari Sabtu lepas.. berapa hb ek.. jap tgk kalendar...ermm..Sabtu 9hb 2011. Dah lama tak de can nak bangun lambat dgn anak2...so, hari tu aku lepas geram.. lepas subuh bum-bum balik n pukul 10 baru celik mata..amik ko..giler punyer lepas geram ni... dah celik mata pun, tak sedo diri nak bangun buat bekfes ke aper ker, agenda diteruskan dgn acara bergolek-golek bersama anak-anak sambil bergossip riang..va..va..va... mmg bestt..!!
Pukul 12 dah kena hantar nurin n nazrin ke kelas taekwando.. lepas tu aku lepak2 gi cuci kereta.. elehh tu pun sebab petangnyer nak balik kg.. kalau kereta berlemuih (comot) alamak kene bebel la aku.. almaklumlah, kete pinjam kannn.. kena la jaga elok2... hehehe.. dah bersinar-sinar kereta, aku patah balik ke sekolah sebab dah janji nak tunggu diorang abih kelas n nak bayar yuran sekali. Seronok tengok nurin n nazrin bersungguh2 masa latihan. Aku tengok, Nurin sebenarnya tgh di observe oleh Miss (cikgu dia) sebab diorang akan ada lagi grading test hujung bulan ni. Boleh tahan gak anak dara aku ni.. nampak cam lemah gemalai jer tapi ada gaya juga movement taekwando dia.. suka makk..!! Nurin dapat borang utk pegi grading tu.. kiranya lepaslah test secara informal dia tu.. alhamdulillah.. she moving fwd to the next level...  aku rasa happy sangat..bangga sangat.. walaupun ni just nak naik ke green belt jer.. ala-ala mak ko yang excited plus perasan terlebih kan nak..!! (suka mak la kan... mak bukannya ada ramai beno anak boleh masuk martial art tiap2 tahun..ngeee..). Tah ada berapa level tali pinggang taekwando ni  aku pun tak pasti.. putih, hijo, biru,...pastu apatah lagi urutan dia.. yang aku confirm black belt tu yg paling power rangers.. Insyallah..Nurin n Nazrin akan sampai ke tahap jugak nanti..
Petang tu kami gerak balik kampung Teluk Intan. Ada hal perlu diuruskan...

Thursday, 7 July 2011

hari ini saya rajin.....syiikittt

Oh my Gucci..hari ni genap sebulan aku tak hapdet blog.. wadehek..blog aku dah jadi cam rumah hantu kauuuu... maafkanlah yer... sebulan dua ni aku rasa cam hormon  period menyerang tiap2 hari plak...chewahhh alasan..!! ye lah kan.. nak buat apa pun semua malas.. semua takde mood..byk beno dugaan dan rintangannya... tapi untuk hari ni..(aku tak jamin apa akan jadi esok..muahahah..) aku rasa rajin syiiikittt..sampai sanggup naik ke opis malam2 buta ni utk hapdet blog terpinggir aku ni..

So, u guys, apa kabo kamu kamu semua.. ?? harap2 everything goes well dalam perjalanan hidup masing2 hokayy... Hari ni nak cerita sikit tentang aktiviti di Institut Kraf Negara, Rawang.. actually aku dgn student kraftangan lanjutan dah 2 minggu berulang alik ke sana.. modul sem khas ni melibatkan penghasilan seramik which is kami takde expertise dan peralatan yang cukup utk buat di APM.. maka setelah perbincangan demi perbincangan di buat dgn En Sohibul, maka terlaksanalah juga kerjasama antara APMUM dgn IKN.. kami pergi dalam 2 fasa sebab ada banyak tingkatan kerja yang perlu diselesaikan.. Fasa pertama more on proses pembuatan dan pembentukan tembikar dan fasa 2 pulak melibatkan kerja2 glazing dan pembakaran..

All in all, aku boleh cakap projek ini sangat memuaskan hati aku.. dengan kerjasama tip top dari IKN, dengan komitmen student yg mantappp...dan juga fun sesions we had there... giler kau..inilah peluang aku merasa jadi Demi Moore yang macam dalam citer Ghost tu.. ala  yang masa dia pasang lagu unchained melody tu.. kan dia duduk mengadap potter's wheel and try nak buat tembikar, pastu laki dia dtg kaco n beromantik2 dgn dia n then tembikar tu kelepuk..penyek..n terus diorang buat keje lain.. hahah.. detail tuuu aku kasi flashback.. ingat tak korang..?? haaa..camtu le yang aku dapat buat masa kat sana.. erkk..bukan bab romen2 tu yerr..(takde sapa yang nak beromen plak time berbengkel yer adik- adik..muahaha..). Maksud aku peluang jadi pembikin tembikar... serius, enjoyable sgt.. tapi disebabkan komitmen lain jugak yang buat aku terkejar sana sini...dgn pegi opis lagi.. amik hanto anak sekolah lagi.. (semput mak...!!) maka aku bleh pegi Rawang pun on off jer..huhuuu... Semalam hari terakhir kami di sana.. Pagi cikgu2 buat assesment student.. haa.amik korang..! ketar lutut jugak ek... sampai ada yang guna talian hayat bagai.. apapun, aku bangga dgn pencapaian anak2 buah aku ni.. power woo student2 buat presentation, mmg cikgu kat sana puji habis la... ehem ehem..UM tuuuu....muahahah... we end up the session with acara makan2 yg sangat special.. special sebab student sendiri yang masak2 untuk cikgu2 kat sana.. berkampung diorang kat rumah aku sampai pukul 1 pagi malam sebelumnya sebab nak prepare nasik ayam, laksa penang n bihun goreng.. habis dapur mak..siap dengan gas habis lagi.. tapi aku suka.. sebab sgt enjoy...hahaha.. lenkali kita buat jamuan lagi yer anak2...!!

Gambar nanti2 lah aku upload... ni tgh kalut nak turun ke bilik seminar sebab malam ni ada perjumpaan dengan PM kolej 8... hunggah..!!

p/s: apesal skrg semua entry kat blog lambat masuk fb.. citer dah basi baru dia appear kat sana..why ha..?? ke aku yang buta cara...??